Adakah perkara ini terpakai pada saya?
Hanya jika akaun anda disahkan di Malaysia.
Anda perlu menghubungi Bank Negara Malaysia (BNM) dan memohon surat kelulusan atau lesen tukaran asing untuk menambah had bagi pelaburan anda dalam aset matawang asing.
Had tahunan yang ditetapkan pada tukaran asing dengan DRB ialah RM 1 juta bagi individu residen dan RM 50 juta bagi entiti. Jika anda telah mencapai had, anda perlu menyediakan surat kelulusan dari BNM kepada kami sebelum anda boleh membuat penghantaran kripto.
Tip
Tidak pasti bagaimana had tukaran asing berfungsi? Baca lagi mengenai apa itu had tukaran asing dan bagaimana ia terpakai pada anda.
Apa yang perlu dilakukan seterusnya
Nota: Buat masa ini, Portal FEP Bank Negara hanya menyediakan laman web dalam versi Bahasa Inggeris
-
Daftar akaun pada portal Polisi Tukaran Asing Bank Negara Malaysia
-
Anda akan menerima emel dari BNM setelah anda mendaftar. Aktifkan akaun anda dengan mengikuti pautan dari emel tersebut
-
Pegi ke halaman log masuk an log masuk dengan emel dan kata laluan yang telah anda daftar.
-
Masukkan OTP yang dihantar ke emel anda
-
Pada portal FEP, pilih Administration’ dan kemudian klik 'Update Applicant Profile'
-
Besarkan bahagian 'Details of Entity' dan pilih tanda tambah
-
Isi ruangan yang diperlukan, dan tekan 'Save'
-
Pada bahagian atas skrin, pilih 'Application; dan kemudian 'Submit application'
-
Pada tetingkap Form Selection, pilih 'Investment Abroad', tambah borang IA-OT atau 'Others (Including Portfolio)', kemudian tekan 'Confirm'
-
Lengkapkan permohonan anda dan tekan 'Submit' bagi semakan BNM
-
Apabila anda menerima surat kelulusan dari BNM, anda boleh menghantarnya kepada kami di sini
Kami akan mengesahkan kelulusan tersebut dan memberitahu anda apabila penghantaran kripto anda telah dikembalikan pada akaun anda.
Tip
Anda boleh baca lagi mengenai penggunaan portal tukaran asing BNM.
Kami akan menyemak permohonan BNM anda dan berkongsi dengan anda keputusannya. Terdapat tiga kemungkinan yang akan berlaku:
Sayangnya, permohonan anda untuk menukar had telah ditolak. Anda tidak boleh menghantar lebih kripto ke tukaran asing untuk baki tahun semasa, sehingga had itu akan disetkan semula pada permulaan kalendar tahunan.
Permintaan untuk penukaran had telah diluluskan. Kami akan memberitahu anda sebaik sahaja penghantaran kripto dikembalikan semula ke akaun anda serta had terbaru bagi penghantaran kripto.
Permintaan anda untuk penukaran had telah diluluskan. Had tidak diletakkan pada jumlah kripto yang boleh dihantar ke tukaran asing.
Nota
Had penghantaran yang telah dikemaskini hanya terpakai pada tahun semasa. Apabila tahun baru bermula (berdasarkan kalendar), had anda akan disetkan semula ke tahap asal.