Luno Exchange ialah platform yang menghubungkan pembeli matawang kripto dengan penjual matawang kripto. Ketahui lebih lanjut tentang cara pertukaran berfungsi.
Paparan standard Luno ialah pada Halaman Utama, tetapi anda boleh tukar ke paparan Exchange pada bila-bila masa.
Cara-cara
Pada peranti mudah alih
-
Log masuk ke Luno dan pergi ke Halaman Utama daripada menu di bawah
-
Pilih menu (...) pada sudut atas kanan skrin
-
Tukar di antara paparan standard atau paparan Exchange
Pada laman web
-
Log masuk pada laman web dan pastikan anda berada di Halaman Utama
-
Pada sudut atas kanan, pilih Exchange
Paparan Luno Exchange diterangkan
Luno Exchange mengandungi komponen berikut:
|
|
Buku pesanan memaparkan pesanan rehat (resting order) pada pasaran. Warna Merah mewakili pesanan jual (atau ask) dan warna hijau mewakili pesanan jual (atau bid)
Apabila pedagang meletakkan pesanan beli dan jual pada pasaran pada harga berbeza, buku pesanan akan dikemaskini. Pesanan akan dilaksanakan apabila pembeli bertemu penjual (atau sebaliknya). Apabila anda melihat buku pesanan, spread mewakili perbezaan di antara bid tertinggi dan ask terendah.
Terdapat dua jenis carta yang boleh dipilih (dan boleh ditukar) pada laman web:
Tradingview
Tradingview menyediakan pilihan beberapa indikasi berbeza dan jenis carta termasuklah Carta Garis atau Carta Lilin. Paparan default ialah Candlestick tetapi terdapat banyak lagi pilihan dan indikasi lain seperti Anggaran Bergerak (Moving Averages) dan Volum.
Tip
Tukar paparan carta dengan memiilih ikon pada laman web (atas kiri) dan
ikon pada peranti mudah alih (kiri bawah).
Carta Depth
Carta Depth ialah representasi grafikal mengenai pesanan had yang masih belum selesai pada buku pesanan.
Bahagian dagangan terkini menyenaraikan dagangan terkini yang dilaksanakan dalam pasaran secara kronologikal. Tiga kolum tersebut mewakili masa, harga dan volum bagi setiap dagangan.
Tiket pesanan dinamik digunakan untuk meletakkan pesanan. Apabila pesanan diletakkan, ia dibawa ke buku pesanan dan senarai pesanan terbuka. Apabila pesanan dilaksanakan, anda boleh menyemak progres pesanan di Bahagian Pesanan Terbuka atau skrin Pesanan Saya.
Jika anda memilih satu pesanan jual dari buku pesanan, tiket pesanan akan diisikan secara automatik untuk memadankan pesanan tersebut dan membeli BTC yang tersedia sehingga ke harga ask yang spesifik.
Jika anda klik pada pesanan beli dari buku pesanan, borang pesanan akan diisikan secara automatik untuk memadankan pesanan tersebut dan menjual BTC anda sehingga ke harga bid yang spesifik.
Setelah anda meletakkan pesanan had, ia akan dipaparkan di Pesanan Terbuka dan akan ditanda dengan asterisk* pada buku simpanan. Anda boleh memberhentikan pesanan ini jika ia belum dilaksanakan.
Pesanan Terbuka (Tidak Diisi)
Pesanan Terbuka (Diisi separuh)
Apabila pesanan diisi sepenuhnya atau dibatalkan, pesanan tersebut tidak akan dipaparkan di bahagian Pesanan Terbuka. Ia akan dipaparkan di Sejarah Pesanan, dengan ringkasan jumlah nilai dagangan.
Sejarah Pesanan (Pesanan Selesai)
Apabila menggunakan Luno Exchange, anda boleh bertukar di antara dua pasangan matawang yang berbeza. Akses anda ke pelbagai pasangan matawang adalah berdasarkan negara yang dipilih apabila anda mendaftar dengan kami.
Sebagai contoh, jika anda disahkan untuk menggunakan Luno di Malaysia, anda mempunyai pilihan untuk menukar pasangan matawang di antara BTC/MYR, ETH/BTC dan ETH/MYR.
Cara-cara
Peranti mudah alih
Buka aplikasi dan pergi ke halaman utama dengan paparan Exchange dihidupkan. Gunakan pemilih pasangan matawang pada sudut atas kiri skrin.
Laman Web
Dapatkan akses ke pasangan yang tersedia untuk anda daripada pilihan pasangan matawang di sudut atas kiri atau dari skrin Pasaran, yang boleh dijumpai di bar menu atas.