Selari dengan komitmen kami untuk mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, kami telah melaksanakan circuit breaker pada Luno Malaysia Exchange.
Apa itu circuit breaker?
Circuit Breaker ialah langkah kawal selia kecemasan untuk memberhentikan seketika sebarang dagangan pada tukaran. Ia digerakan dengan automatik apabila terdapat kenaikan atau penurunan harga yang signifikan. Pengaktifkan Circuit Breaker membolehkan semua peserta pasaran membuat keputusan bijak, termasuklah pelabur.
Mengapa Circuit Breaker dilaksanakan?
Tujuan perlaksanaan Circuit Breaker ialah untuk melindungi pelabur/pedagang daripada penjualan panik, terutamanya ketika keadaan ketidaktentuan pasaran.
Bilakah Circuit Breaker digerakan?
Sistem pengawasan automatik kami mengira anggaran harga pemberatan volum dagangan, (volume-weighted trade price) bagi setiap 5 minit. Jika terdapat sebarang perubahan harga yang 10% lebih tinggi atau lebih rendah daripada anggaran, Circuit Breaker akan digerakan.
Apa akan berlaku apabila Circuit Breaker digerakan, dan bila ia akan kembali normal?
Apabila Circuit Breaker digerakan, perdagangan dihentikan selama 5 minit. Pada tempoh ini, hanya pesanan had post-only sahaja yang akan diproses. Selepas tempoh menunggu 5 minit selesai, pasaran akan diaktifkan semula dan perdagangan akan bersambung seperti biasa.
Tip
Tidak pasti apakah itu pesanan had post-only? Pesanan post-only memastikan anda tidak perlu membayar caj taker. Pesanan hanya akan ditambah pada buku pesanan jika ia tidak sepadan dengan pesanan pra-wujud. Jika ada, pesanan akan dibatalkan.
Apa akan berlaku apabila Circuit Breaker digerakan, dan bila ia akan kembali normal?
Threshold bagi Circuit Breaker ini diputuskan melalui tanda aras tukaran antarabangsa (kripto dan bukan kripto) dan ia diputuskan yang keadaan ini adalah titik tengah di antara ketidaktentuan pasaran kripto dan perlindungan terhadap faedah pelabur semasa keadaan pasaran tidak menentu.
Ketika Circuit Breaker digerakan, apa akan berlaku pada pesanan had/stop-limit saya?
Semua padanan pesanan akan kekal sah. Pesanan yang tidak sepadan, atau separuh padanan akan kekal pada buku pesanan apabila Circuit Breaker digerakan.
Nota
Threshold bagi Circuit Breaker mungkin akan dikemaskini berdasarkan keadaan pasaran.