Luno logo on a phone in front of different crypto coins

Pelajari istilah-istilah matawang kripto yang biasa sering digunakan dalam dunia matawang kripto, aplikasi Luno dan Pusat Bantuan.

 

Altcoin

Matawang kripto yang bukan Bitcoin. Terdapat beribu jenis altcoin dengan nilai dan penggunaan yang berbeza.

AML

Pencegahan Penggubahan Wang Haram (AML) merujuk kepada satu set undang-undang, kawal selia dan prosedur yang digunakan untuk menghalang penjenayah daripada menukar wang yang diterima secara haram ke pendapatan yang sah.

API

Program aplikasi antara muka atau Application Programming Interface (API) ialah satu set rutin, protokol dan alat untuk membina aplikasi perisian.

Arbitraj

Pembelian dan penjualan sekuriti, matawang atau komoditi yang dilakukan secara serentak pada bahagian pasaran yang berbeza untuk mengambil peluang terhadap perbezaan harga bagi aset yang sama.

Ask

Pesanan beli

Aset digital

Aset digital ialah apa-apa sahaja yang wujud dalam data binari, lengkap, boleh dikenalpasti dengan unik dan mempunyai nilai dan kegunaan.

Atas rangkaian

Transaksi atas rantaian (on-chain) merujuk kepada transaksi matawang kripto yang berlaku pada rantaian blok – iaitu rekod pada rantaian blok - dan kekal bergantung pada rantaian blok untuk kesahihannya.

Bear market

Pasaran di mana harga saham sedang menjatuh, digalakkan untuk jual.

Bid

Pesanan beli.

Bitcoin

Matawang kripto pertama dibina pada rantaian blok dan pengeluarannya terhad pada 21 juta unit sahaja. Dicipta oleh Satoshi Nakamoto pada tahun 2009, Bitcoin ialah matawang kripto asal.

Bitcoin Cash

Matawang kripto yang telah di ‘hard-forked’ daripada Bitcoin pada 1 Ogos 2017. Bitcoin Cash mempunyai saiz blok yang lebih besar daripada Bitcoin untuk membolehkan pelombong membuat lebih banyak transaksi bagi setiap blok.

Blok

Mengandungi maklumat transaksi. Blok boleh dianggap sebagai halaman lejar.

Block explorer

Block explorer ialah satu alat yang digunakan untuk memaparkan semua transaksi matawang kripto atas talian. Secara spesifik, untuk memaparkan transaksi pada rantaian blok, semasa dan yang lepas. Ia memberikan pengguna maklumat tentang kadar hash rantaian blok tersebut, pertumbuhan transaksi dan maklumat berguna lain.

Buih

Apabila harga sesuatu aset menjadi inflasi dan melebihi nilai sebenar aset tersebut. Apabila buih ‘pecah’, harga akan menjunam secara drastik.

Bull market

Pasaran di mana harga sedang meningkat, digalakkan untuk membeli.

Bekalan edaran

Bekalan edaran (circulating supply) merujuk kepada jumlah saham atau matawang yang ada dalam pasaran.

Blok Genesis

Blok pertama dalam satu rantaian blok.

Bekalan maksimum

Bekalan maksimum sesuatu matawang kripto itu merujuk kepada jumlah maksimum koin atau token yang akan dihasilkan. Apabila telah mencapai bekalan maksimum, tidak akan ada lagi koin baharu yang akan dilombong, di-mint atau dihasilkan.

Carta Lilin

Carta Lilin (candlestick chart) ialah jenis carta yang digunakan pada analisis teknikal yang memaparkan harga sekuriti yang tinggi, rendah, buka atau tutup untuk tempoh masa tertentu.

Cold Storage

Dompet yang dibiarkan luar talian. Ini ialah salah satu usaha keselamatan untuk mengelakkan akses tanpa kebenaran.

Cap masa

Cap Masa yang Dipercayai (Trusted Timestamping) ialah proses menjejak masa penciptaan dan perubahan sesuatu dokumen dengan selamat. Ia membenarkan semua pihak mengetahui, tanpa ragu, yang dokumen tersebut wujud pada satu tarikh dan masa. Satu transaksi Bitcoin mempunyai masa dan tarikh yang direkod pada rantaian blok.

Caj pelombong

Pelombong mendapatkan ganjaran blok apabila menyelesaikan blok. Pelombong juga menerima caj sukarela yang dibayar oleh individu yang mahu menghantar koin kepada mereka. Ini memberi insentif kepada pelombong untuk memasukkan sekali transaksi yang mengenakan caj tertinggi ke dalam blok apabila rangkaian sesak.

DApp

Singkatan untuk decentralised application (aplikasi tidak berpusat). DApp mempunyai kod dibelakang yang dijalakan pada rangkaian peer-to-peer tidak berpusat.

