Apakah itu pengesahan dan berapa banyak diperlukan oleh Luno?

Pengesahan pada rantaian blok matawang kripto berlaku apabila transaksi dimasukkan ke dalam blok yang ditambah ke rantaian blok. Contohnya, jika anda membuat transaksi sekarang, ia akan dimasukkan ke dalam blok yang akan ditambah pada rantaian blok seterusnya.

Bagi Bitcoin, proses ini mengambil masa lebih kurang 10 minit (juga dikenali sebagai “block time”) dan boleh mengambil tempoh yang lebih lama disebabkan oleh pelbagai sebab, seperti kepayahan melombong dan penggunaan rangkaian yang tinggi (Luno menggunakan caj hantaran dinamik ntuk memastikan transaksi anda dimasukkan ke blok seterusnya).

Pengesahan ini dikira daripada blok yang telah ditambah. Contohnya, jika transaksi anda telah dimasukkan pada blok 100 dan sekarang terdapat 110 blok, transaksi tersebut mempunyai 11 pengesahan. Blok transaksi juga dikira turut dikira.

 

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

Bagaimana untuk menambah baik artikel ini?