Bagaimana untuk mengesahkan identiti dengan Luno?

Setelah anda mendaftar dengan Luno, anda perlu mengesahkan identiti anda sebelum anda boleh membeli matawang kripto. Proses ini lebih mudah daripada membuka akaun bank.

Cara-cara

  1. Log masuk ke akaun Luno anda

  2. Pilih Profil daripada menu

  3. Pergi ke Tetapan

  4. Pilih Pengesahan

  5. Pada skrin seterusnya, pilih SETERUSNYA

  6. Tambahkan bukti identiti anda, dan ikut arahan yang dipaparkan pada skrin

Panduan dokumen (jika perlu)

Apabila diarahkan untuk mengambil gambar lesen memandu, kad ID negeri atau pasport anda, sila serahkan gambar yang berwarna dan berkualiti tinggi. Dokumen tersebut perlu memaparkan dengan jelas nombor identiti anda, nama penuh, tarikh lahir dan gambar ID yang jelas.

Anda juga perlu mengambil swafoto (selfie) yang jelas wajah anda, yang mana kami akan membandingkan ia dengan dokumen identiti anda.

Nota

Sesetengah negara mungkin mempunyai sistem pengesahan berintergasi yang tidak memerlukan dokumen.

Ingat

  • Kami tidak menerima dokumen identiti yang berwarna hitam putih, imbasan atau gambar berkualiti rendah, atau tangkap layar

  • Sila serahkan dokumen milik anda sahaja, Maklumat pada dokumen identiti anda perlu sepadan dengan maklumat yang digunakan untuk mendaftar dengan Luno

  • Identiti anda biasanya akan disahkan dalam beberapa minit, tetapi ia mungkin boleh mengambil tempoh satu atau dua hari atas sebab-sebab yang jarang berlaku

Luno membantu pelanggan di negara yang disokong untuk beli, jual, dan simpan kripto.

Anda boleh menaiktaraf akaun anda dengan selamat menggunakan Luno pada Android, iOS atau web; dengan cara pergi ke Tetapan apabila anda me-log masuk akaun anda.

Tahap akaun

Di sesetengah negara yang disokong, terdapat beberapa tahap akaun yang berbeza. Setiap tahap akaun dikenakan had deposit dan pengeluaran. Anda boleh mengetahui sama ada negara anda mempunyai tahap akaun.

TAHAP

KEPERLUAN

Tahap 1

Sahkan nombor telefon dan maklumat peribadi asas anda

Tahap 2

Serahkan gambar/imbasan ID yang dikeluarkan oleh kerajaan (dokumen yang diterima) dan swafoto (tidak lebih dari tempoh 24 jam)

Tahap 3

Masukkan alamat tempat tinggal anda dan pilih status pekerjaan, pekerjaan dan sumber kewangan

Nota

Bagi sesetengah kes istimewa, kami mungkin akan meminta dokumen tambahan.

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

Terima kasih!

Kami menghargai maklum balas anda