DYOR

Singkatan bagi ‘Do Your Own Research’ atau ‘Buat Kajian Sendiri’.

Dompet panas

Mana-mana dompet matawang kripto yang bersambung dengan internet.

Dompet

Perisian yang digunakan untuk menghantar dan menerima matawang kripto. Dompet biasanya mengandungi kunci peribadi untuk mengesahkan pemilik untuk menghantar koin ini ke dompet lain.

Dompet perkakasan (Hard Wallet)

Satu peranti fizikal yang dikhaskan untuk menyimpan matawang kripto, dimana kunci peribadi di simpan (biasanya di luar talian untuk lebih sekuriti)

Dompet kertas

Sejenis dompet yang tidak lagi digunakan dan tidak selamat. Maklumat kunci peribadi dan alamat Bitcoin dicetak pada sehelai kertas.

Dagangan margin

Kaedah mendagangkan aset menggunakan dana daripada pihak ketiga.

Disenarai putih (whitelist)

Istilah ini bermaksud senarai individu, institusi, program komputer atau alamat matawang kripto yang telah dikenalpasti dan disahkan.

ELI5

Singkatan untuk ‘Terangkan seperti saya berusia 5 tahun’ atau Explain Like I am 5. Ini merujuk kepada individu yang mahukan penerangan tentang sesuatu isu itu mempunyai kefahaman yang terhad atau naif.

ERC-20

ERC20 ialah protokol rasmi untuk mengusulkan penambahbaikkan pada rangkaian Ethereum (ETH). ERC bermaksud Ethereum Request for Comment, dan 20 ialah pengecam usul tersebut. Ini ialah piawaian biasa untuk mencipta token pada rantaian blok Ethereum.

ERC-721

ERC-721 ialah standard bebas dan terbuka yang menerangkan bagaimana untuk membina token tidak terpiawai (non-fungible) atau unik pada rantaian blok Ethereum. Walaupun kebanyakan token adalah terpiawai (setiap token sama dengan token lain), token ERC-721 bersifat unik seperti koleksi barangan rare atau one-of-a-kind.

Ethereum

Dicipta oleh Vitalik Buterin, Ethereum ialah platform perkomputeran teragih, rantaian blok yang dibina untuk memproses transaksi dan maklumat lain seperti kontrak pintar. Lawati Portal Pembelajaran kami tentang Ethereum.

Ether

Matawang kripto yang diterbitkan daripada platform Ethereum, digunakan sebagai pampasan nod melombong bagi setiap pengiraan yang diselesaikan.

Fiat

Wang yang dikeluarkan oleh kerajaan (matawang tempatan anda) atau wang konvensional.

FOMO

Singkatan untuk ‘fear of missing out’ ataupun takut untuk ketinggalan. FOMO ialah emosi dan ketakutan yang menyebabkan pedagang terjebak untuk melakukan tidakan beli atau jual, hanya kerana takut ketinggalan dalam potensi keuntungan.

Fork

Fork berlaku apabila sekumpulan peserta (pelombong) menggunakan versi perisian berbeza (protokol). Jika versi terbaru boleh menggunakan data daripada versi rantaian blok terdahulu (backwards compatible), ia dipanggil soft fork, dan semua peserta akan kekal di rantaian blok yang sama. Jika versi terbaru tidak berfungsi dengan rantaian blok sedia ada, ia dipanggil hard fork, menyebabkan rantaian blok akan berpecah menjadi dua rantaian berbeza.

FUD

Ia singkatan kepada ‘Fear, Uncertainty and Doubt’ iaitu ‘ketakutan, ketidakpastian dan keraguan’. Istilah ini digunakan apabila seseorang individu cuba untuk menyatakan kerisauan tentang masa depan matawang kripto.

Full node

Full node ialah program yang mengesahkan sepenuhnya transaksi dan blok. Hampir keseluruhan full node turut membantu dalam menerima transaksi dan blok daripada full node yan lain, mengesahkan transaksi dan blok, dan kemudian menyampaikannya ke full node seterusnya.

Fasa benih

Frasa benih (seed phrase), frasa penyembuhan benih (seed recovery phrase) atau frasa benih sandaran (backup seed phrase) ialah senarai perkataan yang menyimpan semua maklumat yang diperlukan untuk mendapatkan kembali wang atas rangkaian (on-chain). Perisian dompet biasanya akan menghasilkan frasa benih dan memberi arahan kepada pengguna untuk menulisnya pada sehelai kertas.

Gas

Nilai harga atau yuran yang diperlukan untuk melakukan satu transaksi berjaya atau melaksanakan kontrak pada platform rantaian blok Ethereum.

Gelinciran 

Perbezaan antara harga pesanan yang dijangkakan dan harga pesanan apabila pesanan dilaksanakan.

