Kami sentiasa memastikan aplikasi kami tidak mempuyai sebarang pepijat, tetapi nampaknya kali ini ia terlepas.
Sebelum kami menyelesaikannya, kami cadangkan anda untuk menaiktaraf aplikasi anda ke versi yang terbaru. Anda boleh dapatkannya di sini:
Setelah selesai dikemaskini, sila semak sama ada anda masih mengalami masalah pepijat. Jika anda mendapati masih lagi terdapat masalah yang sama, kami akan bantu anda untuk menyelesaikannya.
Kembali semula ke sini dan tekan BETULKAN PEPIJAT di bawah, dan berikan kami sebanyak mungkin maklumat tentang masalah pepijat yang dialami oleh anda. Maklumat yang lebih dapat membantu kami.
Apa yang akan berlaku di Luno apabila anda melaporkan kepada kami:
-
Pasukan sokongan kami akan dihubungi untuk mengesahkan kehadiran pepijat tersebut.
-
Laporan akan diberikan pada skuad teknologi untuk melihat dengan lebih lanjut – mereka akan mengenalpasti adakah pepijat tersebut hanya terjadi kepada anda, ataupun juga kepada pelanggan lain.
-
Mereka akan memberitahu pasukan bantuan bagaimana untuk menyelesaikannya – sama ada hanya untuk anda, atau semua orang.
-
Pasukan bantuan akan menghubungi anda semula dan memberi maklumbalas tentang pepijat tersebut.
Nota
Ia mungkin akan mengambil sedikit masa untuk mengenalpasti isu tersebut, tetapi kami berusaha untuk menyelesaikan dalam tempoh yang paling singkat. Jika ia mengambil sedikit masa, kami akan sentiasa mengemaskini proses tersebut kepada anda.
Apa jua kaedah pun, kami akan memberitahu anda jika kami telah menyelesaikannya.