Bagaimana untuk memantau harga matawang kripto dan set penggera harga?

Dengan penggera harga, anda boleh memantau harga matawang kripto dengan mudah, dan memberi anda kawalan. Apabila anda menghidupkan fungsi ini, kami akan menghantar notifikasi push ke peranti mudah alih anda (atau emel jika anda tidak log masuk pada aplikasi mudah alih) setiap kali harga kripto mencecah ke tahap harga pilihan anda.

Anda mungkin mahu set penggera harga agar anda diberitahu apabila harga mencecah lebih daripada tahap tertentu untuk dijual, atau penggera untuk memberitahu mengenai kejatuhan harga – supaya anda boleh membeli pada harga yang diinginkan.

Berikut adalah jenis penggera yang boleh di setkan:

  • Apabila harga lebih daripada tahap tertentu

  • Apabila harga kurang daripada tahap tertentu

  • Penggera sekali guna

  • Pengger setiap masa

Cara set penggera harga

  1. Log masuk ke aplikasi Luno

  2. Pada skrin utama, pilih Ikon Loceng

  3. Pilih kripto yang anda mahu mencipta penggera dan pilih CIPTA PENGGERA

  4. Pilih sama ada anda ingin menerima peringatan Sekali guna atau Setiap masa apabila terdapat perubahan harga

  5. Pilih sama ada anda mahu menerima peringatan apabila harga adalah Lebih daripada atau Kurang daripada amaun yang dimasukkan

  6. Masukkan amaun yang anda ingin menerima peringatan dan pilih CIPTA PENGGERA

Jika anda mencipta penggera sekali guna, ia akan dinyahaktif sebaik sahaja penggera dihantar kepada anda.

Penggera yang dicipta setiap masa akan memberitahu anda setiap kali harga matawang kripto melepasi tahap yang dipilih.

Nota

Terdapat tempoh cooldown selama 5 minit bagi penggera “setiap masa.”

Uruskan penggera harga anda

Apabila anda menetapkan penggera harga, anda mempunyai kawalan penuh untuk menguruskannya.

  • Pada skrin Penggera harga, anda boleh hidupkan atau matikan sebarang penggera

  • Untuk menukar penggera harga, pilih mana-mana penggera dan tekan KEMASKINI PENGGERA

  • Untuk memadam sebarang penggera harga, pilih dan tekan PADAM PENGGERA

Selesai! Anda akan menerima notifikasi jika harga kripto berubah.

Bagaimana penggera harga berfungsi

Mari gunakan satu contoh: Anda menambah satu penggera untuk memberitahu anda, setiap kali, harga Bitcoin melebihi RM 100,000.

A zig-zag line graph of the crypto price rising above a price alert line, then sinking below it, then rising and staying above it.

  • Perubahan harga 1 akan menghidupkan penggera.

  • Perubahan harga 2 TIDAK akan menghidupkan penggera. Tambahkan penggera lain untuk mendapatkan pemberitahuan apabila harga satu Bitcoin kurang daripada RM 100,000.

  • Perubahan harga 3 akan menghidupkan penggera. Cipta penggera sekali guna jika anda mahu diberitahu sekali sahaja.

  • Perubahan harga 4 and 5 TIDAK akan menghidupkan penggera. Harga perlu melepasi tahap penggera anda pada arah yang relevan untuk menghidupkan penggera.

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

Terima kasih!

Kami menghargai maklum balas anda