Sebagai sebahagian daripada keperluan kawal selia di Malaysia, Luno akan menghantar e-invois bulanan dalam format PDF kepada pelanggan individu dan perniagaan di Malaysia yang mengandungi rekod transaksi bulan sebelumnya.
Apa yang perlu anda tahu tentang e-invois PDF ini
Apa maklumat dalam e-invois ini:
PDF yang dilampirkan mengandungi senarai semua jenis transaksi yang telah dilakukan oleh pelanggan pada bulan sebelumnya termasuk jumlah keseluruhan dan cukai yang dikenakan. Fail ini juga mengandungi kod QR yang boleh diimbas untuk mengesahkan kesahihan e-invois tersebut.
Bila pelanggan akan menerima e-invois ini:
Bermula Julai 2025, pelanggan akan menerima e-invois melalui e-mel pada setiap 7 hari bulan bagi transaksi bulan sebelumnya. Contohnya, e-invois untuk bulan Januari akan dihantar pada 7 Februari.
Bagaimana cara membuka e-invois ini:
Fail PDF ini dilindungi dengan kata laluan. Untuk membuka fail ini, pelanggan perlu memasukkan kata laluan seperti berikut:
- Pelanggan individu perlu memasukkan 6 digit terakhir nombor MyKad.
- Pelanggan perniagaan perlu memasukkan 6 digit terakhir Nombor Pengenalan Cukai (TIN).
Apa yang perlu anda tahu tentang setiap lajur dalam e-invois
Setiap transaksi untuk bulan tersebut direkodkan dalam e-invois seperti yang ditunjukkan dalam imej di bawah. Apabila Luno mengenakan yuran ke atas sesuatu transaksi, yuran tersebut merangkumi Cukai Perkhidmatan (SST) sebanyak 8% jika berkenaan. Semua amaun ini disertakan dalam e-invois.
- Penerangan (Description): Transaksi yang direkodkan bagi bulan tersebut.
- Amaun transaksi (Transaction Amount): Jumlah transaksi dalam MYR.
- Yuran tidak termasuk cukai (Fee Excluding Tax): Yuran transaksi dalam MYR tidak termasuk bahagian SST 8%.
- Amaun cukai (Tax Amount): Bahagian SST 8% daripada jumlah yuran yang dikenakan, jika berkenaan.
- Amaun yuran (Fee Amount): Jumlah yuran yang dibayar kepada Luno termasuk SST 8%, jika berkenaan.
Setiap lajur turut memaparkan jumlah keseluruhan bagi amaun yang direkodkan sepanjang bulan tersebut.
Nota
Sila ambil perhatian bahawa e-invois ini hanya tersedia dalam bahasa Inggeris.
Saya menghadapi masalah berkaitan e-invois saya
Sekiranya anda berdepan sebarang masalah seperti tidak menerima e-invois, tidak dapat membuka fail, memerlukan salinan e-invois bulan terdahulu atau ingin mempertikaikan sebarang butiran, sila hubungi kami untuk mendapatkan bantuan. Pasukan sokongan kami akan menghubungi anda sebaik sahaja permintaan anda diterima.