Bagaimana untuk melabur dalam fungsi Bundle Luno?

a basket holding a stack of different crypto coins

Siapa yang boleh menggunakan fungsi ini?

Fungsi Bundle Luno kini hanya tersedia untuk pelanggan di Afrika Selatan, Malaysia, Nigeria dan Indonesia.

Sukar untuk memilih matawang kripto yang ingin dilaburkan? Kini kami bekerjasama dengan CoinDesk untuk mengambil alih kerja keras tersebut agar anda boleh membeli sejumlah matawang kripto dengan satu pembelian yang dipanggil Bundle.

Fungsi Bundle mengandungi aset kripto yang dijejak oleh permodalan pasaran pada Indeks CoinDesk 5 (CD5) – iaitu beberapa jenis aset kripto paling popular dan yang diniagakan secara aktif. Kriteria pemilihan ketat yang ditetapkan oleh CoinDesk memastikan Bundle anda hanya mengandungi aset kripto yang disenaraikan pada bursa-bursa bereputasi.

Bagaimana untuk membeli, tambah nilai atau menjual Bundle anda

  1. Pilih Portfolio dari menu

  2. Pilih Labur dalam Bundle

  3. Baca maklumat yang dipaparkan mengenai fungsi Bundle, kemudian pilih SETERUSNYA

  4. Pilih FAHAM pada skrin seterusnya

  5. Pada skrin maklumat Bundle Luno, skrol ke bawah dan pilih MARI MELABUR

  6. Pilih bagaimana anda ingin membuat pembayaran Bundle

  7. Masukkan amaun yang ingin dilaburkan, kemudian pilih SETERUSNYA

  8. Semak maklumat transaksi, termasuk jumlah yang dibeli dan caj yang ditetapkan

  9. Jika anda berpuas hati, tandakan persetujuan anda pada kotak Terma dan Syarat dan pilih SAHKAN

  10. Masukkan PIN Luno anda

Berjaya! Anda telah melabur dalam Bundle dan kini anda mempunyai pelbagai portfolio.

  1. Pilih Portfolio dari menu

  2. Pilih Bundle Luno Large Cap pada pilihan Bundle

  3. Pilih TAMBAH NILAI

  4. Pilih cara pembayaran untuk Bundle

  5. Masukkan amaun dan pilih SETERUSNYA

  6. Semak maklumat transaksi, termasuk amaun yang dibeli dan caj yang ditetapkan

  7. Jika anda berpuas hati, tandakan persetujuan anda pada kotak Terma dan Syarat dan pilih SAHKAN

  8. Masukkan PIN Luno anda

Selesai! Pelaburan anda akan ditambah pada portfolio fungsi Bundle anda.

  1. Pilih Portfolio dari menu

  2. Pilih Bundle Luno Large Cap pada pilihan Bundle

  3. Pilih JUAL

  4. Masukkan amaun dan pilih SETERUSNYA

  5. Semak maklumat transaksi, termasuk amaun yang dijual, caj yang ditetapkan pilih SAHKAN

  6. Masukkan PIN Luno anda

Berjaya! Anda telah menjual keseluruhan atau sebahagian dari Bundle anda.

Nota

Anda boleh memulakan semula pelaburan anda pada bila-bila masa.

Pelanggan di Malaysia boleh memindah keluar matawang kripto individu dari fungsi Bundle. Sebagai contoh, jika anda ingin mengeluarkan Bitcoin dari fungsi Bundle, anda boleh menarik keluar Bitcoin dan memindahkannya ke dalam dompet Bitcoin transaksi.

Cara-cara:

  1. Pilih Portfolio dari menu

  2. Pilih Bundle Luno Large Cap pada pilihan Bundle

  3. Pilih TARIK BUNDLE dari menu atas, kemudian FAHAM

  4. Pilih aset kripto yang ingin dikeluarkan dari Bundle

  5. Masukkan amaun yang ingin dikeluarkan

Jumlah Bundle yang ditarik akan ditolak caj 1% sebelum dipindahkan ke dompet matawang transaksi biasa. Ulang langkah di atas jika anda ingin mengeluarkan aset kripto lain.

Apakah aset kripto yang tersedia dalam fungsi Bundle?

Fungsi Bundle mengandungi aset kripto berikut. Pemberatan setiap aset kripto adalah berdasarkan permodalan pasaran masing-masing:

Nota

Senarai aset kripto mungkin akan berubah selepas setiap sesi imbangan semula setiap suku tahun.

Manfaat membina portfolio dipelbagaikan

Fungsi Bundle kripto adalah salah satu pilihan yang boleh dipertimbangkan jika anda ingin mempelbagaikan pemilikan kripto anda.

Dengan satu pembelian, anda boleh membeli setiap bahagian matawang kripto terbesar dan paling popular dalam pasaran kripto yang tidak pernah berhenti berubah.

Sistem algoritma Bundle akan menjejak prestasi pasaran. Jika nilai aset kripto dalam Bundle anda meningkat atau berkurang, kami akan membuat imbangan semula fungsi Bundle anda pada setiap suku tahun. Dalam erti kata lain, fungsi Bundle akan diselaraskan secara automatik sebanyak empat kali setahun agar lebih dana dapat diagihkan kepada aset kripto yang mempunyai permodalan pasaran lebih tinggi, dan mengurangkan agihan dana pada aset kripto yang mempunyai permodalan pasaran yang rendah.

