Pertama sekali, kami ingin mengucapkan takziah atas kehilangan tersebut. Usah bimbang, kami mempunyai proses yang telah ditetapkan untuk mendapatkan matawang kripto mereka. Kami hanya boleh berhubung dan berkongsi maklumat dengan pelaksana/pentadbir yang dilantik bagi dana tersebut dan kami akan perlu mengesahkan beberapa perkara sebelum menyerahkan dana pada pelaksana/pentadbir yang dilantik.
Untuk melaporkan kematian pelanggan Luno, sila hantarkan alamat emel atau nombor ID mereka.
Jika anda mempunyai maklumat di atas, anda juga boleh memberitahu kami mengenai kematian itu.
Kami akan menggunakan maklumat ini untuk mengenalpasti akaun yang terlibat sebelum meminta dokumen tambahan dan pengesahan.
Dokumen-dokumen dibawah mungkin diperlukan:
-
Sijil kematian
-
Pengesahan identiti pelaksana/pentadbir/fidusiari yang dilantik dan bukti alamat
-
Bukti akaun bank terhadap dana tersebut
Kami akan membantu anda dalam keseluruhan proses dan akan memberitahu anda perkara yang diperlukan untuk mendapatkan dana tersebut.