Mengapakah Luno perlu mengesahkan identiti saya?

Luno komited dalam memastikan kami mengikut piawaian tertinggi bagi pematuhan Akta Penggubahan Wang Haram (AML) dan Know Your Customer (KYC) – untuk mengelakkan produk dan perkhidmatan Luno daripada disalahguna untuk penggubahan wang, pembiayaan pengganas dan aktiviti haram lain.

Luno perlu mematuhi undang-undang KYC dan AML ini di beberapa negara yang kami beroperasi. Di negara yang tidak mewajibkan pematuhan undang-undang ini, kami tidak terkecuali dalam memastikan pematuhan piawai dalaman dan polisi bergerak seiring dengan keperluan KYC dan AML undang-undang tempatan dan kawal selia. Kami melakukannya kerana kami merupakan pemain pasaran yang bertanggungjawab untuk memastikan platform yang disediakan oleh kami selamat untuk pelanggan kami melakukan penjualan, pembelian, penyimpanan dan belajar tentang matawang kripto.

Undang-undang ini memerlukan kami untuk mengambil beberapa langkah dalam mengenalpasti dan mengesahkan pelanggan kami. Oleh sebab itulah kami meminta pelanggan kami untuk memberikan maklumat peribadi dan dokumen pengenalan diri apabila mendaftar dan melakukan urusniaga dengan Luno.

Yakinlah, kami memastikan maklumat anda selamat dan terjamin, mengikut piawaian perlindungan data peribadi tertinggi.

Tip

Anda boleh membaca lebih lanjut tentang Dasar Privasi kami serta dasar AML / Pematuhan kami.

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

Terima kasih!

Kami menghargai maklum balas anda