Amaran keselamatan penting
Luno tidak akan menghubungi anda melalui emel, panggilan telefon atau mesej untuk meminta anda memadam peranti dipercayai, kunci laluan atau menutup fungsi pengesahan dua-faktor (2FA).
Penggodam sering meminta pelanggan untuk menghidupkan fungsi hantar – satu taktik scam biasa dan perlu diambil serius. Kami menyarankan anda untuk menutup fungsi hantar kripto apabila tidak digunakan. Luno tidak akan meminta anda untuk menghidupkannya untuk keselamatan akaun.
Sila berhati-hati dengan sebarang komunikasi yang mendakwa mereka dari Luno dan meminta anda untuk memadam fungs-fungsi keselamatan, terutama jika anda belum ada menghubungi pasukan sokongan Luno terlebih dahulu.
Luno hanya akan membantu anda memadam peranti dipercayai, kunci laluan atau fungsi 2FA hanya selepas anda menghubungi Luno untuk menyelesaikan masalah akses.
Jika anda tidak pasti, berhenti dan hubungi Luno segera menerus aplikasi atau laman web rasmi kami.
Kunci laluan menawarkan kaedah log masuk yang lebih mudah dan selamat ke akaun anda.
- Log masuk lebih pantas – Berbanding Anda boleh melog masuk lebih pantas dan mudah, sama seperti anda menggunakan wajah, cap jari atau PIN skrin kunci anda.
- Akses selamat ke akaun anda – Kunci laluan adalah lebih selamat berbanding kata laluan. Kunci laluan menggunakan perwakilan dinyahsulit yang lebih kebal terhadap phishing dan godaman, menjadikannya lebih sukar untuk orang lain selain anda untuk mengakses akaun Luno.
- Lebih tenang – Dengan penetapan kunci laluan, anda menambah langkah keselamatan tambahan yang lebih kebal terhadap phishing dan godaman, menjadikannya lebih sukar untuk individu lain selain anda untuk mengakses akaun anda.
Kunci laluan disokong pada peranti yang menggunakan iOS 16, Safari 16.1, macOS Ventura, iPadOS 16, ChromeOS 109, Windows 10 atau Android 9.0 dan lebih baharu.
Nota
Apabila anda mencipta kunci laluan, pastikan anda; menggunakan peranti yang sama untuk melengkapkan keseluruhan tindakan, atau jika anda menggunakan beberapa peranti, pastikan semua peranti disambung dengan router yang sama dan tutup fungsi VPN jika perlu.
Bagaimana untuk menetapkan kunci laluan
- Log masuk ke Luno
- Pada halaman utama, tekan nama anda pada bahagian atas kanan untuk pergi ke profil
- Jika anda menggunakan fungsi Exchange, tekan tiga titik pada sudut atas kiri kemudian pilih Profil
- Pilih Sekuriti
- Tekan Kunci Laluan, kemudian CIPTA KUNCI LALUAN
- Halaman ‘Pop-up’ akan dipaparkan. Tekan Teruskan
- Sahkan permintaan yang dihantar ke emel atau peranti dipercayai anda
- Ikut arahan yang dipaparkan pada peranti anda
Selesai! Anda telah berjaya mencipta kunci laluan. Selepas ini anda akan diarahkan untuk menggunakan kunci laluan untuk log masuk seterusnya.
Nota
Untuk menyimpan kunci laluan, anda perlu mengaktifkan iCloud Keychain. Anda boleh mengaktifkan iCloud Keychain pada panel Apple ID di Tetapan Sistem menggunakan peranti Apple anda. Lawati Apple Support untuk lebih maklumat mengenai fungsi iCloud Keychain.
Bagaimana untuk log masuk dengan kunci laluan
Apabila anda selesai menetapkan kunci laluan pada akaun Luno anda, anda boleh untuk log masuk menggunakan kunci laluan:
- Buka aplikasi Luno dan pilih Log masuk
- Peranti anda akan mengesahkan sama ada anda ingin melog masuk dengan kunci laluan. Ikut arahan peranti anda untuk meneruskan log masuk.
Bagaimana untuk memadam kunci laluan
- Log masuk ke Luno
- Pada halaman utama, tekan nama anda pada bahagian atas kanan untuk pergi ke profil
- Pilih Sekuriti
- Tekan Kunci Laluan, kemudian pilih Padam
- Sahkan permintaan anda dengan menekan PADAM
Anda tidak boleh mengakses ke akaun Luno anda melalui kunci laluan jika anda memadamnya. Anda perlu menggunakan kata laluan untuk log masuk.
Mengapa saya menerima notifikasi yang kunci laluan saya tidak wujud?
Jika anda mendapat mesej bahawa tiada kunci laluan wujud bagi akaun Luno anda, ia bermaksud pilihan untuk log masuk dengan kunci laluan telah dimatikan. Log masuk dengan emel dan kata laluan anda untuk menetapkan semula kunci laluan.
Sejauh manakah keselamatan kunci laluan?
Keselamatan merupakan kelebihan utama kunci laluan! Tidak seperti kata laluan, kunci laluan adalah kebal dari serangan atas talian seperti phishing, menjadikannya lebih selamat berbanding SMS atau aplikasi penjanaan kod sekali guna. Penggunaan kunci laluan untuk log masuk adalah lebih mudah dan lebih selamat.
| Melindungi dari | Hafalan kata laluan | Pengurus kata laluan | Pengurus kata laluan + SMS/TOTP | Kunci laluan |
| Teka | ||||
| Penggunaan semula kredential | ||||
| Kecurian peranti | ||||
| Phishing | ||||
| Kebocoran server |
YA
TIDAK
PERLINDUNGAN SEBAHAGIAN
Tip
Anda boleh mengikuti pautan ini untuk mengetahui lagi mengenai kata laluan dan cara-cara untuk menggunakannya.