Jika anda adalah pelanggan Luno di Malaysia dan anda telah membuat permintaan pengeluaran, ia mungkin gagal disebabkan beberapa perkara. Kami telah menyenaraikan beberapa punca yang menyebabkan perkara ini, juga cara untuk anda menyelesaikannya.
Nombor akaun tidak betul, atau akaun telah beku/tutup/tidak aktif
Terdapat kemungkinan yang mana nombor akaun yang ditambah pada akaun Luno anda adalah salah, atau akaun berkenaan telah dibekukan, ditutup atau tidak aktif. Bagi kes tersebut, anda boleh memadam akaun bank yang telah ditambah, dan kemudian tambah semula bank akaun yang baharu.
Cara-cara
Log masuk akaun Luno anda dan ikuti langkah di bawah:
-
Pilih dompet MYR anda, dan tekan PENGELUARAN
-
Pada aplikasi Android atau laman web, tekan tiga titik keci tada sebelah kanan akaun bank yang telah ditambah sebelumnya. Kemudian, tekan Delete. Pada aplikasi iOS, sapu ke kanan untuk padam.
-
Setelah dipadam, tekan Tambah maklumat bank baharu
-
Ikut arahan yang dipaparkan pada skrin untuk menambah akaun bank baharu anda.
Nombor IC tidak sama
Jika anda merasakan anda mungkin telah memasukkan nombor IC dengan salah apabila mendaftar akaun Luno, sila serahkan kepada kami imbasan berwarna atau gambar berwarna yang jelas, bahagian hadapan Mykad anda. Pada ruangan penerangan, beritahu kami bahawa anda ingin mengemaskini kad pengenalan anda.
Nombor pasport tidak sama
Jika pasport anda sudah tamat tarikh luput, atau anda mengesyaki yang anda mungkin telah memasukkan nombor pasport dengan salah apabila mendaftar akaun Luno, sila serahkan kepada kami imbasan berwarna atau gambar berwarna yang jelas, halaman maklumat peribadi pada pasport terbaru anda. Pada ruangan penerangan, beritahu kami bahawa anda ingin mengemaskini nombor passport anda.
Jika nombor pasport anda betul, terdapat kemungkinan bahawa akaun bank anda dipaut pada nombor pasport yang salah atau tidak dikemaskini. Kami menggalakan anda untuk menghubungi bank anda untuk menyelesaikan masalah ini.
Pengeluaran pihak ketiga
Anda sama sekali tidak dibenarkan untuk membuat pengeluaran daripada bank akaun yang bukan di atas nama anda, ni telah dijelaskan pada Terma Penggunaan Luno. Nama yang anda masukkan pada bahagian maklumat benefisiari hendaklah sama dengan nama yang anda gunakan untuk mendaftar dengan Luno (berdasarkan dokumen pengenalan diri anda) dan nama pemegang akaun bank.
Jika ini berlaku, padam akaun bank tersebut dan tambah akaun bank milik anda.
Cara-cara
Log masuk akaun Luno anda dan ikuti langkah di bawah:
-
Pilih dompet MYR anda, dan tekan PENGELUARAN
-
Pada aplikasi Android atau laman web, tekan tiga titik kecil pada sebelah kanan akaun bank yang telah ditambah sebelumnya. Kemudian, tekan Delete. Pada aplikasi iOS, sapu ke kanan untuk padam.
-
Setelah dipadam, tekan Tambah maklumat bank baharu
-
Ikut arahan yang dipaparkan pada skrin untuk menambah akaun bank baharu anda