Ethereum token on top of a stack of books

Ethereum ialah rantaian blok awam yang mempunyai matawang kriptonya sendiri – dipanggil Ether atau Ethereum.

Bitcoin menyimpan senarai baki dan transaksi pada rantaian bloknya, manakala rantaian blok Ethereum dicipta untuk menyimpan data yang berlainan. Data ini boleh diakses dan digunakan oleh program komputer yang berfungsi dengan rantaian blok Ethereum. Program ini dipanggil aplikasi tidak berpusat, atau dapps.

Dalam erti kata lain, Ethereum dicipta untuk menjadi komputer dunia.

Lebih maklumat tentang Ethereum

Ethereum (ETH) dicipta pada tahun 2013 oleh Vitalik Buterin, seorang jurutera yang sedang membangunkan Bitcoin pada masa itu.

Buterin percaya yang Bitcoin perlu direka dengan lebih banyak fungsi. Bitcoin sepatutnya lebih daripada sekadar penyimpan nilai, sebagai contoh, ia sepatutnya memiliki ciri-ciri kontrak pintar untuk mengenalpasti secara automatik bila pembayaran sepatutnya berlaku. Projek ini tidak diaplikasikan pada Bitcoin, jadi Buterin mencipta Ethereum pada tahun 2014 untuk tujuan ini.

Ethereum telah berkembang menjadi matawang kripto kedua terbesar mengikut permodalan pasaran selepas Bitcoin. Kontrak pintar merupakan program yang berfungsi dengan rantaian blok Ethereum dan melaksanakan pemindahan atau membuka kunci wang apabila syarat yang telah ditetapkan sebelum itu telah dipenuhi.

Ethereum digunakan untuk menjadi platform untuk kontrak pintar dan aplikasi tidak berpusat boleh berfungsi. Ethereum tidak mempunyai bekalan terhad seperti Bitcoin – yang hanya mempunyai 21 juta unit sahaja.

Ethereum mempunyai matlamat untuk menjadikan sifat rantaian blok yang selamat, tidak berpusat boleh dilebarkan kepada apa-apa sahaja yang boleh dikira (computed).

Tip

Mahu belajar lagi tentang Ethereum? Belajar lagi tentang asas Ethereum dan dapatkan semua berita terbaru mengenai matawang kripto di Luno Discover.

Mahu mengetahui bagaimana untuk beli, jual atau hantar Ethereum? Kami ada jawapannya di sini:

Maklumat di atas tidak boleh dianggap sebagai nasihat kewangan, percukaian, undang-undang, pelaburan atau lain-lain; atau dianggap sebagai isyarat untuk berdagang. Maklumat ini dianggap sebagai komentari pasaran am dan untuk tujuan maklumat sahaja. Sila rujuk Penasihat Kewangan bertauliah sebelum membuat sebarang keputusan atau membuat sebarang tindakan terhadap kewangan anda.

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

Terima kasih!

Kami menghargai maklum balas anda