Adakah ini terpakai kepada saya?
Hanya jika akaun anda disahkan di Malaysia.
Di bawah peraturan Dasar Tukaran Asing (FEP) Bank Negara Malaysia, penghantaran mata wang kripto ke bursa berdaftar luar Malaysia (bursa asing) atau dompet peribadi dianggap sebagai pelaburan dalam aset-aset mata wang asing. FEP adalah sebahagian daripada langkah-langkah penting untuk mengekalkan kestabilan kewangan dan monetari di negara ini. FEP terpakai pada warganegara Malaysia dan residen tetap.
Oleh kerana Luno berdaftar sebagai Bursa Aset Digital di Malaysia, kami mematuhi Dasar Tukaran Asing di negara ini.
Maklumat apakah yang diperlukan oleh Luno?
Kami akan meminta anda untuk menyediakan:
- Status penggajian anda
- Sumber dana
- Sama ada anda mempunyai sebarang Pinjaman Ringgit Domestik (DRB)
Bagaimana Dasar Tukaran Asing terpakai kepada saya?
Jika anda mempunyai Pinjaman Ringgit Domestik (DRB) di Malaysia, anda tertakluk kepada had tahunan pada jumlah wang yang boleh dihantar ke bursa asing atau dompet peribadi.
Apa itu Pinjaman Ringgit Domestik (DRB)?
Pinjaman Ringgit Domestik (DRB) merujuk kepada sebarang pinjaman dalam mata wang Ringgit oleh penduduk daripada penduduk lain atau entiti di Malaysia. Ini termasuklah satu pinjaman rumah atau satu pinjaman kenderaan. Ringkasnya, anda mempunyai DRB jika anda mempunyai:
- Lebih dari satu pinjaman rumah,
- Atau lebih dari satu pinjaman kenderaan,
- Atau pinjaman peribadi (tidak termasuk kad kredit),
- Atau sebarang pinjaman/hutang korporat
Jika anda memenuhi salah satu kriteria di atas, anda perlu mengisytiharkan bahawa anda mempunyai DRB sebelum anda boleh menghantar kripto.
Pengisytiharan DRB akan memberi kesan terhadap had penghantaran tahunan seperti berikut:
-
- Jika anda mengisytiharkan Tidak pada DRB, tiada had terpakai.
- JIka anda mengiystiharkan Ya pada DRB, had tahunan terpakai.
Sila maklum
Apabila anda mengisytiharkan DRB dalam satu tahun kalendar, had terpakai akan digunakan pada keseluruhan penghantaran asing yang dibuat pada tahun tersebut. Ini bermaksud status DRB anda terpakai secara retroaktif terhadap transaksi-transaksi yang dilakukan sebelumnya pada tahun yang sama. Ini boleh menjadikan had tersedia anda berkurangan serta-merta.
Mengapa Luno mengumpul maklumat ini?
FEP adalah keperluan regulatori mandatori dibawah Notis Dasar Tukaran Asing dari Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Sebagai bursa yang dikawal selia di Malaysia, Luno perlu memastikan semua pelanggan-pelanggannya mematuhi keperluan-keperluan ini.
Jika saya mempunyai DRB, berapakah jumlah penghantaran yang boleh dibuat pada setiap tahun?
Bagi penduduk berstatus individu (termasuklah pemilik tunggal atau kerjasama am) dengan DRB, had yang dikenakan adalah RM 1 juta per tahun kalendar. Bagi perniagaan atau entiti-entiti sah lain, had tahunan ialah RM 50 juta.
Jika anda berstatus market maker, had adalah berdasarkan jumlah bersih aliran keluar kripto: jumlah kripto yang dihantar ke bursa asing, kemudian ditolak dengan jumlah kripto yang diterima daripada bursa asing. Sebagai contoh, jika sebuah Market Maker korporat (dengan had sebanyak RM 50 juta) menghantar kripto bernilai RM 10 juta dan menerima RM 5 juta, baki had adalah RM 45 juta.
Jika anda telah mencapai had tahunan, anda perlu mendapatkan kelulusan daripada Bank Negara Malaysia terlebih dahulu sebelum anda boleh menghantar kripto. Tanpa surat kelulusan, Luno tidak boleh memproses sebarang penghantaran ke luar negara.
Nota
Had ini tidak hanya terpakai pada aktiviti-aktiviti di Luno, tetapi terhadap semua pelaburan mata wang asing. Kami hanya mengira baki had berdasarkan transaksi anda di Luno. Jika anda mengisytiharkan bahawa anda telah mencapai had tahunan, sila maklum mengenai pelaburan mata wang asing yang telah dilakukan di platform-platform lain.

Soalan Lazim
Tanya diri anda soalan di bawah:
- Adakah anda warganegara/residen di Malaysia?
- Adakah anda pernah membuat pinjaman dari entiti di Malaysia? (Tidak termasuk satu pinjaman perumahan dan satu pinjaman kenderaan)
- Adakah anda menghantar kripto ke alamat dompet yang tidak berdaftar dengan (tidak termasuk satu pinjaman perumahan, dan/atau satu pinjaman kenderaan atau sebarang amaun kad kredit)
- Adakah anda menghantar kripto ke alamat dompet yang tidak dihoskan oleh Bursa Aset Digital Malaysia yang berdaftar? Lihat Bursa Berdaftar yang disenaraikan
Jika anda menjawab YA bagi semua di atas, had tahunan terpakai pada anda.
Luno akan memberitahu anda jika anda telah mencapai had dan hantaran kripto anda akan dihentikan. Anda perlu menyediakan surat permohohan dari Bank Negara Malaysia untuk menambah had anda kepada Luno. Had akan disetkan semula pada 1 Januari setiap tahun.
Tip
Baca lagi mengenai apa yang anda boleh lakukan jika anda telah melebihi had anda.
Tidak, had tersebut hanya terpakai untuk penghantaran matawang kripto.
Jika anda menghantar kripto ke dompet peribadi yang tidak berdaftar dengan Tukaran Aset Digital (DAX) di Malaysia, had tahunan akan terpakai. Penghantaran kripto ke platform yang tidak berdaftar dengan DAX atau dompet peribadi dianggap sebagai penghantaran luar negara.