Siapa yang boleh menggunakan fungsi ini?
Fungsi Bundle hanya tersedia untuk pelanggan di Afrika Selatan, Malaysia, Nigeria dan Indonesia. Jenis Bundle yang boleh ditawarkan adalah berbeza di setiap negara.
Kini anda mengetahui bagaimana untuk mempelbagaikan portfolio mata wang kripto anda melalui fungsi Bundle – anda mungkin tertanya-tanya apa itu pengimbangan semula dan bagaimana ia berfungsi.
Mari lihat dengan lebih teliti mengenai pengimbangan semula dan manfaatnya
Pasaran kripto bergerak laju. Pengimbangan semula adalah proses yang memastikan pelaburan anda kekal dipelbagaikan dan selari dengan matlamat asal, tanpa mengira apa yang berlaku dalam pasaran.
Setiap tiga bulan, aset-aset dalam fungsi Bundle anda akan diselaraskan secara automatik berdasarkan prestasi setiap aset.
Pengimbangan semula menawarkan dua manfaat utama:
- Menguruskan risiko: melalui pengimbangan semula, kami memastikan pelaburan anda terus diperluaskan, berbanding dari meletakkan satu fokus pada aset-aset tertentu.
- Mengoptimumkan pelaburan anda: pengimbangan semula menyelaraskan pegangan anda untuk memastikan aset-aset kripto dalam fungsi Bundle kekal selari dengan strategi pasaran. Fungsi ini direka untuk kekal dalam landasan.
Bila fungsi Bundle saya melalui sesi imbangan semula?
Anda akan sentiasa dimaklumkan lebih awal melalui emel dan aplikasi Luno apabila sesi imbangan dilakukan. Sesi imbangan semula automatik akan dilakukan pada setiap suku tahun, pada hari kedua bekerja dalam bulan Januari, April, Julai dan Oktober.
Nota
Apabila sesi imbangan semula dilakukan, penjualan Bundle akan dihentikan seketika selama 1.5 jam. Sesi ini akan dilakukan pada Januari, April, Julai dan Oktober.
Ini bermaksud semua urusniaga dalam fungsi Bundle akan dihentikan seketika pada hari kedua bekerja, pada bulan-bulan berikut:
- Januari: 7:45 PM - 9:15 PM (UTC)
- April, Julai, Oktober: 6:45 PM - 8:15 PM (UTC)
Duduk, rehat dan lihat pelaburan anda berubah tanpa anda melakukan apa-apa!

Soalan lazim
Adakah saya boleh menukar aset kripto dalam fungsi Bundle sendiri?
Fungsi tarik Bundle (memindahkan mata wang kripto individu keluar dari fungsi Bundle) hanya tersedia kepada pelanggan yang disahkan di Malaysia.
Mengapa sesi imbangan semula hanya berlaku sekali setiap suku tahun?
Tidak seperti imbangan semula harian, mingguan atau bulanan, imbangan suku tahun akan menyemak perubahan pasaran kripto secara jangka panjang. Oleh itu, fungsi Bundle anda tidak akan berubah berdasarkan volatiliti jangka pendek.
Imbangan semula melibatkan pembelian atau penjualan kripto untuk menyelaraskan pemberatan setiap aset dalam fungsi Bundle, dan setiap transaksi ini akan melibatkan caj. Sesi imbangan semula yang lebih kerap akan meningkatkan kos caj yang anda perlu bayar.
Adakah saya dikenakan caj bagi pengimbangan semula?
Kami akan menolak 0.5% dari baki Bundle anda setiap tiga bulan secara automatik. Caj ini akan meliputi perkhidmatan pengurusan dan pengimbangan semula. Anda boleh semak pecahan caj yang dikenakan dalam sejarah transaksi Bundle anda.
Tip
Baca lagi mengenai caj-caj yang dikenakan untuk fungsi Bundle.