Apakah kos fungsi Bundle?

a basket holding a stack of different crypto coins

Siapa yang boleh menggunakan fungsi ini?

Fungsi Bundle hanya tersedia untuk pelanggan di Afrika Selatan, Malaysia, Nigeria dan Indonesia. Jenis Bundle yang boleh ditawarkan adalah berbeza di setiap negara.

Caj-caj berikut akan dikenakan apabila anda melabur dalam fungsi Bundle:

Apabila membeli Bundle

1% dari jumlah pelaburan.

Caj penjejakan

2% setahun.

Anda akan membayar sebahagian dari caj 2% ini pada setiap suku tahun apabila fungsi Bundle diibangkan semula – caj ini akan ditolak secara automatik dari baki Bundle anda. Caj ini dikira secara harian berdasarkan jumlah nilai Bundle anda. Jadi jika anda menjual Bundle anda pada penghujung suku tahun, anda hanya akan dicaj amaun yang terakru harian pada waktu penjualan.

Jual

Caj gabungan sebanyak 1% dari jumlah jualan keseluruhan dan caj imbangan semula 2% setahun. Caj imbangan semula dikira secara pro-rata berdasarkan imbangan semula terakhir.

Nota

Apabila anda menjual Bundle anda, kos transaksi ini digabungkan dengan caj pengimbangan semula. Jika anda membayar 1% dari jumlah jualan, baki 2% dari caj imbangan semula yang telah terakru pada masa jualan turut akan digabungkan sekali. fee has accrued by the time you sell.

Tarik Bundle

“Tarik Bundle” membolehkan anda memindahkan mata wang kripto individu dari fungsi Bundle ke dompet kripto biasa. Fungsi penarikan Bundle ini hanya tersedia untuk pelanggan di Malaysia sahaja.

Kos transaksi sebanyak 1% akan ditolak dari jumlah penarikan Bundle.

Bagaimana untuk mengikuti kos transaksi dan caj

Untuk paparkan jumlah keseluruhan caj dan transaksi yang telah dibayar:

  1. Log masuk ke Luno
  2. Pergi ke Dompet
  3. Pilih Bundle, kemudian tekan Luno Large Cap
  4. Skrol ke bawah untuk memaparkan bahagian Untung dan Rugi Dari situ anda boleh menyemak jumlah caj yang telah dibayar

Untuk paparkan setiap caj individu atau transaksi:

  1. Log masuk ke Luno
  2. Pergi ke Dompet
  3. Pilih Bundle, kemudian tekan Luno Large Cap
  4. Skrol ke bawah untuk memaparkan bahagian Sejarah Transaksi
Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

Bagaimana untuk menambah baik artikel ini?