Adakah perkara ini terpakai kepada saya?
Ya, jika anda mendaftar akaun Luno anda di Malaysia.
Jika anda telah mencapai had pelaburan FEP tahunan, anda perlu mendapatkan kelulusan daripada Bank Negara Malaysia sebelum membuat sebarang penghantaran ke luar negara.
Tanpa kelulusan tersebut, anda tidak boleh melakukan sebarang penghantaran ke luar negara sehingga 1 Januari tahun seterusnya (ketika had di set semula).
Tip
Tidak pasti bagaimana had tukaran asing berfungsi? Baca lagi mengenai apa itu had tukaran asing dan bagaimana ia terpakai pada anda.
Bagaimana had tukaran asing saya ditentukan?
Pengisytiharan DRB (Pinjaman Ringgit Domestik):
Apabila anda mengisytiharkan “Ya” terhadap DRB, had DRB tahunan anda akan terpakai pada semua penghantaran yang dibuat pada tahun kalendar tersebut. Ini bermaksud had tersedia anda mungkin akan berkurangan secara tiba-tiba, termasuklah pada transaksi-transaksi terdahulu.
Jika anda Market Maker:
Jika anda berstatus Market Maker, had adalah berdasarkan jumlah bersih aliran keluar (penghantaran kripto tolak penerimaan kripto).
Sila maklum
Apabila anda mengisytiharkan DRB dalam satu tahun kalendar, had terpakai akan digunakan pada keseluruhan penghantaran asing yang dibuat pada tahun tersebut. Ini bermaksud status DRB anda terpakai secara retroaktif terhadap transaksi-transaksi yang dilakukan sebelumnya pada tahun yang sama. Ini boleh menjadikan had tersedia anda berkurangan serta-merta.
Apakah had FEP?
- Individu, Pemilikan Tunggal, Kerjasama dengan DRB: RM1,000,000 per tahun kalendar
- Entiti Residen Lain (Sdn. Bhd., LLP, dll.) dengan DRB: RM50,000,000 per tahun kalendar
- Market Maker dengan DRB: RM50,000,000 per tahun kalendar, tetapi dikiran berdasarkan jumlah bersih aliran keluar (penghantaran kripto tolak penerimaan kripto)
Apa yang anda boleh lakukan seterusnya
Jika anda telah melepasi had, anda perlu menghubungi Bank Negara Malaysia dan memohon surat kelulusan untuk meningkatkan had pelaburan dalam aset-aset mata wang asing.
Anda perlu menyediakan surat kelulusan dari BNM sebelum anda boleh menghantar kripto, atau anda perlu menunggu sehingga tahun kalendar seterusnya untuk had anda disetkan semula (had diset semula pada 1 Januari setiap tahun).
Jika anda mendapati status DRB anda telah berubah (cth: anda telah membayar pinjaman sepenuhnya), anda perlu menyediakan bukti rasmi kepada Luno dan rakan-rakan kerjasama perbankan kami. Perkara ini tertakluk pada kelulusan regulatori.
Cara memohon surat kelulusan BNM
Nota: Buat masa ini, Portal FEP Bank Negara hanya menyediakan laman web dalam versi Bahasa Inggeris
- Daftar akaun pada portal Polisi Tukaran Asing Bank Negara Malaysia
- Anda akan menerima emel dari BNM setelah anda mendaftar. Aktifkan akaun anda dengan mengikuti pautan dari emel tersebut
- Pegi ke halaman log masuk an log masuk dengan emel dan kata laluan yang telah anda daftar.
- Masukkan OTP yang dihantar ke emel anda
- Pada portal FEP, pilih Administration’ dan kemudian klik 'Update Applicant Profile'
- Besarkan bahagian 'Details of Entity' dan pilih tanda tambah
- Isi ruangan yang diperlukan, dan tekan 'Save'
- Pada bahagian atas skrin, pilih 'Application; dan kemudian 'Submit application'
- Pada tetingkap Form Selection, pilih 'Investment Abroad', tambah borang IA-OT atau 'Others (Including Portfolio)', kemudian tekan 'Confirm'
- Lengkapkan permohonan anda dan tekan 'Submit' bagi semakan BNM
- Apabila anda menerima surat kelulusan dari BNM, anda boleh menghantarnya kepada kami di sini
Kami akan mengesahkan kelulusan tersebut dan memberitahu anda apabila penghantaran kripto anda telah dikembalikan pada akaun anda.
Tip
Anda boleh baca lagi mengenai penggunaan portal tukaran asing BNM.
Kami akan menyemak permohonan BNM anda dan berkongsi dengan anda keputusannya. Terdapat tiga kemungkinan yang akan berlaku:
Sayangnya, permohonan anda untuk menukar had telah ditolak. Anda tidak boleh menghantar lebih kripto ke tukaran asing untuk baki tahun semasa, sehingga had itu akan disetkan semula pada permulaan kalendar tahunan.
Permintaan untuk penukaran had telah diluluskan. Kami akan memberitahu anda sebaik sahaja penghantaran kripto dikembalikan semula ke akaun anda serta had terbaru bagi penghantaran kripto.
Permintaan anda untuk penukaran had telah diluluskan. Had tidak diletakkan pada jumlah kripto yang boleh dihantar ke tukaran asing.
Nota
Had penghantaran yang telah dikemaskini hanya terpakai pada tahun semasa. Apabila tahun baru bermula (berdasarkan kalendar), had anda akan disetkan semula ke tahap asal.