Bagaimana untuk membuka akaun Perniagaan Luno

Sebelum anda mendaftar akaun Luno Business, sila ambil maklum mengenai kategori perniagaan dan nota-nota yang diselitkan bagi setiap kategori. Anda juga dimohon untuk membaca artikel ini sepenuhnya sebelum mendaftar akaun Luno Business, kerana ia mengandungi pelbagai maklumat penting.

Cara mendaftar akaun Perniagaan

Akaun Perniagaan Luno akan membolehkan anda mendeposit matawang tempatan hanya daripada akaun bank milik entiti sah ke Luno dan menggunakan dana ini untuk membeli, menjual, atau mendagangkan matawang kripto. Anda juga boleh menggunakan sekali Luno API untuk membina fungsi matawang kripto pada platform anda.

  1. Pada pelayar laman desktop, pilih ‘Luno Business’ sama ada di bar sisi kiri atau di menu footer pada bawah skrin
  2. Masukkan alamat emel perniagaan anda untuk mendaftar
  3. Ikut langkah-langkah yang dipaparkan (langkah-langkah ini cuma akan dipaparkan jika anda menggunakan Luno pada desktop, bukan pada peranti mudah alih)
  4. Pasukan undang-undang kami akan menyemak permohonan anda
  5. Jika permohonan anda berjaya, wakil kami akan menghubungi anda untuk permintaan beberapa dokumen yang diperlukan
  6. Jika semua dokumen berjaya melepasi pemeriksaan, anda akan diberitahu mengenai penerimaan akaun Perniagaan anda

Kategori perniagaan

  1. Perniagaan dan penyedia perkhidmatan yang membenarkan pelanggan membuat bayaran dengan Bitcoin atau Ethereum bagi barangan atau perkhidmatan mereka.
    Terdapat perniagaan yang dikhaskan untuk menyediakan perkhidmatan sebegini dengan fungsi troli beli-belah e-dagang, invois, derma, penggunaan point-of-sale bersama nilai tukaran yang dikemaskini pada masa nyata, penukaran automatik kepada pebagai matawang dan fungsi-fungsi jualan lain. Sebagai contoh, lihat Bitpay.

  2. Institusi kewangan dan perniagaan lain yang mahu menggunakan Luno untuk membeli, menjual, berdagang atau menyimpan dana daripada pihak ketiga (bagi pihak pelanggan entiti).
    Keperluan kawal selia untuk menjadi broker amatlah sukar dan anda perlu mengemukakan bukti kepada kami bahawa anda diberikan lesen untuk menyediakan perkhidmatan berkenaan di negara dan matawang anda beroperasi, dan menyediakan maklumat terperinci tentang polisi AML, ATF dan KYC. Luno akan menjalankan penilaian risiko dan penilaian komprehensif terhadap daya maju perniagaan tersebut sebelum meluluskan permohonan sepertinya.

  3. Perniagaan yang melibatkan perlombongan Bitcoin yang mahu menjual keuntungan daripada hasil perlombongan matawang digital di Luno
    Kami mungkin perlu pemohon menyediakan bukti aktiviti melombong

  4. Perniagaan yang mahu menggunakan Luno untuk beli, jual, simpan atau mendagangkan matawang digital menggunakan dana entiti itu sendiri
    Kami menggalakan pelanggan bagi kategori ini untuk berdagang menggunakan kapasiti peribadi mereka. Kami akan meluluskan beberapa permohonan yang berisiko rendah dan perniagaan tinggi daya maju. Bukti dana dan dokumentasi yang menyokong aktiviti bervolum tinggi mungkin akan diminta untuk pembuktian.

  5. Perniagaan yang perlu membayar invois (bayaran untuk produk atau bayaran untuk perkhidmatan) menggunakan matawang digital.
    Kami akan mempertimbangkan permohonan ini berdasarkan kes.

  6. Perniagaan yang terlibat dengan kutipan dana awam, penjualan token atau ICO yang digunakan untuk kutipan dana.
    Kami akan mempertimbangkan permohonan ini berdasarkan kes.

  7. Mana-mana perniagaan lain yang tidak disenaraikan di atas.
    Kami akan mempertimbangkan permohonan ini berdasarkan kes.

Nota

  • Luno berhak untuk menolak mana-mana permohonan mengikut budi bicara mutlaknya

  • Proses untuk membuka akaun Perniagaan boleh mengambil sedikit masa kerana kami perlu melakukan penilaian risiko dan penilaian daya tuju perniagaan bagi semua pemohon

  • Alamat emel yang digunakan untuk membuka akaun Perniagaan akan digunakan untuk semua komunikasi selanjutnya; kami tidak dapat membantu anda jika anda menghubungi kami menggunakan alamat emel lain

  • Dompet Luno anda cuma akan dikreditkan dengan deposit daripada matawang tempatan yang dibuat melalui akaun bank milik entiti anda yang sah. Pengeluaran pula hanya akan diproses kepada akaun bank tersebut. Pengeluaran pihak ketiga adalah tidak dibenarkan

  • Anda cuma boleh menerima deposit matawang tempatan dan memproses pengeluaran menggunakan matawang tempatan yang digunakan oleh perniagaan tersebut

  • Caj yang dikenakan pada akaun perniagaan adalah sama seperti akaun individu Luno

  • Luno belum lagi membuka permohonan akaun Perniagaan di Malaysia sehingga diberitahu kelak

 

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

Terima kasih!

Kami menghargai maklum balas anda