Kami menyedari terdapat peningkatan dalam sindiket penipuan matawang kripto dan aktiviti-aktiviti mencurigakan lain pada beberapa bulan lepas.
Transaksi kripto direka untuk tidak boleh diterbalikkan, oleh itu kemungkinan besar anda tidak akan mendapatkan wang anda kembali jika ia telah dihantar keluar dari akaun Luno anda. Oleh sebab itu, kami kadang-kala akan meminta anda memberi sedikit maklumat mengenai penerima agar anda boleh membuat penghantaran dengan selamat.
Jika kami memerlukan lebih maklumat daripada anda, anda akan menerima emel mengenai permintaan maklumat berkenaan dalam tempoh 72 jam untuk penghantaran anda diproses. Sila maklum jika anda gagal menyediakan maklumat yang diminta, penghantaran anda akan dibatalkan secara automatik.
Nota
Kami amat memahami yang pemberian maklumat-maklumat ini mungkin menyebabkan ketidakselesaan pada pihak anda, tetapi kami ingin memastikan matawang kripto anda selamat dengan cara membenarkan kami untuk memahami mengenai transaksi anda.
Maklumat yang diperlukan mengenai penerima:
-
Nama penerima
Nama penuh penerima kripto anda, seperti yang dinyatakan pada dokumen identiti seperti kad pengenalan, lesen memandu atau pasport.
-
Alamat yang ingin dihantar
Alamat dompet penerima kripto anda.
-
Nama perkhidmatan atau tukaran
Perkhidmatan atau tukaran yang digunakan oleh penerima, seperti Binance, Coinbase, Gemini dan lain-lain.
-
Sebab penghantaran
Nyatakan sebab anda menghantar matawang kripto kepada penerima. Sebagai contoh, “Bayaran produk/perkhidmatan”, “Individu ini menyuruh saya menghantar kripto” atau “bayaran pelaburan dengan broker” dan sebagainya.
-
Hubungan anda dengan penerima
Jenis perhubungan anda dengan penerima. Sebagai contoh, penerima adalah ahli keluarga, kawan lama, pasangan, pedagang, rakan atas talian dan lain-lain.
-
Bagaimana anda mengenali penerima
Terangkan bagaimana anda mengenali mereka, sebagai contoh, “belajar di universiti yang sama”, “rakan sekerja”, “berkenalan melalui media sosial”, “diperkenalkan oleh rakan” atau sebagainya.
Tip
Luno mengambil berat terhadap keselamatan akaun anda dengan serius. Jika anda berasa ada berlakunya aktiviti mencurigakan, tetapi anda tidak pasti, sila jangan ragu-ragu dan laporkan kepada kami secepat mungkin.