Apa itu penipuan skim piramid dan ponzi?

Warning icon

Skim Ponzi dan Piramid berkongsi banyak ciri-ciri yang sama dalam mengumpan dan menipu mangsa.

Skim-skim sebegini sukar untuk dikenalpasti kerana pelabur-pelabur awal benar-benar menerima keuntungan daripada pelaburan mereka, lalu memberi motivasi kepada pelabur-pelabur ini untuk mengajak rakan-rakan dan keluarga untuk turut serta.

Apakah perbezaan antara dua skim penipuan ini?

Skim Ponzi biasanya memerlukan pelaburan kewangan daripada pelabur yang baru hendak bermula, dengan menjanjikan jaminan pulangan pada tarikh yang dijanjikan. Pelabur akan mendeposit kripto atau wang untuk kripto ke “dana pelaburan”. Apabila pelabur membuat permintaan untuk pengeluaran hasil, “pengurus pelaburan” akan cuba memujuk mereka untuk melaburkan semula keuntungan mereka dan, jika pujukan gagal, pelabur akan dibayar daripada pelaburan pelabur baru.

Skim piramid menawarkan ahli-ahli mereka peluang untuk menjana wang dengan cara meminta mereka merekrut lebih ramai pelabur baru. Jika pelabur sedia ada tidak terus merekrut ahli baru untuk menyertai skim mereka, skim ini akan tumbang kerana ia hanya boleh menawarkan “keuntungan” yang konsisten jika jumlah pelabur bertambah.

Secara ringkasnya, skim ini mengekalkan kelangsungan skim mereka dengan mengambil wang daripada pelabur baru untuk membayar pelabur yang lebih awal. Apabila tiada pelabur baru menyertai skim ini, ia akan musnah dan pengasas skim ini akan menghilangkan diri bersama semua wang yang.

Berikut adalah beberapa cara untuk mengenalpasti skim Ponzi atau Piramid

  • Janji untuk mendapat pulangan tinggi yang ‘dijamin’ dan tidak pernah ditawarkan oleh mana-mana syarikat lain dalam industri

  • Skim ini sering digambarkan kaedah bebas risiko untuk menerima pendapatan pasif, kebebasan kewangan, atau peluang menjadi ‘bos’ untuk diri sendiri

  • Laman web yang tidak menyatakan dengan jelas siapa pemilik syarikat atau memberi kenyataan samar-samar bahawa syarikatnya memiliki ‘pasukan pakar kripto’

  • Maklumat mengenai produk, servis atau strategi perniagaan tidak wujud

  • Tiada kaedah untuk mengesahkan berapa ramai peserta skim, atau berapa jumlah wang yang telah dilabur

  • Strategi perniagaan yang rumit atau samar-samar – yang tidak boleh diterangkan oleh ‘perkhidmatan pelanggan’

  • Diarahkan untuk membeli pelbagai pakej, biasanya dilabelkan sebagai ‘gold’ atau ‘silver, atau sebagainya

  • Anda digalakkan untuk terus melabur semula ‘keuntungan’ anda daripada mengeluarkannya

  • Anda disuruh untuk merekrut pelabur baru ke ‘dana pelaburan’ supaya anda boleh menerima ‘keuntungan’ anda

  • Pulangan anda meningkat selari dengan jumlah ahli baru yang telah direkrut oleh anda ke skim tersebut

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

Terima kasih!

Kami menghargai maklum balas anda