Bagaimana untuk menyertai komuniti UserTesting

Luno kini bekerjasama dengan UserTesting untuk mendengar lebih banyak maklum balas daripada pelanggan Luno Labs kami. Kerjasama ini direka untuk meningkatkan lagi perkembangan produk kami melalui maklumbalas berharga anda, dan pada yang sama, anda juga dapat mengintai apakah perkembangan yang kami sedang lakukan. Berikut adalah maklumat yang anda perlu tahu mengenai penyertaan dalam program UserTesting kami.

Bagaimana untuk mendaftar?

  1. Pastikan anda log masuk ke akaun Luno anda terlebih dahulu
  2. Pergi ke halaman log masuk UserTesting (hanya tersedia untuk pelanggan yang telah log masuk ke akaun Luno)
  3. Pilih pilihan yang paling sesuai dengan anda

Tip

Anda juga boleh mengaktifkan fungsi Luno Labs jika belum melakukannya. 

Apa itu UserTesting?

UserTesting ialah platform yang membolehkan kami untuk berhubung dengan pelanggan-pelanggan Luno yang boleh memberikan maklumbalas terhadap produk dan perkhidmatan kami. Dengan bekerjasama dengan UserTesting, anda boleh terlibat secara terus dalam membentuk masa depan platform kami. UserTesting akan melakukan kerja-kerja menyelaras, pengurusan jadual, penapisan dan bayaran pampasan terhadap pengguna, untuk memastikan pengalaman anda sebagai peserta lancar dan berbaloi.

Bagaimana ia berfungsi?

Sebagai peserta, anda akan terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang akan membantu kami meningkatkan dan menambahbaik produk-produk kami. Berikut adalah perkara-perkara yang anda boleh jangkakan:

  • Perbualan Langsung - anda akan menyertai panggilan video kasual untuk berbincang mengenai pendapat anda mengenai produk dan fungsi Luno.
  • Ujian Kendiri - anda akan menyelesaikan tugasan pada aplikasi atau laman web untuk menguji fungsi-fungsi akan datang. Tugasan-tugasan ini boleh dilakukan pada mana-mana peranti, termasuklah telefon pintar, tablet atau komputer riba.

Setiap sesi boleh mengambil masa di antara 15 hingga 60 minit dan anda akan diberikan sagu hati bagi usaha anda, bernilai sehingga $60 bagi setiap sesi.

Siapa yang boleh menyertai program ini?

UserTesting hanya tersedia kepada pelanggan Luno Labs di Indonesia, Malaysia dan Afrika Selatan sahaja.

Nota

Anda perlu berusia 18 tahun ke atas dan mempunyai akaun PayPal untuk menerima bayaran.


Soalan Lazim

Ya, anda perlu berusia 18 tahun ke atas untuk menyertai UserTesting.

Anda memerlukan peranti berinternet bersama mikrofon. Anda boleh menggunakan telefon pintar anda untuk pengujian, namun anda perlu memuat turun aplikasi UserTesting terlebih dahulu dari App Store atau Google Play. Anda juga perlu mempunyai akaun PayPal agar kami boleh memindahkan bayaran bagi setiap ujian yang diselesaikan.

Perkara ini bergantung pada ujian itu sendiri, namun setiap ujian dianggarkan mengambil masa tidak lebih dari 30 minit untuk diselesaikan. Sila maklum bahawa anda perlu memberikan fokus 100% bagi setiap ujian. Anda boleh memberhentikan seketika rakaman pada bila-bila masa, oleh itu anda tidak perlu panik jika terdapat gangguan.

Pelbagai: anda mungkin akan menerima beberapa jemputan pengujian pada sesetengah bulan, atau tiada jemputan. Pemilihan ahli panel (peserta ujian) adalah bergantung pada jenis maklumbalas yang kami perlukan, oleh itu maklumat yang diisi ketika anda mendaftar adalah amat berguna untuk membantu kami memilih peserta yang betul bagi setiap ujian. Penyertaan ujian adalah berdasarkan siapa cepat dia dapat. Berikan maklumbalas secepat mungkin jika anda boleh memberikan kerjasama – walaupun anda tidak perlu mengambil ujian tersebut segera.

Semua ahli panel akan dibayar melalui PayPal. UserTesting menggalakkan anda untuk menggunakan akaun PayPal peribadi yang telah disahkan. Bayaran bagi ujian tipikal ialah $10 - kami akan menyatakan amaun bayaran bagi ujian yang dilakukan pada setiap jemputan yang dihantar.

Jangan risau jika anda dibayar dalam matawang Dolar. Ini kerana UserTesting ialah syarikat dari Amerika Syarikat. Anda boleh tukar kepada matawang tempatan pada laman web PayPal. Bayaran biasanya akan dibayar ke akaun anda dalam tempoh 7 hari selepas ujian diselesaikan. Kadang-kala, PayPal akan mengalami kelewatan bayaran selama 24-48 hari.

Apabila anda mendaftar sebagai penguji, kami tidak akan menggunakan maklumat anda selain dari menghubungi anda mengenai ujian atau mengajak anda untuk menyertai ujian. Jika kami memerlukan anda untuk menguji fungsi pada aplikasi Luno, kami tidak akan menggunakan maklumat akaun sebenar anda, namun kami akan memberikan anda satu akaun ‘dummy’ untuk digunakan.

Sebarang jemputan ujian atau emel yang diterima sebagai sebahagian dari ahli panel akan diterima dari support@usertesting.com. Kami tidak akan meminta anda untuk memindahakn wang atau berkongsi maklumat peribadi atau maklumat akaun dengan kami.

Tip

Jika anda risau atau tidak pasti mengenai emel yang diterima, sila semak dengan kami sebelum mmemberikan maklumbalas, atau semak panduan phishing untuk mengetahui bagaimana melindungi diri anda dari komunikasi-komunikasi mencurigakan.

Jika anda membuat keputusan untuk tidak lagi mahu menyertai projek UserTesting, anda boleh memadam akaun UserTesting. Semak artikel UserTesting mengenai pemadaman akaun jika anda ingin mendapatkan lebih maklumat. Jika, anda boleh menghubungi research@luno.com dan kami akan memadam anda dari rangkaian kami.

Tip

Untuk lebih maklumat mengenai proses ujian dan apakah yang boleh dijangka, sila lawati halaman Soalan Lazim UserTesting.

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

Terima kasih!

Kami menghargai maklum balas anda