Apa ini berlaku untuk saya?
Hanya jika akun Luno Anda diverifikasi di Indonesia, Malaysia, atau di United Kingdom.
Alasan kami meminta informasi tersebut ketika Anda menerima aset kripto adalah karena kewajiban kepatuhan Luno terhadap Travel Rule.
Apa itu Travel Rule?
Dalam beberapa tahun terakhir, telah terjadi kenaikan tajam dalam investasi aset kripto. Sebagai dampaknya, para pembuat kebijakan kini mulai mengarahkan pandangannya pada ranah kripto yang sedang berkembang dalam industri layanan keuangan.
The Financial Action Task Force (FATF) / Gugus Tugas Aksi Keuangan) - adalah badan antar-pemerintahan independen yang mengembangkan dan mendukung kebijakan Anti Pencucian Uang (AML / Anti-Money Laundering) dan Perlawanan Pendanaan Teroris (CFT / Counter- Terrorist Financing) baru-baru ini telah memperluas kebijakan Travel Rule ke industri kripto.
Tip
Jika anda ingin mengetahui lagi mengenai Travel Rule, rujuk senarai soalan lazim untuk penerangan yang lebih lanjut.
Boleh terangkan lagi mengenai Travel Rule?
Travel Rule memerlukan kami mendapatkan beberapa maklumat tertentu mengenai transaksi dan individu atau syarikat / entiti sah penerima kripto. Kami melakukannya dengan cara bertanyakan terus kepada individu tersebut atau melalui entiti VPenyedia Perkhidmatan Aset Digital (VASP).
VASP? Apa tu?
VASP ialah panggilan ‘fancy’ di platform kripto. VASP merujuk kepada perniagaan yang memberi kemudahan di bawah kepada pelanggan mereka:
-
Tukaran di antara matawang fiat dan kripto
-
Tukaran di antara jenis kripto yang berbeza
-
Hantar dan terima kripto
-
Simpan kripto
-
Dan penyediaan perkhidmatan kewangan yang berkaitan dengan pengeluaran dan/atau penjualan kripto
Luno ialah VASP.
OK... jadi apa yang perlu dilakukan apabila saya menerima kripto?
Apabila anda menerima kripto, kami mungkin akan meminta anda untuk:
-
Nama VASP yang diterima, di mana alamat dipegang dengan tukaran atau platform kripto lain
-
Nama penyedia dompet yang diterima, di mana alamat ialah alamat dompet peribadi
Nota
Tidak pasti apa perbezaannya? Apabila alamat dipegang oleh tukaran atau platform kripto lain, ia bermaksud alamat tersebut dipegang atas nama anda oleh platform lain seperti tukaran lain, yang akan memegang kunci peribadi atas pihak anda. Ini dikenali sebagai dompet custodial.
Alamat peribadi pula ialah dompet yang anda cipta kepada anda sendiri dan di mana anda memegang kunci peribadi. Ini dikenali sebagai dompet non-custodial. Contohnya ialah dompet hardware (seperti Trezor) atau dompet web (seperti Metamask). Jika anda tidak pasti, sila tanyakan pada pengirim.
Akhir sekali
Luno komited untuk mengekalkan piawaian tertinggi dalam menuruti undang-undang AML dan CFT, oleh itu, apabila arahan Travel Rule diperlukan oleh undang-undang di negara yang disokong, kami perlu mendapatkan maklumat daripada anda supaya kami boleh terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada anda.
Kawal selia mungkin kadang kala dirasakan sedikit sukar, tetapi akhirnya, ia akan membantu mencipta ruang yang selamat untuk anda menyimpan, beli, hantar dan jual matawang kripto.