Bolehkah saya menterbalik atau batalkan transaksi kripto?

a circular X icon above a paper plane being sent off with two crypto coins tucked into it

Tidak, anda tidak boleh mengubah transaksi kripto setelah ianya dibuat. Transaksi ini telah pun disetkan pada blok yang sangat selamat.

Kenapa?

Matawang kripto dicipta untuk menjadi kaedah pembayaran digital dan tidak berpusat. Matawang kripto bebas daripada pihak berkuasa berpusat seperti bank. Tapi realitinya, terdapat beberapa individu yang mengambil kesempatan terhadap ciri-ciri ini untuk melakukan penipuan.

Untuk memastikan pengguna boleh berdagang dengan yakin tanpa ada keperluan untuk disahkan oleh bank atau mana-mana badan kerajaan, transaksi matawang kripto dicipta untuk tidak boleh diterbalikkan. Ini bermaksud, peniaga tidak perlu risau tentang pelanggan membuat transaksi, kemudian dia menterbalikkan proses tersebut selepas menerima barang.

Bagaimana transaksi kripto berfungsi?

Semua transaksi kripto dibuat dan disimpan secara kekal di lejar awam yang dipanggil rangkaian blok (blockchain). Rangkaian blok ini terdiri daripada pengguna yang dipanggil pelombong. Mereka menggunakan kriptografi untuk mengesahkan transaksi. Jadi, apabila anda menekan butang hantar, seorang pelombong akan mengambil transaksi unik anda, dan bersama pelombong lain, mereka akan menyelesaikan satu masalah matematik berbentuk kod dan kemudian mengesahkannya.

Setiap transaksi perlu disahkan oleh pelbagai nod (atau komputer) sebelum ia disahkan dan ditambah sebagai blok baharu pada rangkaian blok.

Oleh kerana rangkaian blok ialah lejar awam, bolehkah saya meminta kembali wang saya daripada individu yang telah saya hantar?

Tidak. Walaupun semua transaksi pada rangkaian blok adalah awam, identiti peribadi individu yang menghantar dan menerima matawang kripto masih dirahsiakan. Melainkan jika anda mengenali individu tersebut di luar rangkaian kripto. Jika tidak, anda tidak akan dapat menghubungi individu tersebut.

Tip

Cuba salin dan tampal alamat dompet menggunakan papan keratan (clipboard) peranti telefon atau komputer anda. Ini akan memastikan alamat yang digunakan adalah betul dan pembayaran akan sampai oleh penerima yang betul.

Untuk belajar lagi tentang matawang kripto dan keselamatan transaksi, layari artikel di bawah:

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

Terima kasih!

Kami menghargai maklum balas anda