Ya, Fungsi Stake Ethereum kini disahkan sebagai Patuh Syariah.
Luno telah melantik satu firma penasihat Syariah bebas yang diiktiraf oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (“SC”), iaitu Amanie Advisors (“Amanie”) dan syarikat firma penasihat Syariah ini telah melakukan semakan menyeluruh terhadap fungsi Stake Ethereum Luno dalam memastikan kepatuhannya terhadap keperluan Syariah.
Nota
Pengiktirafan patuh syariah ini hanya terpakai pada fungsi Stake Ethereum (ETH) yang ditawarkan oleh Luno sahaja. Walaupun telah disahkan patuh syariah, tiada perubahan dilakukan pada fungsi Stake ETH dan pelanggan boleh menikmati fungsi ini seperti biasa.
Bagaimana fungsi Stake ETH berfungsi dan apakah kontrak Syariah yang terlibat?
Pelanggan yang memiliki Ether (ETH) di aplikasi Luno dan memilih perkhidmatan Stake Ethereum Luno akan melantik Luno Malaysia sebagai ejen untuk berperanan bagi pihak pelanggan untuk berurusan dengan Penjaga (Custodian) dan Penyedia Fungsi Stake (Staking Provider) bagi menguruskan dan menggunakan Ether Yang Dijadikan Stake untuk aktiviti Stake. Sebagai balasan, pelanggan berpotensi untuk menerima ganjaran Ether tambahan.
Pelantikan Luno Malaysia sebagai ejen melalui perkhidmatan yang ditawarkan oleh platform bagi aktiviti Staking adalah berdasarkan prinsip Syariah Wakalah bi Al Istithmar, iaitu kontrak ejen pelaburan.