Apakah itu gangguan rangkaian blockchain?

Gangguan rangkaian rantaian blok atau Blockchain network outages merujuk kepada ketiadaan seketika rangkaian rantaian blok, menyebabkan transaksi ditunda atau dihentikan sepenuhnya. Gangguan ini boleh memberi kesan besar terhadap pengguna dan syarikat-syarikat yang bergantung pada rangkaian ini.

Bagaimana gangguan ini memberi kesan terhadap pelanggan Luno?

Jangan risau, wang anda selamat. Anda mungkin akan mengalami transaksi, penghantaran atau penerimaan kripto yang tertunda atau gagal ketika rangkaian mengalami gangguan.

Namun begitu, wang anda akan terus kekal dalam dompet anda. Kami mengesyorkan anda untuk membatalkan sebarang transaksi yang belum selesai, dan sambung semula selepas gangguan dipulihkan.

Tip

Lawati halaman status bagi sebarang kemaskini terkini.

Apakah yang boleh menyebabkan gangguan?

Masalah kebolehskalaan:

Peningkatan jumlah pengguna pada rangkaian akan menyebabkan jumlah transaksi turut meningkat. Ini berpotensi untuk menyebabkan masalah kebolehskalaan dan memperlahankan tempoh pemprosesan. Jika situasi ini berlaku dan jumlah pengguna dan transaksi terus meningkat, tekanan pada rangkaian boleh menyebabkan nod gagal menampung jumlah yang perlu diproses dan menyebabkan gangguan.

Kesesakan rangkaian:

Sama seperti masalah kebolehskalaan yang dihadapi - jika trafik rangkaian tinggi, ia boleh menyebabkan kesesakan, menjadikan tempoh pemprosesan dan peningkatan kependaman (tempoh di antara penghantaran transaksi dan pengesahan oleh rangkaian). Rangkaian boleh menjadi kurang efisyen dan berkemungkinan akan terjadinya gangguan.

Kegagalan teknikal:

Kerosakan perkakas, pepijat dalam perisian dan ralat pada konfigurasi rangkaian. Gangguan yang disebabkan oleh perkara ini jarang berlaku sejak terdapat perubahan pada syarat-syarat pengurusan rantaian blok memerlukan persetujuan majoriti atau sign-off. Perubahan terhadap undang-undang rangkaian akan diuji dengan teliti dan disemak oleh individu-individu dalam komuniti rangkaian sebelum digunakan.

Serangan sekuriti:

Rangkaian Bitcoin masih terdedah terhadap serangan sekuriti. Bagi kebanyakkan rangkaian, penyerang perlu mengawal 51% daripada nod agar mereka boleh mengubah rantaian tersebut untuk tujuan mereka sendiri, atau untuk tujuan jahat.

Kesilapan manusia:

Tersilap tetapan rangkaian, penghantaran kod yang salah atau penutupan nod secara tidak sengaja.

Note

Kami sebagai aplikasi matawang kripto, tidak mempunyai sebarang upaya untuk menyelesaikan gangguan dalam rangkaian. Namun begitu, kami akan terus mengawasi dan memberitahu anda jika gangguan berlaku agar anda boleh membuat keputusan sama ada anda ingin menunggu atau meneruskan transaksi anda.

Projek-projek rantaian blok terus dikemaskini dengan kebolehskalaan, keselamatan dan kestabilan pada rangkaian mereka untuk mengurangkan berlakunya gangguan. Walaupun beberapa gangguan disebabkan oleh isu teknikal yang tidak boleh dielakkan, gangguan-gangguan lain mungkin disebabkan oleh kelemahan dalam perancangan pada pentadbiran rangkaian itu sendiri. Oleh itu, penting untuk anda membuat kajian anda sendiri (DYOR) sebelum melabur dalam koin atau rangkaian baru.

Untuk mengurangkan kemungkinan berlakunya gangguan, penting bagi rangkaian rantaian blok untuk mempunyai pendekatan keselamatan yang meluas, direka dengan sempurna dan mempunyai perancangan pemulihan bencana yang telah diuji, serta mempunyai penyelenggaraan dan kemaskini berkala.

Walaupun Luno tidak dapat mengelakkan kegagalan rangkaian, Luno hanya menawarkan koin dan rangkaian yang telah disemak dan selamat.

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

Terima kasih!

Kami menghargai maklum balas anda