Matic token on top of a stack of books

Polygon ialah rantaian blok proof-of-stake yang bergerak bersama rantaian blok Ethereum dan mempunyai koinnya sendiri iaitu MATIC.

Dicipta pada 2017 sebagai penyelesaian kepada penskalaan yang lebih efisyen dalam penggunaan tenaga bagi rangkaian Ethereum, Polygon membolehkan transaksi dilaksanakan dengan lebih pantas pada caj yang rendah, dan sambil itu masih membolehkan pembangun membina dApps yang boleh diskalakan tanpa perlu mengenepikan keselamatan.

Latar belakang Polygon

Polygon dilancarkan sebagai Rangkaian Matic pada tahun 2017 untuk menangani salah satu masalah terbesar pada rantaian blok Ethereum - kebolehskalaan.

Sejak dApps, NFT’s dan ekosistem DeFi menjadi semakin popular, lebih banyak transaksi diproses pada rantaian blok Ethereum. Hasilnya, caj transaksi yang dipanggil gas, menjadi lebih tinggi dan dengan serentak akan menjadikan rantaian blok Ethereum menjadi lebih perlahan. Jika ini terus berlaku, kesesakan akan berlaku pada rantaian blok - merencatkan pembangunan dan menjadikannya sukar untuk digunakan.

Oleh sebab itu, Polygon dicipta sebagai penyelesai masalah kebolehskalaan ini. Lebih kurang seperti Avalanche, Polygon dibina sebagai rantaian sisi (sidechain) yang bergerak selari dengan rantaian blok Ethereum. Ia berfungsi sebagai sambungan untuk pengguna mengakses segala-galanya pada rantaian blok Ethereum dengan caj transaksi yang lebih rendah pada kelajuan yang tinggi. Asasnya, jika rantaian blok Ethereum adalah lebuhraya, maka Polygon adalah laluan khas untuk bas. Kedua-duanya menghala ke arah yang sama, tetapi ia menjadikan perjalanan lebih mudah.

Apakah yang menjadikan Polygon unik?

Polygon menggunakan model proof-of-stake yang sedikit berbeza untuk memastikan keselamatan rangkaian. Kaedah yang digunakan oleh Polygon membenarkan pengesah untuk mencapai persetujuan dengan setiap blok yang baru. Tidak seperti mekanisme proof-of-stake tradisional, mekanisme ini memproses banyak blok untuk mencapai persetujuan - tetapi lebih perlahan. Kaedah proof-of-stake baru ini masih memerlukan pengesah untuk menaruhkan MATIC milik mereka, tetapi sebagai ganjaran, mereka akan menerima lebih MATIC jika mereka mengesahkan transaksi yang betul.

Polygon dikatakan lebih pantas dan murah - Ethereum hanya boleh memproses lebih kurang 15-30 transaksi per saat, manakala Polygon boleh menyokong sehingga 7,200 transaksi per saat dengan kos kurang dari satu sen. Namun begitu, Polygon tidak bermatlamat untuk bersaing dengan Ethereum. Tujuannya adalah untuk menjadikan ekosistem Ethereum lebih pantas dan murah untuk mendorong penerimaan besar-besaran terhadap rantaian blok ini.

Polygon juga menyokong lebih dari 7,000 dApps dan menyediakan platform teknologikal yang besar untuk pembangun mencipta lebih lagi. Ia juga menawarkan rangka kerja untuk rangkaian blok yang membolehkan pengguna mencipta rantaian blok yang saling berhubung - menjadikan Ethereum sebagai “internet bagi rantaian blok”.

Apa itu MATIC?

Asalnya, Polygon dikenali sebagai Rangkaian Matic. Ia dijenamakan semula ke Polygon pada tahun 2021, dan nama MATIC diberikan kepada matawang kripto natifnya.

Pemegang MATIC menggunakan koin ini untuk membayar caj transaksi, sebagai pertaruhan untuk mendapatkan lebih MATIC, dan sebagai token pentadbiran untuk mengundi apabila terdapat cadangan perubahan pada rangkaian. Ia juga boleh dibeli dan dijual seperti matawang kripto lain.

Seperti matawang kripto lain, bekalan MATIC adalah terhad dan bekalannya dihadkan sehingga 10 bilion koin sahaja.

Tip

Ingin meneroka lebih banyak matawang kripto? Lawati Pusat Bantuan atau Luno Discover untuk semua yang anda ingin tahu mengenai matawang kripto.

Ingin tahu bagaimana untuk beli, jual or hantar atau terima Semak artikel-artikel ini:

Maklumat di atas tidak boleh dianggap sebagai nasihat kewangan, percukaian, undang-undang, pelaburan atau lain-lain; atau dianggap sebagai isyarat untuk berdagang. Maklumat ini dianggap sebagai komentari pasaran am dan untuk tujuan maklumat sahaja. Sila rujuk Penasihat Kewangan bertauliah sebelum membuat sebarang keputusan atau membuat sebarang tindakan terhadap kewangan anda.

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

Terima kasih!

Kami menghargai maklum balas anda