Jika anda sedang mencari pekerjaan, pastinya anda memahami perasaan apabila permohonan anda ditolak satu demi satu. Jadi, apabila terdapat individu menghubungi anda melalui LinkedIn dan menawarkan pekerjaan dari Luno, pastikan anda membuat pengesahan bahawa tawaran itu dibuat oleh kakitangan Luno yang sah.
Sayangnya, wujud individu yang menyamar sebagai perekrut Luno. Mereka akan menggunakan profil LinkedIn yang telah digodam, atau palsu, untuk menawarkan pekerjaan di Luno.
Namun pemohon akan diminta untuk membayar caj, wang deposit atau menghantar matawang kripto untuk mendapatkan pekerjaan tersebut. Luno tidak akan meminta anda untuk melakukan sedemikian.
Individu yang menyamar sebagai kakitangan Luno akan:
-
Mengenakan caj untuk sesi temuduga, permohonan pekerjaan atau untuk memulakan pekerjaan
-
Memaksa anda untuk melabur, atau menggunakan matawang kripto untuk mendapatkan pekerjaan
-
Menghubungi anda melalui alamat emel yang kelihatan sahih, tetapi sebenarnya tidak; seperti as @luno.careers
-
Menghantar mesej peribadi di LinkedIn bersama tawaran pekerjaan
-
Menghantar mesej melalui WhatsApp mengenai kontrak pekerjaan
Alamat emel rasmi Luno
Jika anda menerima emel yang bukan dari domain @luno.com, emel tersebut adalah tidak sahih. Emel-emel dari Luno tidak akan dihantar dari @gmail.com atau domain lain.
Ingat
-
Perekrut Luno sering menghubungi calon melalui mesej peribadi di LinkedIn. Namun calon tidak akan menerima tawaran jika mereka tidak melalui proses perekrutan penuh. Calon akan diberikan peluang untuk ditemuduga untuk jawatan tertentu, atau dijemput untuk menghadiri perbualan pengenalan. Pastikan anda mengesahkan terlebih dahulu sama ada individu tersebut adalah kakitangan Luno yang sebenar dengan menyemak profil LinkedIn mereka – sama ada mereka mempunyai ‘tick’ yang telah disahkan di sebelah nama mereka
-
Walaupun Luno ada menghubungi calon melalui WhatsApp ketika proses perekrutan di sesetengah negara, kami tidak akan menghantar tawaran pekerjaan atau kontrak pekerjaan melalui WhatsApp. Jika kami benar-benar akan menghantar melalui WhatsApp, tawaran atau kontrak pekerjaan ini hanya akan dilakukan selepas panggilan tapisan dilakukan. Jangan tekan pautan dari “Perekrut Luno” di WhatsApp kerana ini mungkin serangan phishing
- Tawaran pekerjaan Luno mungkin tidak diiklankan di pelbagai laman web pekerjaan. Namun jika anda menerima tawaran pekerjaan yang tidak disenaraikan pada www.luno.com/careers atau pada halaman LinkedIn Luno, ia mungkin scam
Nota
Jika anda mengesyaki terdapat individu di LinkedIn sedang menyamar sebagai pasukan sumber manusia Luno dan cuba untuk menipu anda, laporkan pada LinkedIn dan beritahu kami dengan menghantar emel ke phishing@luno.com.