Adakah Luno dikawal selia?

Kami mengekalkan pendaftaran dan lesen yang diperlukan di negara-negara kami beroperasi. Kami mengakui kepentingan kawal selia yang mantap memainkan peranan dalam melindungi pelanggan dan memastikan platform, seperti Luno, mempunyai kawalan yang sepatutnya, diuruskan dengan baik dan boleh dipercayai untuk memastikan wang milik pelanggan selamat.

Misi Luno ialah meletakkan kuasa kripto dalam genggaman semua orang. Oleh itu, ia sentiasa melibatkan keselamatan pelanggan kami terjamin. Sebagai sebahagian daripada misi kami, Luno bekerjasama dengan pengawal selia di seluruh dunia untuk membina rangka kerja kawal selia yang efektif dan bersesuaian dengan industri kripto.

Mengapa perkara ini penting?

Adalah menjadi tanggungjawab kami untuk berhubung dan bekerjasama dengan pengawal selia dalam memperkenalkan polisi yang membolehkan pelanggan kami meneroka, membeli dan menyimpan kripto dengan selamat dan mudah.

Kami amatlah menghargai kepercayaan pelanggan, oleh itu Luno sentiasa mematuhi semua undang-undang di semua negara yang kami beroperasi, dan terus bekerjasama dengan pengawal selia di seluruh dunia untuk mengusahakan sistem kawal selia yang memberikan manfaat kepada anda, iaitu pelanggan kami.

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

Terima kasih!

Kami menghargai maklum balas anda