Maklumkan kematian pelanggan Luno

Kami akan membantu anda untuk menjadikan proses ini berjalan lancar. Usah bimbang, kami mempunyai proses yang ditetapkan untuk menuntut kripto milik individu yang telah meninggal dunia.

Kami hanya dibenarkan untuk berhubung dan berkongsi maklumat dengan pelaksana yang dilantik/pentadbir hartanah dan kami perlu mengesahkan beberapa perkara sebelum menyerahkan dana kepada pelaksana dilantik atau pentadbir.

Apa yang anda perlu lakukan

Untuk bermula, sila kumpulkan dokumen-dokumen yang disenaraikan di negara yang berkenaan. Proses ini dapat dilakukan dengan lancar jika dokumen diserahkan lengkap. Sila pilih Beritahu Kami untuk mulakan proses penuntutan jika anda telah menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan.

Malaysia

  1. Alamat emel dan nombor dokumen pengenalan si mati
  2. Salinan nombor dokumen pengenalan yang telah disahkan
  3. Salinan sijil kematian si mati yang telah disahkan
  4. Geran Probet (jika terdapat wasiat) atau Surat Pentadbiran (jika tiada wasiat) yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Malaya, atau bagi kes hartanah kecil (aset-aset boleh digerakkan sahaja, with jumlah nilai hartanah ≤ RM600,000), Surat Pelantikan/Pengisytiharan dari Amanah Raya Berhad
  5. Salinan dokumen pengenalan Pelaksana yang telah disahkan
  6. Bukti alamat Pelaksana
  7. Bukti akaun bank Hartanah si mati
  8. (Jika terpakai) Bukti kewujudan sah syarikat (jika Pelaksana adalah syarikat)

Beritahu kami

Indonesia

  1. Alamat emel dan nombor dokumen pengenalan si mati
  2. Salinan nombor dokumen pengenalan yang telah disahkan
  3. Salinan sijil kematian si mati yang telah disahkan
  4. Surat Pelaksanaan/ Kuasa (dikeluarkan oleh Ketua Mahkamah Tinggi; yang memaparkan nama si mati dan Pelaksana)

  9. Bukti hubungan keluarga dengan Pelaksana, cth Kartu Keluarga

Beritahu kami

United Kingdom, Eropah & Australia

  1. Alamat emel dan nombor dokumen pengenalan si mati
  2. Salinan nombor dokumen pengenalan yang telah disahkan
  3. Salinan sijil kematian si mati yang telah disahkan
  4. Surat Pelaksanaan/ Kuasa (dikeluarkan oleh Ketua Mahkamah Tinggi; yang memaparkan nama si mati dan Pelaksana)
  5. Salinan dokumen pengenalan Pelaksana yang telah disahkan
  6. Bukti alamat Pelaksana
  7. Bukti akaun bank Hartanah si mati
  8. (Jika terpakai) Bukti kewujudan sah syarikat (jika Pelaksana adalah syarikat)

Nota

Dokumen-dokumen ini mungkin dikenali dengan nama lain, bergantung pada lokasi anda seperti Geran Probet atau Letters of Administration di United Kingdom dan Australia, atau European Certificate of Succession di beberapa negara-negara EU. Sila sediakan dokumen yang relevan secara sah dalam situasi anda.

Beritahu kami

Afrika dan kawasan lain

  1. Alamat emel dan nombor dokumen pengenalan si mati
  2. Salinan nombor dokumen pengenalan yang telah disahkan
  3. Salinan sijil kematian si mati yang telah disahkan
  4. Surat Pelaksanaan/ Kuasa (dikeluarkan oleh Ketua Mahkamah Tinggi; yang memaparkan nama si mati dan Pelaksana)
  5. Salinan dokumen pengenalan Pelaksana yang telah disahkan
  6. Bukti alamat Pelaksana
  7. Bukti akaun bank Hartanah si mati
  8. (Jika terpakai) Bukti kewujudan sah syarikat (jika Pelaksana adalah syarikat)

Beritahu kami

Jika anda bukan Pelaksana, kami turut memerlukan:

  1. Surat Kuasa Peguam atau surat Pembuktian Kuasa (ditandatangan oleh Pelaksana yang memberikan kuasa wakil kepada penama) yang setaraf

    Salinan kad pengenalan individu yang memegang Kuasa Peguam, yang telah disahkan

    Bukti alamat individu yang memegang Kuasa Peguam

    Salinan dokumen pengenalan Pelaksana yang telah disahkan

    Bukti alamat Pelaksana

Proses penutupan akaun dompet:

Sebaik sahaja si mati disahkan sebagai pelanggan Luno, kami akan memproses penutupan akaun dan melaksanakan pemindahan aset seperti berikut:

  1. Baki lebih dari $10: Kami akan memindahkan dana terlibat dengan akaun yang telah disahkan dari segi undang-undang dan menutup akaun tersebut
  2. Baki kurang dari $10: Kami akan menuntut baki terlibat sebagai caj pemprosesan dan menutup akaun.

Tip

Kami mengesyorkan anda untuk mengumpul semua dokumen ini dalam satu fail. Ini akan membantu kami untuk memproses permintaan anda lebih pantas.

Makluman penting

Kami tidak boleh, secara undang-undang, untuk mendedahkan sebarang maklumat peribadi pelanggan yang telah meninggal dunia sehingga kami menerima dan mengesahkan dokumen-dokumen yang telah disenaraikan di atas. Kami hanya akan berhubung dengan Pelaksana atau individu yang dilantik bagi pihak simati sebaik sahaja proses dokumentasi selesai.

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

Bagaimana untuk menambah baik artikel ini?