Dalam kes-kes tertentu, jika aset kripto yang tidak disenaraikan dalam Bundle muncul dengan permodalan pasaran lebih tinggi berbanding aset kripto yang disenaraikan dalam Bundle, aset kripto berprestasi rendah ini akan dikeluarkan dan ditukar.

Tip

Bayangkan fungsi Bundle adalah seperti sebekas matawang kripto, dan kandungan bekas itu diselaraskan berdasarkan perubahan yang berlaku dalam pasaran kripto. Ketahui lagi mengenai imbangan semula dan bagaimana ia berfungsi. Sila maklum bahawa strategi mempelbagaikan portfolio kripto tidak menjadikan anda dilindungi dari kerugian. Pastikan anda memahami risiko-risiko yang melibatkan matawang kripto sebelum mula melabur.


Soalan Lazim

Kombo koin memberikan anda kemudahan untuk membeli pelbagai aset kripto dalam satu transaksi, dan kemudian ia disimpan pada setiap dompet kripto masing-masing. Anda boleh membeli lebih banyak aset kripto individu, atau menjual sebahagian atau keseluruhan aset kripto individu.

Fungsi Bundle ialah sebekas aset kripto yang mengandungi matawang-matawang kripto dengan permodalan pasaran terbesar, berdasarkan penjejakan yang dibuat pada Indeks CoinDesk 5 (CD5) oleh CoinDesk. Ini bermaksud pasaran kripto akan menentukan aset kripto yang tersedia dalam Bundle anda.

Aset kripto dalam fungsi Bundle tidak disimpan dalam dompet individu dan anda tidak boleh meniagakan aset kripto yang tersedia dalam fungsi ini secara berasingan. Anda juga tidak boleh menghantar dan menerima kripto dari fungsi Bundle.

A buy, tracking, top-up, and sell fee are charged for bundles. The rebalancing fee is paid quarterly, while the rest are paid at the point of sale.

Nota

Baca artikel ini untuk maklumat pecahan caj-caj yang dikenakan untuk fungsi Bundle.

Had transaksi dalam jadual ini terpakai apabila anda membuat pembelian, tambah nilai atau penjualan sebahagian Bundle anda.

Negara Minima Maksimum
Afrika Selatan R100 R1,500,000
Malaysia RM25 RM365,000
Nigeria ₦2,500 ₦3,600,000
Indonesia Rp100,000 Rp120,000,000

Nota

Tiada had minimum jika anda menjual keseluruhan Bundle anda.

Jika akaun anda disahkan di Malaysia, anda mempunyai pilihan untuk menarik bundle matawang individu daripada fungsi Bundle anda. Tindakan ini akan memindahkan matawang kripto tersebut keluar dari fungsi Bundle dan dimasukkan ke dompet kripto standard anda. Fungsi Tarik Bundle tidak tersedia di negara-negara lain.

Anda tidak boleh menjual aset kripto individu untuk matawang fiat dari fungsi Bundle anda (terpakai di setiap negara). Anda juga tidak boleh menerima atau menghantar kripto melalui fungsi Bundle.

Ya, dan terdapat satu tempoh sahaja di mana anda tidak boleh menjual fungsi Bundle anda – iaitu pada setiap sesi imbangan semula suku tahun selama 1.5 jam. Sesi ini akan dilakukan pada bulan Januari, April, Julai dan Oktober.

Ini bermaksud fungsi Bundle akan dihentikan seketika pada hari bekerja kedua bagi bulan-bulan yang dinyatakan di bawah:

  • Januari: 7:45 PM - 9:15 PM (UTC)

  • April, Julai, Oktober: 6:45 PM - 8:15 PM (UTC)

Apabila nilai aset kripto dalam fungsi Bundle anda meningkat atau menurun, fungsi Bundle akan diimbangkan semula secara automatik pada setiap suku tahun dengan mengagihkan lebih dana terhadap aset kripto berprestasi tinggi dan kurang pengagihan pada aset kripto berprestasi rendah, jika perlu. Baca lagi untuk mengetahui maklumat mengenai imbangan semula fungsi Bundle berfungsi dan bagaimana ia berfungsi.

Sesi imbangan semula akan dibuat pada hari bekerja kedua dalam bulan Januari, April, Julai dan Oktober.

Anda boleh menyemak prestasi Bundle anda melalui skrin Portfolio. Pergi ke PELABURAN ANDA, skrol ke bawah dan tekan Bundle. Kemudian tekan Luno Large Cap.

Tip

Semak artikel ini untuk mengetahui cara-cara menjejak prestasi Bundle anda

Ya. Pembelian aset kripto dasar, imbangan semula dan penyusunan semula atau penjualan semua atau sebahagian Bundle berkemungkinan akan memberi impak terhadap percukaian.

Nota

Kami menggalakkan anda untuk berunding dengan penasihat cukai peribadi terhadap implikasi cukai apabila anda melabur dalam fungsi Bundle Luno Large Cap.

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

Terima kasih!

Kami menghargai maklum balas anda