Apa itu Pesanan Had dan bagaimana ia berfungsi?

screenshot of the limit order form for buying Ethereum on the Luno exchange

Pesanan had ialah pesanan yang diletakkan pada Luno Exchange untuk beli atau jual matawang kripto - dengan menyatakan amaun dan harga yang anda ingin dagangkan.

  • Pesanan beli (atau bid) hanya akan dilaksanakan pada harga had (atau lebih rendah)

  • Pesanan jual (atau ask) hanya akan dilaksanakan pada harga had (atau lebih tinggi)

Pesanan Beli

Jika anda mahu membeli kripto di Exchange, mula-mula sekali pastikan anda telah memilih pasangan dagangan yang betul di bahagian atas (cth: BTC/MYR) dan ikuti langkah seterusnya:

  1. Pada laman web, pergi ke bahagian letakkan tiket pesanan di kanan, dan pada peranti mudah alih, pilih LETAKKAN PESANAN di bawah

  2. Pastikan anda telah memilih BUY dan pilihan Had dipilih

  3. Jika anda mendagangkan pasangan kripto/fiat, masukkan had harga (contohnya MYR) yang ingin dibeli - ini ialah harga maksimum yang ingin dibayar untuk amaun kripto yang hendak dibeli

  4. Jika anda mendagangkan pasangan kripto/kripto, harga had tidak menggunakan matawang tempatan, tetapi had kepada kripto yang digunakan untuk memberli matawang lain, cth: menggunakan Bitcoin untuk meletakkan pesanan beli bagi Ethereum

  5. Pada kotak seterusnya, masukkan amaun kripto yang hendak dibeli bagi harga had yang telah dimasukkan

  6. Pilih Masa Pelaksanaan yang sesuai untuk anda

  7. Akhir sekali, tekan BELI

Nota

Setelah anda meletakkan pesanan beli, anda merizabkan wang anda, bermaksud anda tidak boleh menggunakan wang ini untuk pembelian lain - kecuali anda membatalkan pesanan tersebut.

Pesanan Jual

Jika anda mahu menjual kripto di Exchange, mula-mula sekali pastikan anda telah memilih pasangan dagangan yang betul di bahagian atas (cth: BTC/MYR) dan ikuti langkah seterusnya:

  1. Pada laman web, pergi ke bahagian letakkan tiket pesanan di kanan, dan pada peranti mudah alih, pilih LETAKKAN PESANAN di bawah

  2. Pastikan anda telah memilih JUAL dan pilihan Had dipilih

  3. Jika anda mendagangkan pasangan kripto/fiat, masukkan had harga (contohnya MYR) yang ingin dijual - ini ialah harga minimum yang ingin dibayar untuk amaun kripto yang hendak dijual. Jika anda mendagangkan pasangan kripto/kripto, harga had ialah kripto yang digunakan untuk menjual, cth: menggunakan Bitcoin untuk meletakkan pesanan jual bagi Ethereum

  4. Pada kotak seterusnya, masukkan amaun kripto yang hendak dijual bagi harga had yang telah dimasukkan

  5. Pilih Masa Pelaksanaan yang sesuai untuk anda

  6. Akhir sekali, tekan JUAL

Nota

Had pesanan tidak seharusnya akan dilaksanakan secepat mungkin. Jika anda meletakkan pesanan beli pada harga kurang daripada semua pesanan jual yang belum diselesaikan, anda sedang menunggu harga matawang kripto untuk berkurang dan penjual untuk menjual matawang kripto mereka pada harga yang dipesan oleh anda sebelum pesanan anda dipenuhi.

Jika anda meletakkan pesanan jual tinggi daripada semua pesanan jual yang belum diselesaikan, anda sedang menunggu harga matawang kripto untuk naik dan pembeli untuk membeli kripto pada harga yang diletakkan pada pesanan sebelum ia dipenuhi.

Masa Pelaksanaan

Masa pelaksanaan menunjukkan berapa lama tempoh pesanan akan kekal aktif sebelum luput.

  • GTC - Good 'Til Cancelled: Pesanan kekal terbuka sehingga ia dipenuhi atau dibatalkan. Ini ialah pesanan had klasik.

  • IOC - Immediate Or Cancel: Bahagian pesanan yang tidak dapat dipenuhi segera akan dibatalkan. Tidak boleh post-only.

  • FOK - Fill Or Kill: Jika pesanan tidak boleh dipenuhi segera dan sepenuhnya, ia akan dibatalkan sebelum sebarang dagangan. Tidak boleh post-only

Paparkan pesanan beli dan jual anda

Bahagian Pesanan Terbuka di bawah kiri pada laman web, atau dengan memilih Pesanan pada peranti mudah alih.

Screenshot of the 'My Orders' screen on the Luno app

Membatalkan pesanan anda

Jika anda telah mencipta pesanan beli atau jual, anda boleh membatalkan ia pada bila-bila masa daripada skrin Pesanan saya dengan memilih ikon X pada laman web atau dengan memilih pesanan tersebut pada peranti mudah alih dan kemudian BATALKAN PESANAN.

Tip

Mahu mengetahui mengenai jenis-jenis pesanan yang lain? Belajar lagi mengenai pesanan pasaran dan pesanan stop-limit.

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

Terima kasih!

Kami menghargai maklum balas anda