Bagaimana untuk mengesahkan identiti dengan Luno?

Jika anda telah memulakan proses pengesahan identiti tetapi masih belum melengkapkannya, anda semakin hampir untuk menyelesaikan tetapan akaun dan membuat pelaburan kripto pertama anda. Sahkan identiti anda dengan mengikut langkah-langkah berikut.

Cara-cara

Pergi ke portal pengesahan dan lengkapkan arahan yang dipaparkan kepada anda. Cara-caranya adalah:

  1. Log masuk ke akaun Luno anda

  2. Pada skrin Utama, pilih nama anda pada bahagian atas kiri untuk pergi ke profil anda

  3. Pergi ke Tetapan

  4. Pilih Pengesahan

  5. Ikut arahan yang dipaparkan untuk melengkapkan proses pengesahan akaun

Anda akan diminta untuk mengesahkan beberapa maklumat mengenai diri anda, dan anda perlu mengesahkan sama ada anda adalah individu sebenar yang membuka akaun ini dengan melampirkan dokumen identiti atau swafoto “live.”

Biasanya identiti anda boleh disemak dan disahkan secara automatik dalam beberapa minit, namun proses ini berkemungkinan mengambil masa satu hingga dua hari jika kami memerlukan penglibatan pasukan sokongan untuk melakukan semakan secara manual.

Menghadapi masalah?

Tekan butang di bawah untuk menghubungi kami. Kongsikan dengan kami di mana anda mengalami masalah – tangkapan atau rakaman skrin adalah amat membantu.

 

Sahkan identiti saya

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

Bagaimana untuk menambah baik artikel ini?