Luno tersedia di lebih 40+ negara serata dunia, dan kami sentiasa bekerja keras untuk menyokong lebih banyak negara setiap tahun. Pada masa yang sama, oleh kerana beberapa sebab, terdapat beberapa negara yang kami tidak dapat memberikan perkhidmatan Luno.
Berikut adalah senarai negara yang disokong Luno, dan juga negara-negara yang tidak disokong.
Negara-negara disokong
Negara-negara dan rantau yang disenaraikan dibawah menyokong perkhidmatan Luno secara rasmi.
Rantau Global |
Negara-negara yang disokong |
Afrika |
|
Asia-Pacifik |
|
Eropah |
|
Apakah maksud negara yang disokong?
-
Anda boleh mendaftar akaun Luno jika anda merupakan warga negara atau penduduk pada salah satu negara tersebut dan anda boleh menggunakan dompet Luno anda untuk beli, jual, hantar, terima dan simpan matawang kripto
-
Anda boleh mendeposit dan mengeluarkan matawang tempatan dengan akaun bank yang dibuka atas nama anda di salah satu negara di atas.
Negara-negara tidak disokong
Berikut adalah negara-negara dan kawasan di mana perkhidmatan Luno tidak tersedia.
|
|
|
Apakah maksud negara yang tidak disokong?
-
Anda tidak boleh mendaftar akaun Luno jika anda berada di salah satu negara atau rantauan negara tersebut
-
Jika anda telah mendaftar di negara yang disokong, tetapi anda sedang melancong atau berpindah ke negara yang tidak disokong, anda tidak boleh membuat transaksi dengan akaun Luno anda ketika anda di negara tersebut

Soalan Lazim
Terdapat beberapa sebab berbeza mengapa kami tidak menyokong akaun Luno pada sesetengah negara atau rantau:
-
Negara/rantau tersebut mungkin disenaraikan pada senarai negara yang dikenakan sekatan ekonomi
-
Pengawal selia, bank pusat atau kerajaan negara tersebut mungkin telah mengharamkan penggunaan matawang kripto
-
Negara/rantau tersebut berada di luar senarai pilihan Luno untuk membenarkan transaksi berlaku, sama ada keluar atau masuk dari negara/rantau tersebut
Situasi bergantung pada lokasi semasa anda, dan berapa lama tempoh anda berada di negara/rantau tersebut.
Jika anda berada di salah satu negara yang tidak disokong:
-
Anda akan dihalang daripada membuat transaksi dengan akaun Luno anda
-
Fungsi akaun akan dipulihkan semula sebaik sahaja anda meninggalkan negara/rantau yang tidak disokong
Jika anda berada di negara yang disokongy:
-
Anda boleh terus menggunakan Luno seperti biasa sehingga tiga bulan tempoh pelancongan
-
Jika anda berada di luar negara anda mendaftar Luno, anda perlu mengesahkan semula profil anda di negara baru jika anda mahu terus menggunakan akaun Luno anda. Jika anda tidak mahu melakukan pengesahan semula, anda hanya boleh menggunakan akaun anda apabila anda kembali ke negara yang mengesahkan akaun anda
Anda tidak boleh membuat transaksi dengan dompet Luno anda apabila berada di negara tidak disokong. Dalam kes ini, anda mempunyai dua pilihan tersedia.
Pilihan 1:
Jika anda merancang untuk berada di negara tersebut dalam tempoh yang singkat, anda bebas untuk terus menyimpan wang tersebut pada dompet anda. Wang anda akan kekal selamat dan fungsi aplikasi sepenuhnya akan dikembalikan apabila anda meninggalkan negara yang tidak disokong tersebut.
Pilihan 2:
Jika anda ingin mengeluarkan wang daripada akaun Luno anda, atau anda akan berpindah terus ke negara yang tidak disokong, sila hubungi pasukan sokongan kami. Kami akan membantu anda mengeluarkan wang anda secara once-off, sama ada ke akaun bank yang didaftarkan atas nama anda, atau, jika terdapat keperluan, ke alamat kripto yang telah disemak dan disahkan oleh pasukan kami.