Apa itu aplikasi web Luno Exchange dan bagaimana untuk memasangnya?

Jika anda sering berdagang di Luno Exchange menggunakan pelayar web mudah alih (seperti Chrome atau Safari), anda mungkin telah mendapat mesej mencadangkan anda untuk memasang Luno Exchange dalam versi aplikasi web.

Apa itu aplikasi web dan mengapa saya perlu menggunakannya?

Aplikasi web memberikan semua fungsi laman web mudah alih Luno Exchange, kecuali, anda tidak memerlukan pelayar untuk menggunakan Luno Exchange.

Apabila anda memasang aplikasi web, anda akan mendapat satu ikon pada skrin utama anda, sama seperti aplikasi lain. Anda boleh membuka Exchange dengan satu klik, tanpa perlu menggunakan pelayar laman web mudah alih anda.

Nota

Tidak seperti pelayar web, aplikasi web ini hanya menyediakan Luno Exchange kepada anda. Oleh kerana aplikasi ini berfokus pada satu perkara sahaja, anda akan mendapat lebih prestasi yang dinaiktaraf dan lebih ruang skrin untuk bekerja!

Bagaimana untuk memasang aplikasi web?

Senang dan cepat. Cara-cara:

Pada Android

  1. Buka pelayar Chrome dan pergi ke Luno Exchange

  2. Anda akan ditanya untuk memasang aplikasi web

  3. Tekan butang Pasang untuk menambah aplikasi web pada skrin utama anda

Pada iOS

  1. Buka pelayar Safari dan pegi ke Luno Exchange

  2. Tekan ikon Kongsi pada bawah skrin

  3. Pilih Tambah Ke Halaman Utama daripada menu yang dipaparkan

  4. Tekan Tambah pada sudut atas kanan untuk menambah aplikasi web pada skrin utama anda

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

Terima kasih!

Kami menghargai maklum balas anda