Anda kini mempunyai akses kepada pelbagai alat visualisasi data dan isyarat untuk perdagangan cryptocurrency di Luno Exchange. Alat ini direka untuk menawarkan data sejarah dan wawasan yang lebih mendalam tentang bagaimana pasaran berfungsi. Ini dimungkinkan melalui kerjasama kami dengan IntoTheBlock.
Terdapat pelbagai indikasi yang anda boleh digunakan pada aplikasi IntoTheBlock, memberikan anda semua pekakas dan maklumat yang diperlukan untuk memahami tingkah laku aset kripto, mengenalpasti dan terus maju dalam sebarang perubahan trend, dan akhirnya, membuat keputusan perdagangan yang paling bijak.
Nota
Insights bagi IntoTheBlock hanya tersedia pada laman web.
Indikasi yang disediakan
Anda boleh mengakses panel analitik melalui tab yang dipanggil Insights pada menu di sebelah kiri. Fungsi ini membenarkan anda untuk melihat analitik atas-rantaian daripada IntoTheBlock dengan pilihan untuk lebih mendalami pada laman web mereka. Indikator yang disediakan adalah:
Pemegang Mencipta Wang pada Harga Semasa
Pada mana-mana alamat dengan baki token, IntoTheBlok mengenalpasti kos anggaran token ini dibeli dan membandingkan ia dengan harga semasa. Jika Harga Semasa > Kos Anggaran, alamat dianggap sebagai “In the Money”. Jika Harga Semasa < Kos Anggaran, alamat tersebut dianggap “Out of the Money”.
Penumpuan oleh Pemegang Besar
Jumlah pemegang whale (individu yang memiliki lebih daripada 1% circulating supply) dan pelabur (individu yang memiliki 0.1% dan 1% circulating supply).
Harga Korelasi dengan Bitcoin
Harga korelasi 30 atau 60 hari bagi pulangan harian sesuatu aset kepada pulangan harian Bitcoin.
Komposisi Pemegang dengan Tempoh Pegangan
Klasifikasi alamat berdasarkan kepada token anggaran pemberatan tempoh pegangan (weighted average holding period).
Transaksi Lebih Besar daripada $100k
Jumlah transaksi, yang setiap satu mempunyai nilai $100,000 atau lebih.
Demografik Transaksi
Jumlah transaksi yang telah berlaku semasa tempoh dagangan Barat (10 Pagi ke 10 Malam UTC), dibandingkan dengan dagangan yang berlaku semasa tempoh dagangan Timur (10 Malam ke 10 Pagi UTC) dalam tempoh 14 hari lepas.
Jumlah Tukaran Masuk
Jumlah amaun (dalam $ atau token) yang masuk ke tukaran dompet deposit.
Jumlah Tukaran Keluar
Jumlah amaun (dalam $ atau token) yang keluar dari tukaran dompet pengeluaran.
Tip
Jika anda ingin mendalami lebih lagi dan dapatkan lebih insight, daftar di IntoTheBlock untuk lebih indikasi.
Mengenai IntoTheBlock
IntoTheBlock bermatlamat untuk menangani salah satu masalah terbesar pada kripto: untuk menyediakan pelabur dengan paparan aset kripto lebih daripada data harga dan volum.
Syarikat ini telah membina satu infrastruktur yang kuat yang mampu untuk menjadi hos kepada rantaian blok dan lain-lain sumber data, menggerakkan model machine learning dan memberikan indikasi melalui kaedah yang boleh difahami oleh rata-rata pelabur. IntoTheBlok bekerjasama dengan pengguna kripto terbesar, seperti tukaran, penyedia data, dompet dan laman web berita untuk memberikan data kepada pengguna.