Tag XRP adalah salah satu fungsi pembayaran lejar XRP ang menyediakan kaedah yang lebih mudah untuk memetakan deposit dan pembayaran kepada pelanggan individu. Secara ringkasnya, tag XRP ialah kod unik yang diberikan pada setiap dompet Luno Ripple (XRP).
Tag ini digunakan untuk mengenalpasti penerima dalam transaksi Ripple, dan memastikan XRP sampai ke destinasi yang sepatutnya.
Bagaimana tag XRP berfungsi?
Untuk menghantar XRP daripada Luno, anda perlu menentukan:
-
Alamat XRP penerima dan tag XRP, atau
-
Alamat XRP penerima tanpa tag (sesetengah alamat di luar Luno mempunyai tag yang bernilai kosong)
Untuk menerima XRP di Luno, pengirim perlu menentukan:
-
Kedua-dua alamat XRP dan tag XRP anda. Kenapa? Semua alamat terima yang dicipta di Luno mempunyai alamat dan tag, untuk memastikan sesiapa yang menghantar XRP kepada anda (daripada bursa lain contohnya) menggunakan kedua-dua alamat XRP dan tag XRP anda.
Nota
Jangan cuba untuk menghantar Ripple ke dompet XRP Luno anda jika anda tidak boleh menentukan tag.
Di mana saya boleh dapatkan tag XRP saya?
Jika anda mahu menerima XRP, anda perlu memberikan tag XRP kepada pengirim, supaya wang dapat diterima pada dompet XRP anda.
Cara-cara
-
Log masuk akaun Luno anda, dan daripada menu, pilih Portfolio
-
Pilih dompetXRPanda
-
Pada pilihan di atas sekali, tekan TERIMA
-
Jika ini adalah kali pertama anda menerima XRP, anda akan dibawa ke skrin Cipta alamat Ripple baharu
-
Berikan nama pada alamat Ripple anda (eg. pembayaran perkakas), dan tekan CIPTA
-
Pada skrin seterusnya, tekan SETERUSNYA
-
Masukkan amaun yang anda ingin terima, dan kemudian:
-
Ambil tangkap layar kod QR, atau
-
Salin kedua-dua alamat dan tag XRP yang dipaparkan untuk diberikan kepada pengirim Ripple anda
-
-
Setelah anda mencipta alamat terima dan tag XRP, pada transaksi XRP lain, anda cuma perlu menekan TERIMA fdaripada skrin utama dompet XRP anda – alamat dan tag akan dipaparkan pada bahagian modal di bawah. Tekan untuk pergi ke skrinImbas untuk terima , dimana kod QR, alamat dan tag XRP anda akan dipaparkan.
Perkara yang anda perlu ingat
Jika anda menghantar XRP daripada dompet Luno ke dompet Luno individu lain, anda akan diarahkan untuk memasukkan tag destinasi yang sah.
Jika anda menghantar XRP ke dompet luaran, atau jika anda (atau individu lain) menghantar XRP daripada dompet luaran ke dompet Luno anda, Luno tidak mempunyai cara untuk ‘mewajibkan’ tag destinasi.
Jika tiada tag digunakan, ia akan menyebabkan transaksi tidak berjaya.
Nota
Pada transaksi yang tidak berjaya, pengirim akan membayar caj transaksi tanpa mengira status kegagalan transaksi. Transaksi yang tidak berjaya akan berada pada rantaian blok dengan indikasi “DST tag needed (Tag DST diperlukan)”.
Jika tag yang tidak tepat digunakan, wang tidak akan diagihkan dan anda perlu menghubungi pasukan bantuan kami.
Nota
Apabila menghubungi kami, sila sertakan sekali ID transaksi supaya kami boleh mencari transaksi anda. Anda boleh memberikan tangkap layar yang jelas memaparkan ID transaksi, atau anda boleh masukkan sekali pada bahagian butiran.