Siapa yang boleh menggunakan fungsi ini?
Fungsi Stake hanya tersedia untuk pelanggan di Malaysia dan Afrika Selatan.
Terdapat dua risiko utama yang anda perlu maklum – penalti masa henti (downtime) dan slashing, di mana kedua-duanya melibatkan kerugian kripto yang anda dijadikan Stake.
Tip
Risiko ini bergantung kepada koin yang dijadikan Stake, disebabkan oleh peraturan protokol yang disediakan oleh rantaian blok berkenaan. Sebagai contoh, penalti dan Slashing wujud pada rangkaian Ethereum dan Solana, namun tidak pada rangkaian Cardano.
Apa itu masa henti (downtime) dan risiko slashing?
Seperti yang anda tahu, fungsi Stake membantu memastikan keselamatan rantaian blok dengan menggunakan sistem ganjaran dengan 99.9% masa bergerak (uptime) menerusi semua rantaian blok yang disokong. Peserta akan diberikan ganjaran kripto atas sumbangan mereka mengesahkan transaksi dengan betul. Sebaliknya, peserta yang melakukan tindakan jahat, atau membuat kesilapan yang berterusan akan dikenakan penalti, iaitu pemotongan kripto yang telah dijadikan Stake.
Masa henti
Agar sistem rantaian blok berfungsi dengan lancar, pengesah (individu atau syarikat yang bertanggungjawab menguruskan nod-nod yang mengesahkan transaksi) perlu memastikan komputer milik mereka kekal berada di atas talian, dan tersedia pada setiap masa. Jika pengesah mempunyai isu sambungan atau berada di luar talian, ia akan mengakibatkan penalti masa turun: mereka akan kehilangan peratusan kecil dari kripto yang dijadikan stake atas sebab tindakan mereka yang tidak konsisten.
Luno dan penyedia fungsi Stake telah mengambil pelbagai langkah awal untuk mengurangkan risiko anda, namun penting untuk anda maklum bahawa masa henti dan slashing boleh disebabkan oleh perkara-perkara yang berlaku di luar kawalan Luno. Hanya jadikan kripto anda sebagai stake jika anda sedia untuk menerima risiko ini.
Slashing
Transaksi kripto perlu disahkan dengan selamat menurut peraturan spesifik yang ditetapkan oleh rantaian blok. Jika peraturan ini dilanggar – contohnya, jika pengesah secara tidak sengaja telah mengesahkan dua blok transaksi pada masa yang sama (double signing), atau membuat cubaan untuk mengubah data sejarah rantaian blok – pengesah akan dikenakan slashing. Pelanggaran peraturan dilihat sebagai satu kesalahan yang lebih besar berbanding berada dalam keadaan luar talian, oleh itu slashing akan menyebabkan kerugian kripto yang lebih besar berbanding penalti masa henti.
Bagaimana risiko-risiko ini diminimakan?
Penyedia perkhidmatan fungsi Stake kami mengekalkan rangkaian yang kukuh, telah berfungsi pada satu tempoh masa yang lama, serta masih boleh berfungsi dengan lancar walaupun jika terdapat kerosakan pada salah satu kompenen dalam sistemnya. Dalam erti kata lain, rangkaian ini mempunyai peratusan 0.01% masa henti. Operasi masa pengesah diawasi 24/7, dengan nod-nod sandaran sedia digunakan jika terdapat sebarang masalah. Penukaran nod ini dilakukan secara manual oleh para jurutera mahir untuk mengelakkan double signing, iaitu salah satu punca utama bagi slashing.
Pencegahan ialah tindakan terbaik dari segi pertahanan, oleh sebab itu slashing ialah satu perkara yang jarang berlaku dalam industri kripto. Dan jika berlaku situasi di mana kripto anda dipotong, penyedia perkhidmatan fungsi Stake kami mempunyai proses untuk menyemak dan melakukan mediasi terhadap penalti slashing. Kami akan menghubungi anda dengan langkah-langkah yang boleh diikuti jika perkara ini berlaku.