GitHub

GitHub ialah laman web yang digunakan oleh pembangun perisian sebagai platform untuk berkolaborasi. GitHub merupakan Perisian sebagai Perkhidmatan (SaaS). Dimulakan pada tahun 2008, diasaskan di Git, iaitu sebuah sistem pengurusan kod sumber terbuka yang dicipta oleh Linus Torvalds untuk mempercepatkan pembinaan perisian.

Gwei

Gwei adalah singkatan pada gigawei, atau 1,000,000,000 wei. Unit terkecil bagi wei ialah ether. Ia seperti sen kepada Ringgit, dan satoshi kepada Bitcoin. 1 ether = 1,000,000,000 gwei (109). 1 gwei = 0.000000001 ether. Sama seperti 1 sen = 0.01 Ringgit

Ganjaran Halving

Anggaran pada setiap empat tahun, ganjaran yang diterima oleh pelombong Bitcoin dipotong separuh sebagai langkah untuk memastikan Bitcoin baru boleh dikeluarkan tanpa menyebabkan inflasi.

Ganjaran blok

Koin baharu yang diberikan kepada pelombong apabila mereka berjaya melombong satu blok transaksi pada rangkaian Bitcoin (atau mana-mana matawang kripto).

Halving

Situasi halving akan berlaku setiap empat tahun pada Bitcoin. Apabila ini berlaku, ganjaran daripada perlombongan Bitcoin akan dipotong kepada separuh. Situasi ini juga akan memotong kadar inflasi Bitcoin pada kadar Bitcoin baru memasuki peredaran.

Hard fork

Hard fork ialah perubahan radikal terhadap protokol rangkaian yang mengakibatkan semua transaksi dan blok yang tidak sah menjadi sah (atau terbalik). Hard fork memerlukan semua nod atau pengguna untuk menaiktaraf perisan protokol mereka ke versi terbaru.

Hash

(Kata nama)Algoritma kriptografik
(Kata kerja)Melakukan algoritma kriptografik pada sesuatu data. Baca lagi di sini.

Hodl

Hodl bermaksud ‘pegang’ (cth: tidak jual) Bitcoin anda. Istilah ini menjadi popular pada tahun 2010 apabila satu salah eja di satu forum Bitcoin menjadi tular. Kesalahan ejaan itu digunakan sebagai akronim bagi ‘Hold on for dear life’ atau pegang seolah-olah hidup anda bergantung padanya.

Immutable

Tidak berubah dari masa ke semasa, atau tidak boleh diubah.

ID Transaksi (atau TxID)

Pengenalpasti digunakan untuk mengenalpasti transaksi tertentu dengan unik.

Tiada item glosari.

Kadar hash

Kadar hash mengukur kebolehan mesin pelombong (Bitcoin). Kadar hash mengukur berapa kali fungsi hash yang boleh diproses oleh komputer dalam satu saat. Kadar hash juga digunakan untuk mengukur berapa banyak tenaga komputer yang digunakan untuk menetapkan satu rantaian blok yang spesifik.

Kemuktamadan

Jaminan atau gerenti dimana transaksi matawang kripto tidak boleh diubah, diterbalikkan atau dibatalkan selepas ianya diselesaikan. Tahap kependaman sesuatu rantaian blok akan pasti memberikan kesan kepada kadar kemuktamadan rantaian tersebut.

KYC

Know-your-customer, atau kenali-pelanggan-anda (KYC), ialah proses pematuhan yang digunakan untuk mengesahkan identiti pelangan, sebelum atau semasa melakukan urusan dengan mereka. Institusi kewangan dikehendaki untuk menggunakan proses KYC mengikut undang-undang apabila menerima pelanggan baharu.

Kertas putih (Whitepaper)

Dalam istilah kripto, dokumen rasmi akan dikeluarkan oleh projek rantaian blok baharu sebelum penawaran ICO. Dokumen ini memberi maklumat kepada pembaca tentang teknologi baharu, metodologi, produk dan perkhidmatan sebelum ia dilancarkan.

Ketinggian blok

Ketinggian blok merujuk kepada lokasi spesifik pada rantaian blok. Ia dikira dengan mengetahui jumlah blok yang disahkan sebelumnya.

Kriptografi

Amalan untuk berkomunikasi dengan selamat dengan kehadiran pihak ketiga yang dipanggil ‘pihak berlawanan’. Dari segi konteks matawang kripto, kriptografi mengesahkan dan melindungi maklumat transaksi.

Kecairan

Kecairan merujuk kepada kemudahan sesuatu aset atau sekuriti untuk ditukar kepada wang tunai tanpa memberi kesan kepada harga pasaran.

Kebolehpiawaian

Kebolehpiawaian (fungibility) ialah ciri sesuatu aset di mana setiap unit individu boleh ditukar ganti, dan setiap bahagian bersifat sama dengan bahagian lain. Sebagai contoh, matawang tempatan bersifat kebolehpiawaian, dimana wang kertas RM 1 mempunyai nilai yang sama dengan wang kertas RM 1 yang lain.

