Alamat dompet adalah gabungan unik huruf dan nombor - ia serupa dengan nombor akaun bank. Jika anda ingin menerima matawang kripto daripada orang lain, anda akan berikan kepada mereka alamat dompet anda supaya mereka tahu kemana untuk dihantar.
Ia kelihatan seperti ini: 1ExAmpLe0FaBiTco1NADr3sSV5tsGaMF6hd
Tidak seperti akaun bank, satu dompet boleh mempunyai beberapa alamat terimas yang dijanakan oleh kunci awam. Cuba fikirkan ia sebagai alamat sekali guna untuk pembayaran khas, atau satu koleksi transaksi.
Sesetengah dompet kripto membolehkan anda mencipta pelbagai alamat terima, manakala ada beberapa dompet kripto hanya membenarkan anda mencipta satu sahaja alamat terima. Sebagai contoh, token ERC-20 (termasuklah UNI, LINK dan USDC) berkongsi alamat terima yang sama.
Anda boleh mencipta alamat dompet (dan kod QR sepadan) menggunakan aplikasi Luno untuk semua matawang kripto yang disokong.
Nota
Alamat dompet matawang kripto yang spesifik tidak boleh menerima jenis matawang kripto lain - Bitcoin ke dompet Bitcoin, Ethereum ke dompet Ethereum. Sentiasa semak beberapa kali agar alamat yang anda berkongsi sepadan dengan matawang kripto yang ingin diterima.
Bagaimana untuk mencari alamat dompet saya?
- Buka aplikasi Luno dan log masuk
- Pilih Portfolio daripada menu
- Pilih dompet untuk matawang kripto yang anda ingin terima
- Pilih Terima (ada sesetengah dompet yang anda perlu tekan LAGI daripada menu di atas)
Anda boleh melihat alamat dompet di sini atau pilihan untuk menambah alamat terima. Jika anda baru dengan Luno, anda perlu menambah alamat terima dahulu. Kongsi alamat terima ada atau kod QR dengan individu yang ingin menghantar matawang kripto kepada anda.
Amaran: pastikan anda menghantar matawang kripto yang berpadanan dengan alamat terima
Matawang kripto yang berbeza adalah tidak bersesuaian dengan alamat terima lain. Jika anda, sebagai contoh, menghantar Ethereum Classic (ETC) ke alamat terima Ethereum (ETH), wang anda akan hilang. Wang anda akan turut hilang jika anda menghantar Bitcoin Cash (BCH) ke alamat terima Bitcoin (BTC).
Tip
Jika anda merancang untuk menerima amaun matawang kripto yang besar, digalakkan untuk mula dengan ‘test send’. Minta pengirim jika mereka boleh menghantar amaun matawang kripto yang kecil dahulu, dan apabila anda telah pastikan yang anda telah menerimanya, mereka boleh terus menghantar bakinya.