Kebangkitan aplikasi desentralisasi (dApps) telah menyaksikan kemasukan platform-platform baharu dibina, namun kebanyakannya menghadapi caj transaksi yang tinggi dan isu skalabiliti. Fantom bermatlamat untuk menyelesaikan cabaran-cabaran ini dengan membina sebuah platform yang lebih pantas dan murah untuk digunakan berbanding alternatif lain seperti Ethereum. Fantom melakukannya dengan mengesahkan transaksi menggunakan mekanisme konsensus Proof-of-Stake tanpa ketua yang dipanggil sebagai Lachesis dan meletakkan sedikit ‘kejutan’ pada teknologi asasnya.
Nota
Untuk masa sekarang Luno tidak menyokong penghantaran atau penerimaan FTM, namun anda masih boleh membeli dan menjual token ini seperti matawang kripto kami yang lain. Keputusan ini dibuat untuk memastikan kawalan yang bersesuaian diletakkan untuk mengekalkan piawaian tertinggi terhadap perlindungan pelabur. Ketahui lebih lanjut tentang mengapa anda tidak boleh menghantar atau menerima FTM.
Bagaimana Fantom berfungsi?
Directed Acyclic Graph (DAG)
Bayangkan, satu ekosistem matawang kripto ialah sebuah rumah. Struktur rumah tersebut ialah projek kripto Layer-1 seperti Fantom. DApps pula adalah perabot-perabot yang boleh digunakan. Kebanyakkan rumah pada zaman sekarang dibina dengan batu-bata, namun anda boleh mendapatkan struktur yang sama kukuh dengan kos yang lebih rendah melalui penggunaan bahan binaan lain. Seperti matawang kripto, kebanyakannya dibina pada rantaian blok, namun ada beberapa yang dibina pada teknologi lejar diedarkan – bagi Fantom, ia dibina pada Directed Acrylic Graph (DAG).
Perbezaan utama di antara DAG dan rantaian blok adalah bentuk struktur. DAG mempunyai struktur seperti graf dan transaksi tunggal disambungkan dengan beberapa transaksi lain. Ini bermaksud, secara teori; transaksi boleh diproses dengan lebih cekap dan pantas pada struktur DAG kerana setiap transaksi disahkan dan dirujuk dengan transaksi-transaksi lepas.
Mekanisme konsensus Lachesis
Fantom bergantung pada mekanisme konsensus Proof-of-Stake unik iaitu Lachesis untuk mencapai persetujuan dalam rangkaian. Lachesis direka untuk menyelesaikan tiga dilema – keselamatan, desentralisasi dan skalabiliti. Lachesis tidak bergantung pada pelombong namun peserta rangkaian mengesahkan transaksi secara terus. Setiap nod dalam rangkaian membina DAG tempatannya sendiri dan melalui ‘gossip protocol’, rangkaian-rangkaian ini berkongsi maklumat untuk mencapai persetujuan bersama.
Apakah matawang kripto bagi Fantom?
Matawang kripto natif bagi rangkaian Fantom ialah FTM. Matawang kripto ini memperkasakan tadbir urus, keselamatan dan sistem ekonomi. FTM memberi ganjaran kepada penyertaan aktif dan sekaligus dapat melindungi rangkaian.
Siapa yang mencipta Fantom?
Fantom diasaskan pada tahun 2018 oleh Ahn Byung Ik, seorang saintis komputer dari Korea Selatan. Sebelum melancarkan Fantom, Ahn memegang jawatan sebagai presiden Persatuan Teknologi Makanan Korea dan membangunkan SikSin, aplikasi maklumbalas restoran, sama seperti Yelp.
Pada tahun 2019, Ahn meninggalkan Fantom dan memindahkan bidang kuasanya kepada Fantom Foundation. Kumpulan ini disertai oleh para jurutera, saintis, penyelidik, pereka dan ahli-ahli perniagaan yang semuanya memberi sumbangan kepada pembangunan protokol Fantom.
Tip
Ingin meneroka Fantom? Ketahui mengenai asas-asas FTM dan dapatkan berita-berita matawang kripto terkini di Luno Discover.
Mahu belajar lebih lagi mengenai cara-cara untuk membeli atau menjual FTM? Dapatkan jawapannya melalui artikel pusat bantuan kami:
Maklumat di atas tidak boleh dianggap sebagai nasihat kewangan, percukaian, undang-undang, pelaburan atau lain-lain; atau dianggap sebagai isyarat untuk berdagang. Maklumat ini dianggap sebagai komentari pasaran am dan untuk tujuan maklumat sahaja. Sila rujuk Penasihat Kewangan bertauliah sebelum membuat sebarang keputusan atau membuat sebarang tindakan terhadap kewangan anda.