Kejuruteraan Sosial

Penipuan “godaman manusia” yang menggunakan manipulasi fizikal untuk memperdaya individu untuk mendedahkan data, menyebarkan malware dan memberikan akses ke maklumat sensitif atau bernilai.

Kontrak masa depan

Kontrak masa depan ialah perjanjian undang-undang standard untuk membeli atau menjual sesuatu pada harga yang telah ditetapkan pada masa yang spesifik di masa depan, di antara pihak-pihak yang mengenali antara satu sama lain. Aset yang ditransaksi biasanya satu komoditi atau instrumen kewangan.

Kewangan tidak berpusat (DeFi)

Kewangan tidak berpusat merujuk kepada aset digital dan kontrak pintar kewangan, protokol dan aplikasi tidak berpusat yang dibina pada Ethereum.

Kesukaran

Usaha yang diperlukan untuk melombong blok. Matawang kripto yang berbeza menerapkan kaedah berbeza dalam melaras kesukaran melombong. Bagi Bitcoin, tahap kesukaran melombong dilaraskan setiap dua minggu untuk memastikan jumlah pelombong yang memproses transaksi tidak menyebabkan kadar Bitcoin baharu yang dikeluarkan meningkat secara drastik.

Kunci peribadi (Private Key)

Kunci peribadi ialah kod digital, seperti kata laluan, yang digunakan untuk mengesahkan transaksi matawang kripto pada rantaian blok. Kod ini perlu disimpan rahsia, mengesahkan pemilik untuk menghantar koin kepada dompet spesifik.

Kunci awam

Kunci awam ialah kod digital yang mengenalpasti secara unik sesuatu dompet pada rantaian blok (cth: alamat dompet). Alamat inilah yang anda berikan kepada individu yang mahu menghantar matawang kripto kepada anda.

Kemeruapan

Dalam kewangan, kemeruapan (volatility) ialah tahap variasi siri harga dagangan dari masa ke semasa, biasanya diukur melalui sisihan piawai (standard deviation) pulangan logaritma. Sejarah kemeruapan pula mengukur siri masa harga pasaran lepas.

Kontrak pintar

Program perisian yang dibina pada rantaian blok dan dikenalpasti melalui satu alamat. Transaksi pada rantaian blok akan melaksanakan kontrak dengan pelbagai cara, contohnya, dengan menghantar beberapa matawang kripto atau data ke alamat kontrak. Jika dilaksanakan, kontrak pintar boleh menghantar lebih banyak transaksi atau melaksanakan kontrak pintar lain.

Lejar

Rekod transaksi

Litecoin (LTC)

Matawang kripto peer-to-peer dan projek perisian sumber terbuka. Penciptaan dan penghantaran koin berdasarkan protokol kriptografik sumber terbuka dan tidak dikawal oleh mana-mana badan berkuasa.

Lejar teragih

Pangkalan data besar yang dipersetujui untuk dikongsi dan diselaraskan ke pelbagai tempat, institusi atau geografi. Lejar ini membenarkan transaksi mempunyai ‘saksi’ awam, menyebabkan serangan siber sukar dilakukan.

Luar rangkaian

Transaksi luar rantaian (off-chain) merujuk kepada transaksi yang berlaku pada rangkaian matawang kripto yang mengubah nilai di luar rantaian blok.

Malware

Malware ialah mana-mana perisian yang sengaja direka untuk menyebabkan kerosakan pada komputer, server, klien atau rangkaian komputer. Terdapat banyak jenis malware, termasuklah virus komputer, worms, kuda trojan, ransomware, spyware, adware, rogue software dan scareware.

Metadata

Data yang memberikan maklumat mengenai data lain. Contohnya, gambar pada telefon anda mempunyai metadata, termasuklah tarikh gambar diambil, saiz fail dan lokasi. Gambar tersebut adalah data, dan metadata ialah semua maklumat mengenai gambar tersebut.

Melombong

Aktiviti memproses transaksi rantaian blok menggunakan perkakasan komputer (Bitcoin atau lain-lain). Pelombong melakukannya untuk mendapatkan ganjaran melombong dan keuntungan.

Mining farm

Mining farm ialah pusat data, yang dilengkapi dengan peralatan teknikal untuk melombong Bitcoin dan matawang kripto yang lain. Mining farm muncul daripada komplikasi berterusan proses perlombongan, dimana ia memerlukan banyak sumber tenaga, teknikal dan kewangan.

Masa pengesahan

Masa pengesahan bermaksud masa yang diambil di antara satu transaksi rantaian blok diserahkan kepada rangkaian dengan masa ia direkod kedalam blok yang disahkan.

