Mengapakah Luno perlu mengetahui Lokasi saya?

illustration of a globe

Anda mungkin baru-baru ini diminta untuk memberikan Luno akses ke lokasi semasa anda, atau anda mungkin tidak dapat menyelesaikan transaksi kerana tetapan lokasi atau kebenaran.

Artikel ini akan menjawab sebarang soalan mengenai perkongsian lokasi anda dengan Luno.

Apakah tujuan Luno menggunakan maklumat lokasi saya?

Kami menyemak lokasi anda untuk memastikan anda tidak menggunakan Luno di negara yang disekat atau di negara yang kami tidak mempunyai lesen untuk beroperasi. Anda boleh menyemak negara yang Luno beroperasi di sini.

Nota

Data anda dilindungi dan disulitkan, anda boleh mengawal bila dan bagaimana anda mahu berkongsi lokasi anda pada tetapan peranti. Untuk lebih maklumat bagaimana kami mengumpul, menggunakan dan melindungi data peribadi anda, semak Polisi Privasi kami.

Mengapa Luno perlu menyemak yang saya berada di negara yang disokong?

Di Luno, kami komited untuk memastikan matawang kripto digunakan dengan cara yang selamat, dilindungi dan mematuhi undang-undang. Di Amerika Syarikat, sebelum kami melancarkan perkhidmatan kami di negeri baru, kami perlu pastikan kami telah bersedia dan berlesen untuk beroperasi di situ.

Industri matawang kripto tidak pernah dikawal selia, tetapi ini akan berubah dan kami mahu menjadi yang pertama membuat perubahan tersebut.

Tip

Anda boleh baca lagi mengenai pendekatan Luno untuk memastikan kawal selia terhadap industri di sini.

Anda mungkin merasakan kawal selia bagi matawang kripto (yang tidak berpusat), untuk mematuhi undang-undang yang ditetapkan oleh pelbagai badan berkuasa. Tetapi kami percaya bahawa kawal selia ialah satu perkara yang bermanfaat: Ia melindungi anda, pelanggan kami dan menginspirasikan kepercayaan yang lebih besar terhadap industri kripto.

Tip

Lawati Blog Luno untuk baca lagi mengenai pendapat kami mengenai kawal selia.

Bagaimana untuk berkongsi lokasi dengan Luno?

Laman web Luno atau aplikasi akan segera meminta anda untuk memberikan kebenaran berkongsi lokasi apabila anda mula membuat transaksi. Pilih Benarkan (perkataan ini mungkin berbeza mengikut peranti)

Juga, anda boleh memberi kebenaran untuk berkongsi lokasi anda secara terus melalui tetapan peranti atau pelayar laman web:

  1. Pada telefon anda, pilih Tetapan dan kemudian Apl

  2. Pada Aplikasi, pilih Apl

  3. Taip Luno pada ruang carian

  4. Pilih Luno, kemudian Kebenaran

  5. Pilih Lokasi, dan kemudian pilih salah satu dari pilihan di bawah:

    • Setiap masa: Luno boleh menyemak lokasi anda pada bila-bila masa

    • Ketika menggunakan aplikasi: Luno boleh menyemak lokasi anda apabila aplikasi dibuka

    • Tanya setiap masa:: Luno akan meminta anda untuk berkongsi lokasi apabila kami perlu menyemaknya it

  6. Apabila anda menggunakan aplikasi Luno, anda mungkin diarahkan untuk berkongsi lokasi anda. Pilih KONGSI LOKASI TEPAT dan pilih TEPAT dari pop-up yang dipaparkan

Tip

Untuk lebih maklumat, lawati Google Help Centre.

  1. Pergi ke aplikasi Tetapan

  2. Pergi ke Privasi, kemudian Servis Lokasi

  3. Semak sama ada Servis Lokasi dihidupkan

  4. Kemudian skrol kebawah dan cari aplikasi Luno

  5. Tekan dan pilih salah satu pilihan di bawah:

    • Tanya lain kali: Luno akan meminta anda untuk memilih bagaimana untuk berkongsi lokasi apabila semakan perlu dibuat

    • Ketika menggunakan aplikasi: Luno boleh menyemak lokasi anda apabila aplikasi digunakan

    • Sentiasa: Luno boleh mengakses lokasi anda apabila aplikasi digunakan di belakang tabir

Tip

Untuk lebih maklumat, lawati Apple Support.

  1. Buka Google Chrome, dan pilih tiga titik pada sudut kanan atas

  2. Pilih Tetapan daripada menu

  3. Pergi ke Privasi dan Sekuriti, dan pilih tetapan Laman

  4. Pilih Lokasi

  5. Untuk Tingkahlaku lalai, pastikan fungsi Laman boleh meminta lokasi anda ditandakan

  6. Semak senarai laman web di bawah Tidak dibenarkan untuk melihat lokasi anda. Jika Luno tidak dibenarkan untuk melihat lokasi anda, tukar tetapan ini dengan menekan pada Luno, dan tukar Lokasi kepada Minta atau Benarkan

Tip

Untuk lebih maklumat, lawati Google Help Centre.

  1. Buka Mozilla Firefox, klik pada ikon menu dan pilih Tetapan

  2. Pergi ke Privasi & Keselamatan

  3. Skrol kebawah sehingga anda melihat Kebenaran dan cari Tetapan (di sebelah Lokasi)

  4. Semak sama ada anda telah nyahpilih kotak tanda “Blok permintaan baru yang meminta akses ke lokasi anda”

  5. Pilih Simpan Perubahan

  6. Log masuk ke akaun Luno anda dan berikan kebenaran untuk berkongsi lokasi dengan kami

  7. Untuk menyelesaikan log masuk, sila pilih Benarkan apabila diarahkan. Sebagai alternatif, anda juga boleh memberikan kebenaran untuk berkongsi lokasi anda secara terus pada tetapan peranti atau pelayar

Saya telah berpindah ke negara lain dan sekarang saya tidak boleh membuat transaksi. Apa yang boleh saya lakukan?

Sebaik sahaja anda kembali ke lokasi yang kami dibenarkan untuk beroperasi, fungsi penuh akan dipulihkan ke akaun Luno anda dan anda boleh meneruskan transaksi seperti biasa.

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

Terima kasih!

Kami menghargai maklum balas anda