Jika anda baru mendaftar platform dating site untuk mencari jodoh, anda perlu baca artikel ini!
Seperti anda, terdapat berjuta-juta individu di dunia mencari pasangan hati di internet tetapi tidak berjumpa si jantung hati, tetapi ditipu sehingga rugi.
Apa itu Love Scam?
Love Scam adalah cubaan membina kepercayaan anda dalam tempoh masa yang lama sehingga penipu boleh meyakinkan mangsa untuk menghantar kripto kepada mereka. Kebanyakkan kes melibatkan penipu memalsukan hubungan cinta dengan mangsa, tetapi penipuan ini juga boleh melibatkan persahabatan di internet.
Bagaimana untuk mengenalpasti penjenayah Love Scam?
Penipu Love Scam menggunakan manipulasi emosi dan akan mempergunakan keperluan asas manusia - untuk berhubung. Mereka mencipta profil palsu pada laman web dating atau sosial media yang menunjukkan kehidupan mewah mereka, dan kemudian mereka akan mendekati mangsa dengan mesej romantik, memberitahu mangsa apa yang mangsa ingin dengarkan.
Penipu ini akan bertanyakan khabar mangsa beberapa kali sehari melalui chat, nota suara atau panggilan telefon - memanggil mangsa ‘sayang’ atau ‘baby’, dan membuatkan mangsa percaya bahawa mangsa sedang berhubungan romantik dengan penipu. Untuk membuatkan penyamaran mereka lebih dipercayai, beberapa penipu juga akan menghantar gambar makanan mereka, apa yang mereka lakukan atau di mana mereka berada.
Dalam banyak kes, mereka akan menunjukkan mereka sebagai individu kaya raya yang tinggal di luar negara, yang menjadi kaya melalui kripto. Mereka kelihatan seperti individu yang boleh berbelanja mewah, membuatkan mangsa percaya bahawa wang bukanlah masalah mereka.
Apabila mereka mendapat kepercayaan mangsa, mereka akan cuba memasukkan perbualan mengenai kripto secara halus, mengajak anda melabur atau meminta anda menghantar wang untuk pelbagai sebab.
Berhati-hati jika anda mengalami situasi ini:
-
Perhubungan ‘bergerak’ dengan pantas
-
Mereka mengajak anda keluar daripada laman web dating ke mesej segera atau media sosial walaupun baru sahaja bersembang
-
Mereka lebih gemar bersembang berbanding panggilan video
-
Mereka tidak boleh membuat panggilan video kerana kamera teleon atau laptop mereka ‘rosak’
-
Mereka berjanji untuk melawat anda tetapi membatalkan pada saat akhir disebabkan oleh ‘kecemasan’
-
Mereka meminta anda untuk menghantar wang sehingga pelaburan mereka dibayar
-
Mereka mengarahkan anda untuk menggunakan kaedah pembayaran spesifik (pindahan wajar atau hantaran kripto)
-
Mereka memaksa untuk membantu anda beli dan dagangkan kripto
-
Mereka meminta anda untuk berkongsi maklumat peribadi
-
Mereka meminta anda untuk melakukan penipuan kewangan bagi pihak mereka
Bagaimana untuk mengelakkan menjadi mangsa love scam?
-
Setkan panggilan video sejak mula dan berhubung dengan panggilan video secara rutin
-
Penipu akan mengambil peluang terhadap individu yang tidak memahami kripto
-
Jangan hantar wang ke individu yang anda kenal secara online
-
Jangan biarkan mereka memaksa anda untuk menghantar kripto atau wang untuk pelaburan kripto
-
Jangan kongsi maklumat peribadi seperti nombor ID, nombor akaun atau kata laluan, lain-lain maklumat sensitif
-
Jangan hantar gambar berisiko yang boleh digunakan untuk ugutan
-
Semak kewujudan mereka di internet
-
Jika anda berasa curiga, berhenti berkomunikasi dan blok mereka secepatnya
Nota
Jangan sesekali memberi maklumat log masuk akaun anda untuk menguruskan akaun anda kepada sesiapa yang anda kenal di internet. Baca artikel kami di Pusat Bantuan untuk belajar bagaimana untuk memulakan pelaburan kripto dan kawal kripto anda dengan mudah.