Mekanisma konsensus

Mekanisma konsensus ialah mekanisma fault-tolerant yang digunakan dalam sistem komputer dan rantaian blok untuk mencapai persetujuan penting bagi nilai data tunggal atau keadaaan tunggal rangkaian (single state of the network) di antara proses yang teragih atau sistem pelbagai agen.

Matawang kripto

Mana-mana matawang kripto yang menggunakan kriptografi untuk mengesahkan dan melindungi transaksi.

Mempertaruh (Staking)

Perlakuan mengunci koin atau token seseorang untuk membantu mengesahkan transaksi bagi matawang kripto dengan mekanisme persetujuan Proof-of-Stake (PoS). Pertaruh (staking) menerima ganjaran pertaruhan (staking) kerana menyediakan perkhidmatan ini.

Nod

Peranti yang mempunyai salinan rantaian blok padanya. Peranti ini berkongsi maklumat dengan nod lain pada serata rangkaian. Nod ini tidak semestinya melombong matawang kripto tetapi ia menyumbang kepada keselamatan rantaian blok. Semua pelombong adalah nod tetapi bukan semua nod adalah pelombong.

Nonce

Nonce ialah singkatan kepada number you only use once atau nombor sekali guna. Dalam kriptografi, nonce ialah satu nombor arbitari yang hanya digunakan sekali sahaja dalam komunikasi kriptografik. Nombor yang dikeluarkan untuk protokol pengesahan biasanya rawak atau pseudo-rawak untuk memastikan komunikasi terdahulu tidak boleh digunakan semula bagi serangan ulangan. Ia juga berfungsi untuk permulaan vektor pada fungsi hash kriptografik.

Over-the-counter

Over-the-counter (OTC), atau melalui kaunter, merujuk kepada proses bagaimana sekuriti didagangkan untuk syarikat yang tidak disenaraikan pada bursa utama seperti Bursa Malaysia (KLSE). Sekuriti yang didagangkan melalui OTC didagangkan melalui rangkaian broker-dealer berbanding melalui bursa berpusat.

P2P

P2P bermaksud peer-to-peer, atau rakan-ke-rakan. Dalam rangkaian P2P, ‘peer’ ialah sistem komputer yang berhubung dengan satu sama lain melalui internet. Fail boleh dikongsi terus di antara sistem yang ada pada rangkaian tanpa memerlukan server pusat.

Phishing

Phishing ialah cubaan jenayah untuk mendapatkan maklumat sensitif seperti nama pengguna, kata laluan, maklumat kad kredit dengan cara menyamar menjadi entiti yang boleh dipercayai pada komunikasi elektronik seperti emel dan chat.

Ponzi

Sejenis penipuan dimana pelabur terawal akan dijanjikan bayaran keuntungan yang dijanjikan, tetapi sebenarnya keuntungan tersebut bukanlah keuntungan daripada pelaburan syarikat, tetapi wang yang telah dibayar oleh pelabur terkemudian untuk menyertai pelaburan.

Proof-of-History (PoH)

Protokol Proof of History ialah urutan langkah di mana cop masa ditambah pada tandatangan blok, lalu mencipta satu rekod yang mengesahkan bahawa transaksi telah berlaku pada masa yang spesifik. Ini bermaksud, pelombong boleh terus melombong tanpa kelewatan melalui pengesahan awam.

Proof-of-Stake (PoS)

Proof-of-Stake (PoS), atau bukti pemilikan, ialah protokol mekanisme persetujuan dimana seseorang individu boleh melombong atau mengesahkan transaksi blok berdasarkan kepada jumlah koin yang dipegang. Lebih banyak Bitcoin atau altcoin yang dimiliki oleh pelombong, lebih banyak kuasa melombong.

Proof-of-Work (PoW)

Proof-of-Work (PoW) atau bukti kerja, ialah satu sistem (atau protokol, atau fungsi) mekanisme persetujuan. Ia menghalang serangan penafian servis atau penyalahgunaan servis lain seperti spam pada rangkaian dengan cara meminta bukti kerja daripada peminta servis, yang biasanya bermaksud masa pemprosesan oleh sesebuah komputer.

Pelombong ASIC 

Application-specific integrated circuit (ASIC) ialah satu peranti yang dicipta hanya untuk melombong Bitcoin, atau dengan lebih mudah, ia adalah komputer yang dicipta khas untuk melombong Bitcoin.

Pengesah 

Individu yang bertanggungjawab mengesahkan transaksi pada rantaian blok.

Penyerahan

Penyerahan (capitulation) ialah pelabur menyerahkan sebarang keuntungan sebelum dalam sekuriti atau pasaran dengan cara menjual posisi mereka ketika tempoh penurunan. Penyerahan boleh berlaku tak kira masa, tetapi biasanya berlaku ketika volum dagangan tinggi dan penurunan dipanjangkan untuk sekuriti. Pembetulan pasaran (market correction) atau bear market sering menyebabkan pelabur untuk menyerah atau jualan panik.

