Menjual kripto adalah semudah memilih kripto yang ingin dijual, matawang yang ingin dijual dan memasukkan jumlah yang ingin dijual. Apabila anda bersedia, ikuti langkah-langkah dalam artikel ini.
Berikut adalah cara-cara untuk menjual kripto
Log masuk ke akaun Luno anda, kemudian:
-
Pilih Portfolio dari menu
-
Tekan JUAL
-
Pilih matawang kripto yang hendak dijual
-
Pilih matawang (matawang tempatan atau kripto) yang hendak digunakan
-
Masukkan amaun jualan. Tekan SETERUSNYA
-
Semak maklumat transaksi, termasuklah caj perkhidmatan, kemudian tekan SAHKAN jika anda berpuas hati
-
Jika anda menggunakan aplikasi Luno, anda perlu memasukkan nombor PIN Luno untuk mengesahkan transaksi
Itu sahaja! Anda telah menjual matawang kripto.
Tip
Tahukah anda yang Luno mempunyai ciri-ciri amaran harga? Anda boleh menetapkannya dan menerima pemberitahuan apabila matawang kripto anda mencecah harga jual anda.

Soalan Lazim
Ya, anda akan dikenakan caj perkhidmatan apabila menjual matawang kripto. Caj ini adalah dinamik. Ia bergantung pada jumlah pembelian anda dan keadaan pasaran semasa. Kami akan memaparkan caj perkhidmatan sebelum anda mengesahkan sebarang transaksi. Ketahui lebih lanjut tentang caj perkhidmatan dan had untuk membeli dan menjual mata wang kripto dengan Luno.
Apabila anda menjual kripto, beberapa had dikenakan. Anda perlu memastikan yang anda menjual pada amaun yang lebih daripada had minimum, dan kurang daripada had maksimum. Ikuti pautan untuk mencari had maksimum dan minimum untuk semua mata wang kami.
Pelanggan di Malaysia hanya boleh menjual kripto untuk matawang tempatan (fiat) atau membeli kripto menggunakan matawang tempatan. Tukaran dan transaksi kripto kepada kripto adalah tidak tersedia.
Tip
Semak artikel ini jika anda ingin mengeluarkan dana ke akaun bank anda selepas anda menjual kripto.