Saya tersalah hantar matawang kripto, apa yang boleh saya lakukan?

a warning sign with an exclamation mark

Apabila anda menghantar matawang kripto, kadang kala anda membuat kesilapan dalam penghantaran. Kesilapan ini termasuklah:

  1. Maklumat penerima tidak dimasukkan dengan tepat
  2. Tidak sengaja mengesahkan hantaran

Oleh kerana sifat bagaimana rantaian blok berfungsi, hampir mustahil untuk menarik balik transaksi yang telah dihantar. Tetapi, terdapat beberapa situasi yang mungkin boleh membantu:

Hantar ke emel atau nombor telefon

Jika emel atau nombor telefon penerima matawang kripto tidak dihubungkan pada dompet Luno, penerima mempunyai tujuh hari untuk membuka akaun Luno dan menuntut matawang kripto tersebut. Jika ia tidak dituntut dalam tempoh 7 hari, ia akan dipulangkan secara automatik. Jika anda menghantar matawang kripto ke emel atau nombor telefon yang dihubungkan pada akaun Luno, ia akan diproses segera dan tidak boleh dibatalkan atau dipulangkan.

Hantar ke alamat rantaian blok

Jika anda menghantar matawang kripto ke alamat rantaian blok, transaksi akan dihantar ke rantaian blok sebaik sahaja disahkan. Setelah dihantar, ia tidak boleh dibatalkan atau dipulangkan.

Penerima tidak menerima hantaran, apa yang boleh saya buat?

Jika anda menghantar matawang kripto ke alamat rantaian blok, transaksi boleh diproses dalam anggaran 30 minit. Dalam keadaan luar biasa (kombinasi kesesakan yang tinggi dan caj rendah, ia mungkin akan mengambil tempoh lebih lama untuk disahkan.

Jika penerima tidak menerima matawang kripto tersebut dalam tempoh beberapa jam, semak alamat yang dihantar dan pastikan anda tidak membuat sebarang kesilapan.

Saya menerima notifikasi hantaran yang saya tidak sahkan, apa perlu saya lakukan?

Jika anda tidak mengesahkan sebarang transaksi daripada dompet Luno anda dan mengesyaki ia mungkin telah diceroboh, tekan pautan “Laporkan” di bawah emel yang dihantar pada anda sebagai pengesahan apabila menghantar matawang kripto.

 

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

Terima kasih!

Kami menghargai maklum balas anda