Siapa yang dapat menggunakan fitur ini?
Promosi ini tidak tersedia untuk pelanggan Luno di UK pada masa ini.
Terima ganjaran dalam BTC dengan mengajak rakan dan keluarga anda menyertai Luno. Kongsikan kod rujukan dan anda serta rakan/keluarga anda akan menerima ganjaran apabila mereka mendaftar, sahkan akaun mereka, memasukkan kod rujukan, dan membeli amaun kripto yang ditetapkan.
Program Rujukan: Ajak rakan anda
Nota
Apabila mendaftar dengan pautan jemputan rujukan, anda masih perlu memasukkan kod rujukan untuk mendapatkan ganjaran. Sila ambil maklum, anda tidak boleh menggunakan kod rujukan yang dihantar oleh pelanggan dari negara atau rantau lain.
Bagaimana untuk berkongsi kod rujukan anda
Setiap akaun Luno mempunyai kod rujukan unik pada skrin Ganjaran.
- Setelah anda log keluar daripada akaun Luno, tekan Ganjaran daripada menu
- Kongsi kod atau pautan rujukan unik pada media sosial, platform mesej, emel atau sebagainya
- Galakkan keluarga atau rakan anda mendaftar Luno menggunakan kod unik anda
- Apabila rakan anda mendaftar, mengesahkan akaun mereka, memasukkan kod rujukan anda dan membeli amaun kripto yang telah ditetapkan, anda dan rakan anda akan menerima ganjaran Bitcoin selepas 30 hari
Nota
Setelah mendaftar dan disahkan, pelanggan mesti membeli jumlah yang ditentukan dalam mana-mana kripto menggunakan Dompet mereka (bukan Bursa) untuk menerima ganjaran Bitcoin.
Klik di sini untuk mengetahui syarat mendapatkan ganjaran bersama Luno.
Apa perlu anda lakukan apabila menerima kod rujukan
- Daftar akaun Luno menggunakan pautan unik yang dihantar
- Pergi ke halaman Ganjaran dan pilih MASUKKAN KOD selepas akaun anda disahkan
- Deposit matawang tempatan, dan kemudian beli kripto dalam jumlah tertentu
- Beli amaun yang ditentukan mana-mana crypto menggunakan Dompet anda (bukan Exchange)
- Selepas 30 hari, anda akan menerima notifikasi dimana Ganjaran Bitcoin anda sudah pun tersedia
- Terima ganjaran anda dan mula melabur dalam matawang kripto
Nota
Ganjaran bitcoin akan tersedia selepas 30 hari dari tarikh penebusan. Anda boleh menyemak status ganjaran anda dan tarikh ia akan tersedia di dalam dompet Luno. Kami juga akan memberitahu anda apabila ia sudah tersedia.
Ganjaran yang tidak dituntut akan luput selepas 3 bulan. Kami mengesyorkan anda agar selalu menyemak aplikasi Luno untuk mengetahui bila Bitcoin anda sedia untuk dituntut.
Promosi lain di Luno
Jika anda ada menerima kod promo Luno daripada acara atau kempen yang dihoskan oleh Luno, anda juga layak untuk menerima ganjaran Bitcoin. Untuk menebus ganjaran anda, ikuti langkah dibawah untuk mengaktifkan kod pada aplikasi Luno:
Bagaimana untuk menebus kod promo Luno
- Daftar Luno dan sahkan identiti anda
- Setelah disahkan, pergi ke skrin Ganjaran tekan MASUKKAN KOD
- Masukkan kod promo Luno dan pilih MASUKKAN KOD untuk menebus ganjaran anda.
Berjaya! Anda akan menerima ganjaran Bitcoin anda dalam tempoh 30 hari.

Soalan Lazim
Mengapakah ganjaran saya tidak tersedia serta-merta?
Ganjaran akan disimpan selama 30 hari untuk memastikan keselamatan anda dan kualiti pengalaman anda sebagai pelanggan kami, dan kami dapat melaksanakannya dalam tempoh 30-hari tersebut.
Bagaimana untuk mengetahui status ganjaran saya?
Anda boleh semak status ganjaran anda pada skrin Ganjaran.
Apa akan terjadi jika saya terlupa untuk menambah kod rujukan daftar saya?
Pelanggan baru boleh menambah kod rujukan ke akaun mereka sehingga tempoh 30 hari selepas mendaftar.
Saya telah membuat transaksi pertama saya tanpa kod rujukan. Adakah saya masih layak untuk menyertai program ini?
Jika anda telah membuat deposit pertama, atau telah membeli atau menjual kripto tetapi anda terlupa untuk memasukkan kod rujukan, anda masih layak untuk menyertai selagi anda berada dalam tempoh 30 hari.