Bagaimana untuk membuat deposit menggunakan pindahan segera dengan FPX di Malaysia?

Malaysian flag and FPX logo

Jika anda merupakan pelanggan Luno di Malaysia, membuat deposit menggunakan  pindahan segera dengan FPX memastikan wang anda dipaparkan dengan segera pada dompet MYR anda. Apa yang anda perlukan ialah maklumat perbankan internet anda.

Cara-cara

Log masuk ke akaun Luno anda pada aplikasi mudah alih atau web, dan ikut langkah-langkah berikut:

  1. Pergi ke Dompet, kemudian pilih dompet MYR anda

  2. Pilih DEPOSIT

  3. Kemudian daripada pilihan yang diberikan, pilih FPX segera

  4. Masukkan amaun yang anda ingin deposit, dan kemudian pilih SETERUSNYA

    Nota

    Anda boleh membuat deposit sehingga RM 100,000. Anda perlu log masuk ke perbankan atas talian dan tambahkan had pindahan harian FPX anda untuk menyokong amaun ini. Had deposit maksimum anda juga tertakluk pada had perbankan peribadi anda, oleh itu sila hubungi bank anda mengenai had pindahan harian jika anda menghadapi masalah membuat deposit dengan amaun yang besar.

  5. Skrin pop-up akan dipaparkan dengan arahan deposit. Tandakan check-box untuk mengesahkan yang anda akan membuat deposit daripada bank akaun di atas nama anda

    Nota

    Pastikan anda membuat deposit daripada akaun bank di atas nama anda. Jika deposit dilakukan daripada akaun yang bukan milik anda, Luno akan memulangkan deposit tersebut kepada pendeposit. Caj pentadbiran sehingga RM 5.00 akan dikenakan bagi setiap pemulangan dan boleh mengambil sehingga 14 hari bekerja untuk diproses. Juga, elakkan daripada membuat deposit daripada akaun bersama, kerana nama pendeposit yang tidak lengkap boleh menyebabkan kelewatan deposit anda diagihkan ke dompet MYR anda.

  6. Pada deposit skrin FPX, pastikan amaun yang anda ingin mendeposit adalah tepat. Jika anda berpuas hati, pilih Terus ke FPX

    Nota

    Luno akan mengenakan caj pentadbiran sebanyak RM1.00 bagi setiap deposit segera di bawah RM 100. Tiada caj dikenakan bagi deposit yang melebihi RM 100.

  7. Anda akan dibawa ke Perbankan Internet FPX. Pilih bank anda daripada senarai, dan tekan Teruskan

    Nota

    Sila jangan tutup skrin ketika anda dibawa ke FPX, ini akan menyebabkan pembayaran anda gagal.

  8. Log masuk ke perbankan internet anda

  9. Pilih akaun bank yang anda ingin deposit dilakukan. Pastikan butiran penjual adalah Luno Malaysia Sdn Bhd, dan kemudian pilih Minta TAC atau PAC Sekarang

  10. Ikuti langkah-langkah yang dipaparkan pada skrin untuk menyelesaikan deposit anda

Misi berjaya! Anda telah membuat deposit segera menggunakan FPX.


Soalan Lazim

Hampir kesemua bank besar di Malaysia disokong oleh platform FPX.

Ya. Luno akan mengenakan caj pentadbiran sebanyak RM1.00 bagi setiap deposit segera dibawah nilai RM100.  Tiada caj dikenakan bagi deposit melebihi RM100.

Pada masa sekarang, terdapat had FPX sebanyak RM100,000 bagi setiap transaksi. Selain daripada itu, had deposit adalah tertakluk pada tahap pengesahan anda, dan bank anda mungkin mempunyai had deposit yang spesifik.

Deposit anda berkemungkinan tidak berjaya jika:

  • Wang tidak mencukupi

  • Tetingkap deposit ditutup terlalu cepat sebelum aliran deposit dapat diselesaikan

  • Gangguan capaian internet

  • Anda membuat deposit pada masa penyelenggaraan sistem bank – biasanya pada tengah malam setiap hari

  • Masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan

Tip

Apabila deposit FPX berjaya, sila pilih Kembali ke Merchant atau Teruskan dengan transaksi untuk kembali ke halaman Luno Misi Berjaya. Jika terdapat sebarang gangguan ketika proses FPX, sila jangan tekan butang Kembalidan mulakan semula daripada dompet Luno dengan deposit FPX baharu.

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

Terima kasih!

Kami menghargai maklum balas anda