Bagaimana baki saya berubah dari masa ke semasa?

Luno profits and losses screen showing a line graph with a balance increase of 13.6%

Baki gabungan anda berubah berdasarkan variasi harga kripto dan transaksi anda (deposit, pengeluaran).

Contohnya, apabila anda mendeposit MYR, baki gabungan anda akan meningkat ke nilai sebenar deposit anda. Apabila anda membuat pengeluaran daripada dompet MYR anda, baki gabungan anda akan berkurangan. Jika anda mempunyai matawang kripto, nilai baki gabungan anda juga akan dipengaruhi oleh harga matawang kripto yang anda miliki.

Apabila anda memilih poin masa tertentu pada garisan graf (pada laman web, layangkan kursor di atas garisan graf untuk paparkan lebih maklumat, dan pada peranti mudah alih, tekan jari anda di atas graf untuk melihat perkara yang sama) tooltip akan memaparkan jumlah keseluruhan baki gabungan anda untuk tarikh yang spesifik, dan juga masa tangkap layar diambil.

Tip

Ketahui cara keuntungan dan kerugian anda dikira atau ketahui cara wang masuk dan wang keluar anda dikira.

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

Terima kasih!

Kami menghargai maklum balas anda