Penawaran Token Permulaan (ICO)

Penawaran token permulaan (initial coin offering), atau ICO, ialah instrumen pengumpulan dana apabila satu syarikat besar atau startup mula menjual ‘token’ yang mewakili saham syarikat. Token tersebut disimpan pada rantaian blok dan tersedia untuk orang awam.

Penawaran Tukaran Permulaan (IEO)

Penawaran tukaran permulaan (initial exchange offering), atau IEO, ialah token penjualan yang diselia oleh bursa matawang kripto. Penawaran ini tersedia secara eksklusif kepada pengguna bursa, walaupun sesetengah IEO mungkin akan berada di beberapa bursa. Sama seperti ICO, IEO membolehkan pelabur mendapat matawang kripto baharu (atau token) sambil mengumpul dana untuk projek kripto baharu.

Penyulitan

Penyulitan (encryption) ialah kaedah di mana maklumat diubah kepada kod rahsia yang melindungi maksud maklumat tersebut. Aktiviti penyulitan dan nyahsulit maklumat dipanggil kriptografi.

Perbelanjaan berganda

Perbelanjaan berganda ialah satu kelemahan dalam skim tunai digital dimana satu token digital yang sama dibelanjakan lebih dari sekali.

Pasaran/tukaran niaga hadapan

Tukaran niaga hadapan atau pasaran niaga hadapan ialah tukaran kewangan pusat dimana individu boleh berdagang kontrak niaga hadapan berpiawai seperti yang dijelaskan oleh tukaran.

Permodalan pasaran

Permodalan pasaran, atau market cap, ialah nilai pasaran pada saham tertunggak syarikat dagangan awam. Permodalan pasaran sama dengan harga saham yang didarabkan dengan jumlah saham tertunggak.

Pesanan pasaran

Pesanan yang dibuat dengan menyatakan amaun spesifik yang anda ingin dagangkan. Pesanan akan dilaksanakan secepatnya pada kadar tersedia yang terbaik. Dalam kata lain, pesanan pasaran memadankan pesanan (yang sedia ada) yang sedang menunggu di dalam buku pesanan. Pesanan pasaran sentiasa dikira sebagai taker order.

Pesanan terhad

Pesanan dilakukan dengan menyatakan amaun dan harga yang anda ingin berdagang. Bergantung pada harga yang dinyatakan, pesanan terhad mungkin didagangkan secepatnya terhadap pesanan semasa di dalam buku pesanan (dianggap sebagai taker order), atau pesanan ini akan dimasukkan kedalam buku pesanan untuk menunggu pesanan lain didagangkan terhadapnya (maker order).

Perisian sumber terbuka

Perisian sumber terbuka ialah sejenis perisian komputer – berfungsi melalui kod sumber yang dikeluarkan di bawah lesen dimana pemegang hak cipta memberikan kebenaran untuk pengguna mempelajari, mengubah dan mengedar perisian tersebut kepada mana-mana individu dan apa-apa tujuan.

Pesanan

Arahan untuk berdagang (beli atau jual) melalui bursa (cth: pasaran saham).

Pesanan Taker

Pesanan taker ialah sama ada pesanan beli pada/lebih dari harga pasaran, atau pesanan beli pada/kurang dari harga pasaran. Pesanan ini dilaksanakan secepatnya, tanpa perlu menunggu di buku pesanan. Oleh kerana ia sepadan dengan pesanan maker dan mengeluarkannya daripada pasaran, ia dikatakan sebagai pesanan ‘ambil’ atau taker.

Pesanan Maker

Sama ada pesanan belian terhad (limit buy order) di bawah harga pasaran atau pesanan jualan terhad (limit sell order) di atas harga pasaran.

Pengesahan transaksi

Satu blok baharu dicipta dan ditambah pada rantaian blok pada anggaran setiap sepuluh minit (bagi Bitcoin – blok rangkaian lain mungkin berbeza) melalui proses perlombongan. Blok ini mengesahkan dan merekod mana-mana transaksi baharu. Oleh kerana blok seterusnya dihubungkan dengan blok sebelum, setiap blok yang seterusnya berfungsi sebagai pengesahan blok sebelum. Sebagai contoh, jika satu transaksi dimasukkan ke dalam blok 101, manakala blok seterusnya ialah blok 110, ini bermaksud terdapat 10 pengesahan berlaku. Dengan cara ini, transaksi dikatakan telah disahkan oleh rangkaian (dalam kes ini, Bitcoin).

Penawaran Token Sekuriti 

Penawaran token sekuriti, atau security token offering (STO), ialah pelabur diberikan koin kripto atau token yang mewakili pelaburan mereka.

