Bagaimana untuk tingkatkan tahap ganjaran Luno anda

illustration of a trophy with the bitcoin logo inscribed on it

Luno memberi ganjaran atas kesetiaan anda. Setiap belian atau jualan kripto pada bulan baharu akan dikira sebagai langkah untuk anda capai ke tahap seterusnya – tanpa perlu melabur secara berturut-turut. Terima lebih banyak BTC dengan mengajak rakan atau keluarga menyertai Luno. Mari kumpul bulan-bulan aktif dan dapatkan ganjaran lebih besar mulai hari ini.

Bagaimana untuk ‘level up’?

Pada setiap bulan yang anda membuat transaksi beli atau jual dengan Luno akan dikira sebagai kemajuan ke tahap seterusnya – tetapi ini tidak bermaksud yang anda perlu melabur setiap bulan secara berterusan.

Terdapat 3 tahap yang ditawarkan:

Tahap 1 - Apabila anda daftar dan disahkan

Tahap 2 - Beli atau jual sekali dalam sebulan selama 6 bulan

Tahap 3 - Beli atau jual sekali dalam sebulan selama 12 bulan

Sebaik sahaja anda memenuhi kriteria kelayakan, anda akan maju ke tahap baru dan akan diberitahu.

Nota

Apabila anda telah mendaftar dan disahkan, individu yang dirujuk oleh anda perlu membeli sejumlah matawang kripto yang ditetapkan di Luno untuk memastikan anda dan rakan anda menerima ganjaran Bitcoin.

Baca halaman ini untuk mengetahui mengenai ganjaran di Luno.

Harap maklum bahawa rekod bulan aktif dan transaksi menjurus ke arah tahap ganjaran akan disemak berdasarkan zon masa UTC +0, tanpa mengira kawasan/negara

Bagaimana untuk saya mengajak pengguna baru dan dapat ganjaran?

  1. Pergi ke skrin Ganjaran pada aplikasi Luno atau laman web
  2. Pilih Rujuk rakan dan kongsikan kod unik anda dengan mereka
  3. Ajak rakan anda untuk mendaftar, sahkan akaun Luno mereka, masukkan kod rujukan unik anda dan beli amaun kripto yang ditetapkan
  4. Anda berdua akan mendapat ganjaran kripto bergantung pada tahap ganjaran anda

Anda boleh menjejaki semula rujukan dan ganjaran yang belum selesai pada tab Ganjaran pada aplikasi Luno atau pada laman web Luno.

Nota

Ganjaran akan luput selepas 3 bulan, jika tidak dituntut. Kami mengesyorkan anda agar selalu menyemak aplikasi Luno untuk mengetahui bila Bitcoin anda tersedia untuk dituntut.

Nilai rujukan

Sebagai pelanggan Luno, anda akan menerima nilai ganjaran rujukan berikut, bergantung pada tahap ganjaran anda.

Afrika Selatan

Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3
R50 dalam Bitcoin R100 dalam Bitcoin R200 dalam Bitcoin

Australia

Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3
$35 dalam Bitcoin $50 dalam Bitcoin $75 dalam Bitcoin

Indonesia

Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3
Rp 20,000 dalam Bitcoin Rp 40,000 dalam Bitcoin Rp 80,000 dalam Bitcoin

Malaysia

Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3
RM 25 dalam Bitcoin RM 50 dalam Bitcoin RM 75 dalam Bitcoin

Nota

Apabila anda mendaftar akaun Luno melalui pautan rujukan, anda perlu memasukkan kod rujukan dalam tempoh 30 hari selepas akaun disahkan untuk menerima ganjaran kripto. Sila maklum bahawa anda tidak boleh menggunakan kod rujukan daripada pelanggan yang mendaftar akaun Luno di negara luar.


Soalan lazim

Apa akan terjadi jika individu yang diajak tidak membeli kripto?

Sayangnya, kedua-dua pengguna tidak akan menerima ganjaran Bitcoin percuma jika individu yang diajak tidak membeli sejumlah kripto yang ditetapkan.

Berapakah jumlah kripto yang perlu dibeli?

Ia bergantung pada negara anda. Anda akan mengetahui amaun yang ditetapkan dengan menekan Bagaimana ia berfungsi pada skrin Rujuk rakan.

Mengapa ganjaran tidak dipaparkan walaupun saya telah mengajak pengguna baru?

Berkemungkinan individu yang dijemput adalah bukan pelanggan baharu, tidak membeli amaun kripto yang ditetapkan atau tidak menggunakan kod rujukan dalam tempoh 30 hari selepas pengesahan akaun. Jika anda merasa terdapat kesilapan, sila hubungi kami.

Apakah jenis transaksi yang dikira untuk maju ke tahap seterusnya?

Anda perlu membeli atau menjual kripto sekurang-kurangnya sekali sebulan, pada bulan yang anda ingin dikira untuk maju ke tahap seterusnya.

Jika saya tidak membuat sebarang transaksi untuk seketika, adakah tahap saya akan diturunkan?

Tidak, kami memahami yang keadaan kewangan dan keperluan kripto anda mungkin berubah dari masa ke masa. Tahap anda tidak akan menurun atau kehilangan bulan progres, walaupun jika anda berhenti seketika dari membuat sebarang transaksi di Luno.

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

Bagaimana untuk menambah baik artikel ini?