Toshi, chatbot sokongan maya kami sentiasa bersedia untuk membantu anda mendapatkan jawapan pantas. Tanya apa sahaja, dan jika Toshi tidak dapat memberikan bantuan selanjutnya, ia akan membantu anda untuk menghubungi pasukan sokongan kami. Baca tips ini untuk mengetahui kaedah menggunakan Toshi.
Tanya soalan yang ringkas dan jelas
Toshi dilatih untuk menjawab soalan anda, namun chatbot ini tidaklah secekap manusia. Tindakan terbaik adalah dengan bertanyakan soalan secara ringkas dan jelas. Cuba elakkan dari menerangkan masalah anda seterusnya. Sebaiknya, mulakan soalan anda dengan memberitahu masalah utama.
Contohnya:
Jangan lakukan: “Saya telah membuat deposit sebanyak RM 3000 ke dalam akaun Maybank pada hari Sabtu, tetapi deposit tersebut masih belum dipaparkan lagi dan saya ingin membeli Bitcoin dan Ethereum pada hari ini.”
Lakukan: “Deposit saya tidak dipaparkan.”
Toshi akan berusaha untuk memahami soalan anda, namun cuba elakkan soalan yang hanya mengandungi satu perkataan. Contohnya:
Jangan lakukan: "Segera"
Lakukan: “Bagaimana untuk membuat deposit segera?”
Elakkan soalan yang mengandungi maklumat spesifik seperti ID transaksi dan nombor rujukan deposit, melainkan anda diminta untuk melakukan sedemikian. Sebagai contoh:
Jangan lakukan: “Di mana deposit 12347XYZ?”
Lakukan: “Deposit saya tidak dipaparkan.”
Tanya satu soalan dalam satu masa
Jika anda mempunyai lebih dari satu soalan, tanya setiap soalan secara individu. Tanya soalan seterusnya sebaik sahaja soalan sedia ada sudah selesai dijawab. Contoh:
Jangan lakukan: “Saya tidak tahu bagaimana untuk menghantar matawang kripto dan pengeluaran saya tidak dipaparkan”
Lakukan: “Bagaimana untuk menghantar matawang kripto?” kemudian “Pengeluaran saya tidak dipaparkan”
Gunakan saranan soalan yang dipaparkan dalam chat
Untuk membantu anda secepatnya, Toshi akan memaparkan soalan dalam bentuk balasan pantas, tanpa perlu menaip keseluruhan mesej. Saranan ini akan dipaparkan dalam chat anda, dan anda boleh saranan-saranan soalan yang paling relevan dengan anda.
Apa akan berlaku jika Toshi tidak memahami soalan saya?
Toshi sentiasa belajar, namun chatbot mungkin tidak akan sentiasa memahami soalan anda. Jika anda menerima respon “Maaf, saya tidak memahaminya”, cuba tulis semula soalan anda dengan perkataan yang berbeza, atau cuba salah satu topik yang disarankan.
Jika Toshi tidak dapat membantu anda, minta Toshi hubungkan anda dengan agen sokongan, agar anda boleh bercakap dengan salah seorang pasukan sokongan pelanggan kami. Contohnya: ‘Saya ingin bercakap dengan agen’