Pengesahan dua faktor

Sering dirujuk sebagai “2FA” atau Two-factor authentication. Ia merupakan satu lagi lapisan keselamatan, biasanya digunakan sebagai tambahan kepada kata laluan. Pengesahan dua faktor menggunakan peranti kedua (cth : telefon bimbit) untuk mendapatkan kod sekali guna. Kata kunci dan kod ini kedua-duanya perlu digunakan untuk mengesahkan log masuk atau mengakses transaksi.

Tiada item glosari.

Rekt

Slang yang membawa maksud ‘wrecked’, digunakan apabila pedagang kehilangan amaun wang yang banyak.

Ripple (XRP) 

Teknologi yang berfungsi sebagai matawang kripto dan rangkaian bayaran digital untuk transaksi kewangan yang menggunakan matawang kripto XRP sebagai tukaran.

Ruang Runaway / Pasaran Runaway

Ruang runaway berlaku apabila aktiviti perdagangan melangkau poin harga sekuen, biasanya disebabkan oleh minat yang tinggi oleh pedagang. Asasnya, tiada dagangan – yang ditakrifkan sebagai pertukaran pemilikan sekuriti, di antara poin harga ruang runaway bermula dengan ia berakhir.

Rantaian blok 

Rangkaian tidak berpusat yang merekodkan transaksi, sama seperti lejar tradisional tetapi teragih. Transaksi ini adalah apa-apa sahaja pergerakan matawang, barang atau data terlindung.

Rangkaian Lightning

Rangkaian Lightning ialah protokol pembayaran “Lapisan kedua” yang beroperasi di atas matawang kripto (yang berasaskan rantaian blok) Protokol ini membenarkan transaksi pantas di antara semua nod yang terlibat dan dilihat sebagai penyelesaian bagi masalah saiz Bitcoin.

Satoshi

(individu) Satoshi Nakamoto ialah individu yang dikreditkan bagi penciptaan Bitcoin. Ia adalah nama samaran. Identiti pencipta sebenar Bitcoin masih tidak diketahui. (unit) Unit satoshi ialah unit terkecil yang boleh dipecahkan bagi Bitcoin. 1 Satoshi = 0.00000001 Bitcoin.

SHA256

Jenis SHA (Secure Hash Algorithm) yang digunakan oleh Bitcoin.

Shilling

Shilling atau shill ialah perlakuan menggunakan propaganda untuk mempromosi sesuatu insentif kewangan. Shilling selalu dilihat sebagai istilah negatif terhadap seseorang individu mempromosi sesuatu agar mereka mendapat wang.

Segregated Witness (SegWit)

SegWit ialah ciri-ciri sesetengah protokol rantaian blok (termasuklah Bitcoin dan Litecoin) yang menggerakkan sebahagian data transaksi keluar daripada blok utama, justeru mengurangkan saiz efektif bagi transaksi tersebut. SegWit kemudiannya membenarkan lebih banyak transaksi untuk dimuatkan dalam satu blok tanpa perlu menambah saiz blok tersebut.

Spread

Perbezaan (atau ruang) antara harga pesanan beli paling tinggi (lihat bid) dan harga pesanan beli paling rendah (lihat ask). Spread yang rendah ialah petanda pasaran yang sihat dan stabil.

Stablecoin

Stablecoin ialah kelas terbaharu matawang kripto yang cuba untuk menawarkan kestabilan harga dan disandarkan pada aset simpanan. Contohnya, satu stablecoin akan ditambat pada matawang seperti MYR atau harga komoditi seperti emas.

Support

Support adalah nilai yang tidak akan jatuh lebih daripada satu titik yang dipercayai bagi sesuatu matawang kripto. Tahap ini biasanya disokong oleh jumlah permintaan dan aktiviti pembelian yang besar kerana pedagang percaya aset-aset tersebut kurang nilai (undervalue).

Serangan dust

Serangan dust ialah aktiviti keji dimana penggodam dan penipu cuba untuk meleraikan privasi Bitcoin dan pengguna matawang kripto dengan menghantar sejumlah koin yang amat kecil ke dalam dompet peribadi mangsa. Penyerang akan menjejaki aktiviti dompet mangsa dan boleh melakukan analisis kolektif tentang alamat matawang kripto – menyebabkan penyerang dapat mengenalpasti pemilik dompet.

Sentimen pasaran

Merujuk kepada perasaan subjektif terhadap keadaan pasaran. Perasaan yang pedagang dan pelabur merasakan terhadap keadaan harga sesuatu aset.

Skim Piramid 

Skim pelaburan penipuan yang membayar keuntungan kepada pelabur awal dengan dana daripada pelabur terkemudian dan memerlukan ahli merekrut pelabur baru.

Testnet

Testnet ialah rantaian blok Bitcoin alternatif yang digunakan khas untuk ujian. Koin testnet adalah berasingan dan berbeza daripada Bitcoin sebenar, dan tidak sepatutnya mempunyai sebarang nilai. Ini membenarkan pembina aplikasi ataupun penguji Bitcoin menggunakan koin ini untuk eksperimen, tanpa memerlukan penggunaan Bitcoin sebenar, atau membuat kerosakkan kepada rantaian blok Bitcoin utama.

