illustration of a wallet with Luno's staking icon on it

Siapa yang boleh menggunakan fungsi ini?

Fungsi Stake hanya tersedia untuk pelanggan di Malaysia dan Afrika Selatan.

Staking adalah salah satu fungsi dalam teknologi kripto untuk menerima lebih ganjaran matawang kripto dengan cara membantu dalam mengesahkan teknologi kripto. Anda boleh menjadikan kripto anda sebagai Stake dalam projek-projek yang menggunakan protokol konsensus Proof-of-Stake untuk memproses transaksi.

Proof-of-Stake ialah satu protokol konsensus yang memerlukan pengguna untuk meletakkan kripto mereka dalam usaha melindungi rangkaian kripto. Untuk menyertai fungsi Staking dan menerima ganjaran, sukarelawan dalam fungsi ini boleh meletakkan sejumlah kripto untuk menjadi pengesah baru, atau mereka boleh menyumbang kepada pengesah Staking sedia ada.

Bagaimana transaksi disahkan?

Setiap matawang kripto mempunyai satu pangkalan data yang menyimpan transaksi – yang dikenali sebagai rantaian blok. Rantaian blok ini perlu selamat, perlu merekodkan dan perlu menjejak secara kronologikal semua transaksi yang dibuat menggunakan matawang kripto tersebut. Perkara ini hanya boleh berlaku apabila peserta dalam rangkaian tersebut bersetuju yang setiap blok transaksi adalah sah.

‘Staking’ bertindak sebagai deposit untuk memastikan transaksi yang betul disahkan. Jika pengesah mengesahkan transaksi dengan betul, beliau akan diberikan ganjaran. Jika pengesah mengesahkan data yang salah atau tidah sahih, beliau akan dikenakan penalti dengan pemotongan terhadap kripto yang dijadikan Stake. Dengan cara ini, pengesah akan berusaha untuk mengelakkan dari membuat kesilapan atau melakukan tindakan yang salah, dan menerima ganjaran apabila mereka mengesahkan transaksi dengan betul – secara asasnya ini akan memastikan intergriti rantaian blok kekal selamat.

Bagaimana fungsi Stake di Luno berfungsi?

Luno telah menyediakan semua infrastruktur teknikal yang diperlukan untuk menghubungkan penyedia perkhidmatan fungsi Stake yang dipilih oleh Luno sendiri, selepas banyak semakan teliti. Jika anda membuat keputusan untuk menyertai fungsi Stake, anda boleh memindahkan sejumlah kripto ke Dompet Staking anda dengan mudah dan cepat.

Di belakang tabir, kripto yang ditambahkan ke Dompet Staking akan dipindahkan ke alamat rantaian blok istimewa, yang dikenali sebagai nod pengesah. Nod ini dikhaskan untuk mengesahkan transaksi. Kripto anda memerlukan beberapa jam hingga beberapa hari untuk menjadi aktif pada nod. Selepas kripto anda aktif, anda akan mula menerima ganjaran.

Pada selang masa yang tetap, kami akan menghantar ganjaran yang diterima kepada anda dari fungsi Stake. Ganjaran ini akan ditambah ke Dompet Staking, sekaligus akan meningkatkan jumlah kripto yang telah dijadikan Stake.

Anda juga boleh memilih untuk menambah nilai Dompet Staking dengan menambah lebih kripto, atau keluarkan dana dari Dompet Staking anda dengan menarik balik Stake pada bila-bila masa. Kedua-dua tindakan ini memerlukan sedikit masa untuk dilaksanakan, kerana perubahan perlu dilaksanakan dengan nod pengesah pada tahap rantaian blok. Kelewatan ini juga bergantung pada cara rantaian blok itu disetkan, dan ia adalah di luar kawalan Luno.

Apakah manfaat fungsi Stake di Luno?

Sebagai pelanggan Luno, anda boleh menjadikan kripto anda sebagai Stake untuk satu tempoh masa dan menerima ganjaran dari amaun yang dijadikan Stake. Anda juga turut membantu industri kripto untuk melindungi rantaian blok, menjadikannya lebih selamat dari serangan.

Bolehkah saya menjadikan kripto saya sebagai Stake tanpa menggunakan Luno?

Ya, anda boleh bergerak sendiri tanpa menggunakan aplikasi Luno. Matawang kripto dicipta untuk bersifat tidak berpusat, jadi sesiapa sahaja boleh menyertai fungsi ini tanpa perlu menggunakan mana-mana organisasi seperti bank atau tukaran kripto.

Namun begitu, terdapat beberapa potensi halangan untuk dipertimbangkan. Jika anda tidak menggunakan perkhidmatan pihak ketiga untuk fungsi Stake, dan bergantung pada jenis koin yang ingin dijadikan Stake, anda mungkin perlu:

  • Menetapkan nod pengesah pada komputer yang perlu kekal berada di atas talian 24/7

  • Menjaga kunci peribadi anda sendiri

  • Menguruskan pindahan kripto dari nod dan sebaliknya

  • Mencipta dompet berasingan untuk menerima ganjaran

  • Mempunyai amaun minimum untuk menjadi pengesah (Ethereum memerlukan amaun minimum sebanyak 32 ETH untuk menjadi pengesah)

Kami di Luno boleh mengatasi halangan ini agar anda boleh menjadikan kripto anda sebagai Stake tanpa mengira jumlah serta dengan beberapa ‘tap’ sahaja.

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

Terima kasih!

Kami menghargai maklum balas anda