Token

Token ialah matawang kripto yang tidak disandarkan oleh rantaian bloknya sendiri, tetapi diberikan fungsi oleh rantaian blok matawang kripto lain. Contohnya, token ERC20 disediakan oleh kontrak pintar pada rantaian blok Ethereum.

Token tadbir urus

Token kripto yang berinteraksi dengan kontrak pintar rantaian blok untuk memberikan pemilik kuasa memilih untuk menerima atau menolak perubahan yang dicadangkan pada perisian rantaian blok.

Token tidak terpiawai (NFT)

Token tidak terpiawai atau non-fungible token ialah token kriptografik istimewa kerana ia mewakili sesuatu yang unik. Ini bermaksud NFT tidak boleh ditukar ganti dari segi spesifikasinya. Sebagai contoh, koleksi barang, seni digital dan item permainan boleh dijadikan NFT.

Token utiliti

Kripto yang tidak boleh dilombong yang membenarkan pengguna membuat tindakan spesifik pada suatu rangkaian.

Transaksi per saat (TPS)

TPS merujuk kepada jumlah transaksi sesuatu rangkaian untuk memproses bagi setiap saat.

Tanda tangan pelbagai/MultiSig

Tanda tangan pelbagai (atau MultiSig) di dompet merujuk kepada keperluan untuk beberapa pengesahan (biasanya dari individu yang berlainan) untuk menyelesaikan penghantaran transaksi pada satu rantaian blok. Contohnya, anda perlukan lima individu untuk menghantar Bitcoin daripada dompet MultiSig, tetapi 3 daripada 5 individu ini perlu meluluskan transaksi tersebut sebelum disahkan.

Tanda tangan digital

Kod digital (diterbitkan dan disahkan dengan kunci awam sulit) yang disertakan sekali pada dokumen yang dihantar secara digital untuk mengesahkan kandungannya dan identiti pengirim.

Tidak berpusat

Protokol undang-undang ialah mengagihkan kawalan dan penguasaan kepada semua individu. Bitcoin bersifat tidak berpusat kerana terdapat ramai pelombong berbeza melindungi rangkaiannya. Berlawanan dengan rangkaian berpusat, seperti perbankan, satu pihak berkuasa seperti bank pusat membuat semua keputusan.

Tukaran tidak berpusat (DEX)

Tukaran tidak berpusat (DEX) ialah tukaran matawang kripto yang beroperasi secara tidak berpusat, bermaksud ia beroperasi tanpa pihak berkuasa berpusat. Tukaran tidak berpusat membolehkan perdagangan matawang kripto secara peer-to-peer.

Tahap kerintangan

Tahap kerintangan (resistance level) ialah harga dimana harga sesuatu aset ditekan ketika kenaikannya oleh sebab pertumbuhan pesat penjual yang ingin menjual pada harga tersebut.

Tukaran

Tempat di mana pembeli dan penjual berjumpa untuk beli dan jual sesuatu aset, seperti Bitcoin, saham atau derivatif.

Unspent Transaction Output (UTXO)

Unspent Transaction Output (UTXO) atau Pengeluaran Transaksi Tidak Dibelanjakan ialah abstraksi wang elektronik. Setiap UTXO mewakili satu rantaian pemilikan yang dilaksanakan sebagai rantaian Tanda Tangan Digital. Pemilik akan menandatangan mesej berkaitan pemilikan UTXO mereka kepada penerima Kunci Awam.

Volum

Volum ialah jumlah keseluruhan apa-apa saya yang di swap dalam tempoh masa tertentu. Sesuatu bursa biasanya menunjukkan volumnya sendiri bagi setiap matawang kripto, iaitu amaun didagangkan pada bursa tersebut, biasanya bagi tempoh 24jam lepas kecuali dinyatakan sebaliknya.

Web3/Web 3.0 

Konseptual lelaran baru bagi World Wide Web, berdasarkan teknologi rantaian blok. Ia menggabungkan konsep desentralisasi dan ekonomi berasaskan token.

Whale

Individu atau entiti yang memegang jumlah matawang digital yang besar.

XRP

Rangkaian Ripple, servis pembayaran xRapid menggunakan matawang kripto XRP berdasarkan lejar XRP. XRP digunakan untuk memudahkan transaksi pada rangkaian Ripple. Ripple dan XRP biasanya digunakan secara bertukar ganti, tetapid dari sudut teknikal, Ripple ialah platform pembayaran manakala XRP ialah aset digital yang beroperasi secara bebas daripada Ripple.

Tiada item glosari.

Tiada item glosari.

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

Terima kasih!

Kami menghargai maklum balas anda